Ramadhan menjelma lagi...
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan olehNya untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Rutin saya tetap sama...pergi kerja - balik kerja - masak - terawih - buat cookies. Apapun, saya masih mencari waktu yang sesuai untuk pulang ke Tapahville. Rasa macam tak sempurna sambut puasa kalau tak balik kampung dan berbuka puasa bersama Mak Ani dan Pak Nozmi. Terbayang-bayang betapa sedapnya gulai tempoyak Pak Nozmi dan ayam masak merah Mak Ani. Huhuhu...nak balik kampunggggg!!!!!.
Ramadhan Ini - Seventeen
Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan...jangan dilupakan insan yang kurang berkemampuan. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan olehNya...dan sentiasa beringat bahawa terdapat rezeki insan lain yang berhak dalam setiap rezeki yang kita terima. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment