Ho Chak!!!

Mak Ani ngan Fahmie

Cebokk je Fahmie ngan Tok Dad dan Nabila

All White...muka2 yg kena keluor modal!!!

bila sawan datang...
adik-beradik
Seperti tahun-tahun yang lepas...kami sekeluarga akan mengambil kesempatan sempena Ramadhan ni untuk berkumpul makan bersama-sama. Dah jadi tradisi keluarga Pak Nozmi...kami akan pilih mana-mana restoran untuk acara makan besor. Kalau tahun-tahun yang lepas...Seoul Garden Bulgogi di Menara Telekom, Rima Thai di Plaza Masalam, Restoran Tasik Raban, Ipoh akan menjadi port wajib kami tapi tahun ni...kami cuma sempat bertandang ke Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Shah Alam je. Tu pun sebab ayah dan mak ada urusan untuk disetelkan...jadi sebab tak nak kelam kabut...kami cari tempat yang senang je. Seperti biasa untuk tahun-tahun yang lepas...Azman tak dapat nak join sebab dia masih lagi bertugas di Sibu, Sarawak. Tak dapat la nak merasa keriuhan dan sharing the happy moment dengan famili sempena Ramadhan. Rugi betul!!!. Kebetulan Azlina pun takde...so tinggal la kami berempat je. Walaupun berempat tak termasuk anak buah yang notty tuh...meja kami dah memang meriah sakan. Hahaha...Pak Nozmi memang kaya dengan anak perempuan yang riuh. Sebelum berbuka...saya sempat bawak depa semua pagi Bazar Ramadhan di Stadium Shah Alam. Mak Ani la yang paling teruk kena sawan kuih-muih. Segala bende jenis kuih dia nak beli bagi kat cucu. Membeli memang seronok...'seseronok' saya yang mengeluarkan duit yang dah macam air terjun nih. Huhuhu. Pucat biru muka anak buah saya bila kena warning dengan Mak Long depa yang garang nih. (Kalau tak makan...siap korang semua Mak Long buat gulai nangka!!!). Apapun...seronok sangat dapat spend some precious time dengan famili. Semoga tahun depan kita semua masih berkesempatan untuk makan besar bersama-sama. 

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust