Ayat jampi takluki isteri degil!!!
Hujung minggu saya kali ini dipenuhi dengan aktiviti membaca. Dari suratkhabar tempatan...membawa ke majalah dekorasi...hinggalah kepada bahan bacaan berbentuk motivasi...semuanya saya baca gara-gara perasaan malas nak membuat cookies!!!. Belek sana..belek sini...baca itu...baca ini...akhirnya satu artikel dari sebuah majalah berjaya mencuit hati saya yang dah sedia tercuit nih. Hehehe. Terima kasih kepada Dr. Hj. Juanda Hj. Jaya (Perunding Undang-Undang Keluarga Islam) kerana secara peribadi...saya bersetuju bahawa hampir 90% dari artikelnya ada keBENARannya. Tak payah susah-susah nak cari air jampi untuk takluk isteri...cukuplah doa dan akhlak terpuji suamilah yang paling berkesan untuk menawan hati isteri. Dare to face the truth!!!. So let it be...coz sharing is SEXY!!!
Isteri keras hati, degil dan suka melawan kata suami?. Ada segelintir suami yang sanggup mencari bermacam-macam penawar untuk isteri yang keras hati supaya senang ditakluki. Apakah semudah itu mengubat isteri yang sakit hatinya?. Kalau perangai suami tak mahu berubah...isteri pun tak senang untuk diubah. Berapa lama dan panjang sekalipun suami berdoa, kalau tak mahu belajar memahami isteri bolehkah doa itu menjadi realiti?. Ayat-ayat dan jampi apa pun bukan untuk disebut-sebut di mulut sahaja tetapi mesti selari dengan inti doanya. Kalau suami berdoa: "Ya Allah ubahlah kedegilan isteriku menjadi kelembutan"...tetapi suami pula suka menyumpah isteri...mana boleh isteri berubah?. Bukankah Allah menyuruh kita berusaha dahulu kemudian bertawakkal...inikan lagi sekadar berdoa saja tanpa usaha, manakan termakbul apa yang diminta. Tidak dinafikan ramai suami yang memang penyayang tetapi isteri macam singa lapar. Keadaan mereka perlu diteliti secara halus bermula dari sejarah rumahtangga itu terbina. Kita tidak boleh salahkan isteri 100%. Boleh jadi suami yang menjadi punca isteri bertindak sebegitu. Suami terlalu lembut, tiada sifat kepimpinan, tak pandai membimbing isteri, tak pernah marah, penakut dan tak berhasil puaskan isteri dari segi nafkah zahir batin adalah antara punca-puncanya. Isteri pula tak cukup pelajaran, tak beragama dengan sempurna, muda terbawa pengaruh negatif kawan-kawan dan yang paling penting kurang sentuhan suami yang menyebabkan si isteri suka memberontak. Ayat jampi apa agaknya yang boleh melelehkan besi di hati isteri?.
- AYAT PENGHARGAAN
Kalau isteri selalu mengeluh jangan diambil hati. Setakat letih dan tertekan dengan pekerjaan...semua orang mesti tercabar. Biasalah perangai manusia selalu berubah anginnya. Semakin isteri tertekan, seeloknya anda semakin kerap tunjukkan penghargaan. Isteri tak minta banyak...hanya katakan...'terima kasih sayang'. Walaupun hanya sebaris ayat namun ianya seakan-akan berharga ratusan ribu ringgit buat sang isteri. Isteri tidak mengharapkan suami menolongnya membuat kerja-kerjanya...hanya minta anda tolong supaya jangan memperlekehkan hasil kerjanya dengan kata-kata yang menyakitkan hati seperti...tak sedaplah masakannya, tak pandailah jaga anak, tak bertanggungjawab urus rumah dan pelbagai kritikan yang menghancurkan keyakinannya pada kebolehan sendiri. Kadang-kadang suami seakan-akan memiliki lesen untuk mengganyang isteri dengan kata-kata pedas kerana berpendapat bahawa dia telah membayar isteri untuk itu. Maksudnya si suami merasakan telah memberi banyak duit kepada isterinya...jadi tidak salah menyakiti hatinya. Padahal semua orang yang bermaruah akan memilih lebih baik tidak dapat wang daripada merasa sakit hati. Kata pujian dan penghargaan boleh jadi begitu keramat bagi isteri yang degil kerana dia kurang mendapatkannya daripada suami. Jangan salahkan isteri degil tapi cuba tengok seberapa kerap anda tunjukkan penghargaan dan pujian kepada isteri anda!!!.
- AYAT MOTIVASI
Pemberontakan isteri kepada suami menunjukkan suami tidak mampu menjadi 'coach' yang baik kepada isterinya. Setiap orang perlukan motivator untuk membina keperibadiannya. Bagi isteri...suamilah yang amat diharapkan untuk menjadi sumber inspirasinya dalam kehidupan. Kalau suami tak mampu berdiri sebagai orang yang paling berpengaruh bagi isterinya tentu sahaja dia akan dipandang kecil. Keadaan ini akan melahirkan 'Queen Control' yang bukan hanya degil tapi suka merendah-rendahkan kedudukan suami. Oleh sebab itu, untuk menjadi seorang suami perlukan ilmu, keberanian untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik dan mampu memotivasikan isteri untuk bersama-sama memperbaiki diri. Untuk menjadi motivator yang baik, suami harus lebih kehadapan dari segi ilmu, akhlak dan ibadahnya supaya segala tunjuk ajarnya mudah diteladani dengan berkesan. Kalau sekiranya suami hanya sekadar cakap tak serupa bikin...tentu isteri pun semakin bersikap degil.
- AYAT ROMANTIK
Lelaki yang hanya berlembut jika ada 'mahu'nya dan berkasar jika tidak memerlukan isteri...jangan terkejut kalau isteri pun bersikap yang sama. Suami yang ego akan dibalas dengan kedinginan isterinya, yang kasar dengan kedegilan isterinya, yang pemarah dengan isteri yang pendendam. Kedua-duanya saling mempengaruhi. Jika anda rasa suami tak romantik...cuba teliti apakah anda romantik kepadanya???. Kadang-kadang kita suka mengata orang, sedangkan diri sendiri yang lemah kita tak tahu pun. Ayat romantik tak susah untuk dilafazkan. Kalau anda malu...pegang saja tangan isteri saat berjalan atau duduk berdua berkongsi cerita...dengar dan selami perasaannya. Kadang-kadang suami isteri duduk bersama tapi hati masing-masing ke tempat lain. Romantik mesti dirangsang...bukan ditunggu. Ia bukan hanya kewajipan suami sahaja dan tak patut suami pula menyalahkan isteri kerana tak pandai merangsang. Nak ubati isteri yang degil...cuba layan seromantik mungkin. Batu yang keras pun tak tahan dengan kelembutan air.
Editor's Note |
'Trust...love and keep moving foward'
bismillah.salam.cerita isteri keras hati.degil.melawan suami.suami terlalu lembut.takut nak marahkn isteri.tidak ada sifat pemimpin.kerana sayangkan isteri sifat suami pasti terusan seperti biasa.isteri semakin berani .hatinya perlu di jaga.tersilap kata si suami yang salah.iblis menunggu masa.sampai masa -..ke dua2nya kalah.dan berpisah..nauzubillah.tetapi soalannya..imankah yang lemah atau sudah begitu suratannya
ReplyDelete