"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM"
"BIAR TERSALAH AMPUN...JANGAN TERSALAH HUKUM"
Kata-kata ini saya petik dari novelis thriller kegemaran saya...Ramlee Awang Murshid. Setiap insan di muka bumi ini tidak lepas dari melakukan kesalahan dan juga kesilapan. Dalam aspek kekeluargaan, seorang ibu dan juga bapa tak lepas dari melakukan kesalahan terhadap anak mereka sendiri walaupun secara mutlaknya...mereka mempunyai kuasa veto untuk menghukum anak-anak sendiri. Namun...hak eksklusif ini tidak layak untuk digunakan atau diaplikasikan oleh kita sebagai seorang anak kerana Allah SWT telah menetapkan bahawa syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu dan takkan putus hubungan seorang bapa dengan anaknya sampai bila-bila selagi mereka masih ber'bin atau ber'bintikan nama bapanya. Oleh sebab itu, anak-anak yang sering dimarahi, perlu dingatkan bahawa semua ini adalah tanda kasih sayang ibubapa dalam mendidik anak-anak mereka. Kita buang ego yang semakin menebal di dalam diri dan sentiasa bersangka baik terhadap ke-dua ibubapa kita. Namun, sebagai ibubapa pula, sewajarnya biarlah kemarahan itu datangnya dari perasaan kasih dan sayang...bukannya nafsu dan amarah semata-mata. Realitinya...di dunia yang serba moden ini, istilah lama 'Anak Tanggang' masih boleh digunapakai kerana ada segelintir anak-anak beranggapan bahawa mereka telah melangsaikan tanggungjawab akhirat kepada ke-dua ibubapa mereka hanya dengan bermodalkan duit belanja bulanan mahupun lain-lain bentuk pemberian. Nauzubillah...semoga saya tidak tergolong dikalangan anak-anak yang derhaka kepada ke-dua ibubapa saya. Cuba kita kenangkan kembali...wajah ceria dan bahagianya seorang ibu melayan karenah anaknya tanpa jemu walaupun mungkin ibu kita penat dengan urusan kerja di pejabat mahupun di rumah. Cuba kita singkap kembali album-album lama dan lihat betapa bangga dan besarnya harapan yang tergambar di wajah seorang bapa saat dia mendukung anaknya yang masih kecil. Seandainya telahan saya benar...pasti airmata sayu akan menitis saat anda mengenangkan kembali wajah-wajah ibu dan bapa kita sendiri dan betapa besarnya pengorbanan yang telah dan sanggup mereka lakukan untuk anak-anak. Walaubagaimanapun, saat kita membesar...memiliki pendidikan yang cemerlang...mempunyai jawatan yang tinggi...terkadang kita mudah lupa dan alpa dengan kesenangan dunia yang telah kita kecapi. Sehinggakan kita sanggup membiarkan ke dua orang tua kita ternanti-nanti panggilan telefon dari anak-anaknya hanya untuk bertanyakan khabar...membiarkan ibubapa kita meminta-minta duit seperti seorang peminta sedekah hanya kerana kita lupa dengan janji untuk memberi mereka kesenangan. Kita lupa bahawa segala nikmat dunia yang telah kita kecapi kini adalah hasil dari keringat dan tulang empat kerat seorang yang bergelar bapa dan juga hasil dari air susu dan kehangatan kasih sayang seorang yang bergelar ibu. Buat adik-adik saya, biar kita tersalah ampun dengan kesalahan yang tidak dilakukan...asalkan kita tidak tersalah hukum dengan kesalahan yang benar...
....gentle reminder for my siblings (Man, Lina, Arin, Yan dan Atin)
....gentle reminder for my siblings (Man, Lina, Arin, Yan dan Atin)
Chill' |
Comments
Post a Comment