Trip Wikk Wikk Hatyai (Part 2)

23 Feb 2019 (Sabtu) - Day 2


Seawal pagi kami dah plan nak breakfast di Chabura Dim Sum Restaurant. Orang kata tak sah ke Hatyai kalau  tak merasa dim sum yang enak-enak kat sini. Memandangkan rombongan Cik Kiah agak ramai...maka perjalanan kami banyak menggunakan khidmat 2 buah Grab MPV. Tiap kali nak memulakan perjalanan je...mesti ada yang lambat bersiap la...anak hilang la....bini tak iron tudung lagi la...eh macam2 hal tau. Mana la Azian Nozmi tak meroyan. Calltime semua ke laut. Sesampai je di Chabura Dim Sum Restaurant...mak aii rambang bijik mata tengok susunan Dim Sum dalam pelbagai bentuk, rupa, perisa dan warna. Ibu dah pesan kat hubby, Farzana dan Mak Ani...amik je nak makan apa. The treat is on me. Hehehe. Untuk Nael kami orderkan bubur ikan aje. Sedap bak hanggggg. Ibu pun tumpang sekaki. Dim Sum dan Miang Kham nya pulak aroiiii ching chinggggg!!. Seriusly...kalau seminggu dok kat Hatyai boleh kena gout sis!! Overall...untuk restaurant Chabura Dim Sum ni sis bagi 5 Bintang. Berbaloi walaupun keluar duit RM80 untuk breakfast The Pojies sekeluarga.


Miang Kham


Me with Azrin

Selesai urusan breakfast...kami meneruskan perjalanan Trip Wikk Wikk kami ke Wat Laem Po. Dah nama pun Wat so paham-paham sendiri la tempat ni kompom ada banyak patung-patung Budha. Menurut pemandu pelancong kami...di Wat Laem Po terdapat patung Budha terbesar di Hatyai. Kalau ikutkan Ostajah Mak Ani...tak maunya dia pegi tempat2 cenggini. Berdosa tengok patung2 puja katanya. Orang tua biasa la pemahaman dia tak selari dengan orang2 muda macam kami (Eh macam la aku tak tua nantikan!!). Tapi lepas kami explain yang tujuan kita melancong bukan setakat nak cuci poket dan mata sahaja...tapi kita nak kenal budaya orang luar supaya kita ni takde la macam katak bawah tempurung...dok tempat yang sama je sampai bila2....then baru dia nak mengalah serta akur dengan kehendak anak-anak dia. Yang sebenornya 6 nak lawan 1 mana mau. Hahahaha. Gelak jahat!!. Kat sini kami banyak menghabiskan masa dengan bergambar as kenang-kenangan. Tepi wat tu ada sebuah tasik yang luas. Boleh la bawak anak-anak melihat keindahan tasik tu. Masa diorang lepak tepi tasik...sis ngan Mak Ani jenjalan kat gerai yang terletak di sebelah wat. Tengah2 panas rembang tu sis ternampak satu gerai makcik tua menjual buah ciku. Mak aiii besornya ciku deme. Kebetulan sis memang penggemar buah ciku macam Pak Nozmi...tak pikir panjang terus beli. Aroiii ching chinggg...ciku Thailand sedap yang amat...manis pulak tu. Harga jangan tanya murah giler. Berbaloi beli weh!!. 


Bro nak tido...tak kira tengah panas rembang pung!!
Patung Budha terbesar di Hatyai
Dah puas bergambar di Wat Laem Po...kami terus menuju ke Samila Beach Songkhla. Tazzabar nak jumpa patung mermaid yang menjadi sebutan ramai pelancong tu. Kesian kat mermaid tu. Awal tahun hari tu...teruk dia kena bom dengan manusia yang tak bertanggungjawab. Apa kedengki sangat letak bom kat situ. Kalau rasa tak suka dengan kerajaan korang...jangan la dok kat Thailand. Pegi dok kat planet Pluto ke...Marikh ke!! Samila Beach ni perasaan dia macam ko pegi lepak kat Pantai Port Dickson la. 


"Benda apa bling bling atas kepala kakak ni ibu!!"
#awastangandialaju
Nael dan opah
perangei masing-masing!!
gegurl
The Pojies dan Mermaid Batu

Dah puas bergambar...puas makan buah...beli sikit souvenir dan makan Coconut Aiskrim, kami teruskan perjalanan kami ke Songkhla National Zoo. Menariknya zoo ini sebab haiwan-haiwannya semua gemok2 belaka. Nampak sangat kebajikan mereka dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan. Paling seronok sebab kami dapat bagi gajah makan tebu tanpa dikenakan sebarang caj. Bagi la banyak mana tebu ko nak bagi...asalkan gajah-gajah tu bahagia. Hehehe. Paling seronok dapat tengok pertunjukan Anjing Laut. Nael kemahin seronok dapat tengok haiwan secara life. Selesai persembahan...kami semua berpeluang bergambar bersama anjing laut tersebut. Merasa la jugak kena kiss dengan anjing laut. Cute tapi busuk weh mulut anjing laut. Melekat bau ikan kat pipi sis. Nael punya geli geleman siap ditolaknya muka anjing laut tu. Hahaha lawak adik nih!! Ko ingat tu kucing ke apa main tolak-tolak!! 
Songkla National Zoo
yekkk bucukkk!!
Dah jom balik...binatang pun dah jemu tengok muka korang!!

Bila semua dah puashati menghabiskan masa di zoo...kami teruskan lagi trip ke Songkhla Central Mosque untuk solat jamak. Sesiapa yang berkunjung ke Hatyai wajib jejakkan kaki ke masjid ni disebabkan senibina masjid ini yang menyerupai Taj Mahal, India. Secara peribadi...dari luaran memang kelihatan cantik tapi bila kita masuk je ke dalam masjid...boleh nampak kebersihan masjid tersebut berada dalam keadaan kurang terurus. Apapun, usai solat kami ramai-ramai bergambar sebagai kenang-kenangan. Terima kasih kepada pemandu pelancong kami yang rajin melayan!! 



Subhanallah...cantiknya view masjid
Aktiviti seharian kami ditamatkan dengan berkunjung ke Khlong Hae Flooting Market. Port wajib untuk sesiapa sahaja yang datang ke Hatyai. Sampai je sini...semua hilang arah. Masing-masing bawak haluan masing-masing. Family azman kemaruh selpiaq gambar. Mak Ani dah hilang kemungkinan besar berjalan dengan famili Azrin. Famili sis jangan tanya sebab kami memang nampak makanan je. Sepanjang-panjang pesisir sungai tu memang penuh dengan peniaga yang menjalankan perniagaan makanan dari atas bot. Makanan dia Ya Ampunnnn...very exotic dan rare. Antara yang sis cuba...sup bodypart lembu. Hahaha. Asben sis pandang pelik je tengok sis makan sebab dia bukan penggemar bahagian dalaman haiwan. Bila berada di sana....sila tanam rasa sabar dalam diri tu banyak-banyak ye sebab manusia kat kawasan tu teramatlah ramai. Nak beli satu mangkuk maggi kerabu pun jenuh Q berkicap ketiak. Kalah nak masuk theme park Disneyland. Disebabkan masing-masing seronok sangat berjimba kat sana...sampai tak sedar hari dah semakin gelap. End up...masing-masing balik ke hotel dengan famili masing-masing. Anak-anak pun dah mula mengamuk sebab kepenatan. Yang tak reti penat mak bapak hang je. Hahahaha. Sempat jugak sis tempah passport casing untuk kami sekeluarga. Lewat senja baru la masing-masing reti nak balik. Tu pun sampai jenuh travel agen cari kami. Gamaknya kalau boleh azan...dah lama deme azan kat telinga masing-masing suruh balik!! Disebabkan penat sangat berjalan...babah mintak permission nak pergi massage dengan ipor2 jantan yang lain. Mak hang ok je tapi kalau pukul 1230 korang tak balik lagi siap...bini2 gangster ni pi turut kat kedai. Ngeh ngeh ngeh!!




kasik can la kat mak pak korang nak romantik jugek

dia bukannya kesahkan orang pun!!


sebok nak gajah...haa ambik!!
Sup Perut Lembu!!Sapa makan boleh masuk XPloreRace
anak bujang sis pengsan kepenatan akhirnya...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust