Pencarian Ikon Siarawan berakhir sudah!!

Walaupun diserapmasuk ke dalam program realiti ini separuh jalan tapi tetap meninggalkan kesan dihati. Bermula sebagai penyelaras bahagian penjurian sehinggalah diberikan tanggungjawab untuk membantu 2 orang finalis IS yang berjaya ke peringkat akhir melakukan setiap tugasan yang diberikan...maka perasaan touching tu tetap ada apabila Ikon Siarawan melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2014. Tahniah Ain Saby sebab berjaya membuktikan bahawa kita yang sentiasa huru hara dengan program berbentuk hiburan juga mampu membuat rancangan realiti berbentuk serius. Terbuka juga mata-mata mereka yang selama ini tak paham dengan cara kerja kita. <Kau hengat senang nak buat program realiti!!>. Bukan setakat IS sahaja yang berjaya mengutip sebanyak mungkin ilmu dalam bidang penyiaran malah kami kru dibelakang tabir juga gigih belajar tanpa segan silu menghasilkan Laporan Khas yang kebiasaannya dilakukan oleh team Berita. Bila budak Hiburan kena buat Berita memang gigil satu badan la jawabnya!!.
People behind the screen
6 orang finalis berjaya ke peringkat akhir dan 3 orang penerbit ditugaskan untuk membantu finalis. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing IS Ismail dan IS Dyya. Secara peribadi saya melihat IS Ismail sebagai seorang yang mempunyai potensi yang cerah untuk pergi jauh dalam bidang pengacaraan (bualbicara). Ismail seorang yang berpengetahuan tinggi dan rajin membuat homework serta tidak malu untuk bertanya. (Sampaikan selalu terdetik dalam hati...biarlah anak saya nanti pandai seperti dia!!). Tak salah rasanya apabila kami mensasarkan dia bakal bergelar juara. IS Dyya pula merupakan seorang yang berani dan berbakat cuma dirinya masih dibelenggu dengan perasaan malu dan kurang keyakinan diri. Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk Malam Kemuncak...akhirnya dia berjaya mengatasi rasa takut dan membuktikan kepada juri bahawa siapa Dyya yang sebenarnya. Apapun saya mendoakan mereka berdua berjaya membina kerjaya dalam dunia penyiaraan yang sebenarnya. Ingat pesan SM. Bila berjaya dan berada di atas...jangan sesekali lupa mereka yang di bawah. Congrats to both of u!!. Tahniah buat Sim kerana berjaya bergelar juara. Tuah menyebelahi dia pada malam itu. 

Finalis : IS Dyya & IS Ismail

Tugasan laporan Khas bersama IS Ismail & IS Aliya
one of my broadcast idol!!
she came with packages..
and i really adore her
Bila puan producer turun padang!!
Yezza. IS Ismail berjaya tangkap Menteri Wilayah
 untuk diinterview!!
sessi pecah otak IS dan penerbit masing2
Prank IS Ismail dengan DN
(terkena ko dik non!!)
Prank IS Dyya dengan ZZ
(terkena jugak sampai kelu tak terkata)
Team Gedik Gedik
Bff

masa ni dah feeling2 sedih pilu


Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust