Trip Wikk Wikk Hatyai (Part 1)
The Nozmi's Clan |
Pertama kali dalam sejarah The Nozmi's Clan buat family trip luar dari Malaysia. Kesahnya boleh terjadi trip ke Hatyai nii sebab Azman yang beriya mengajak kami semua ke sana. Kejadian 3 hari 2 malam yang penuh dengan drama, kalut, hilai tawa dan sentap-menyentap. Seperti biasa Ketua Rombongan adalah Azian Nozmi. Dia ni memang suka layan bab-bab pening kepala nih. Sis tak kuasa nak hadap macam-macam perangai adik sis. Serammmm!!. Total yang pergi seramai 10 dewasa dan 4 kanak-kanak (3 toddlers). Pertama kali jugak kami bawak Nael berjalan jauh. Kiranya ala-ala trial la untuk kami suami isteri sebab bulan November nanti nak bawak anak-anak pegi Jepun pulak. So far alhamdulillah...ibu boleh bagi 10 bintang untuk Nael. Tak banyak ragam dan tak menyusahkan ibu ngan babah. As long perut dia penuh dengan makanan...dia akan jadi baby paling happy di dunia. Hahahaha alahai anak ibu nih!!
Ketua Rombongan Azian Nozmi |
21 Feb 2019 (Khamis) - Departure Day
Memandangkan hari ini hari bekerja...maka kami semua agreed untuk memulakan pergerakan pada waktu malam selepas office hour. Balik awal sebab nak siapkan apa yang patut. Biasalah mak-mak ni kalau namanya nak travel...dalam kepala otak tu macam-macam dia pikir. Baju anak...baju laki....seluar kecik...seluar besar...berus gigi...baju OOTD...ubat kot demam sakit....eh semua benda la nak kena pikir. Hatta mini rice cooker pun ibu bawak sebab takut kat sana susah nak cari makanan yang sesuai untuk Nael. Perjalanan kami bermula pada jam 11 malam dengan menaiki ETS dari Kl Sentral ke Padang Besar. Kami semua sepakat untuk park kereta di RTM dan mengambil Grab ke KL Sentral. Sementara nak tunggu keluarga masing-masing check in kat KL Sentral...kita bagi anak-anak main lari2 kat lobi. Bior derang penat...dengan harapan masuk dalam train je korang terus mengantuk nak tido. Senang sikit keje ibu. Hehehehe. Rupanya tidak ye. Lampu dalam train terang-benderang. Kesian adik iols si Azrin dan si Azman jadi mata panda bilamana Zandra dan Harith meragam sepanjang perjalanan gara-gara tak boleh tido dengan selesa. Anak ibu Si Nael apa cerita pulak!!. Hahaha. Budak bertuah sorang ni boleh tido dengan lena sepanjang jalan ye. Dengan ibu dan babah skali hanyut di lautan dalam. Sebab tu ibu cakap boleh bagi dia 10 bintang. Kahkahkah!!.
22 Feb 2019 (Jumaat)
Tujuan utama kami mengambil ETS lewat malam sebab perjalanan ke Padang Besar agak lama iaitu lebih kurang 6 jam. Kesian hat yang kecik2 tu la takut penat kalau berjalan waktu siang. Kami selamat tiba di Stesen Padang Besar pada jam 5.30 pagi. Memandangkan Kaunter Imigresen Thailand bukak pada jam 9 pagi (waktu Malaysia) maka dengan masa terluang yang ada tuu kami mengambil kesempatan untuk mandi, solat, tukar baju anak2 dan breakfast. Please alert ye...Malaysia dan Thailand berbeza waktu selama sejam sahaja. Kat stesen Padang Besar tu ada kemudahan toilet, surau dan tempat makan so tak perlu risau. Buat je macam tempat sendiri. Perut dah kenyang...anak-anak pun happy so boleh terus ke kaunter cop passport. Sis share satu trick kat sini ye untuk mengelakkan para jemaah penat beratur ramei2 maka ko arahkanlah suami kau atau salah sorang dari kalangan ahli keluarga (prefer jantan!!) untuk pegi beli tiket train ke Thailand. Sambil tunggu laki ko beli tiket...yang lain tu boleh la isikan Arrive Form sambil selpiaq sebarang seketul dua gambaq buat kenangan. Sis tak sempat nak selpiaq sangat sebab sebok dok ligan Nael. Sejak2 dapat kaki ni dia punya eksaited berlari tu lain machiam betul. Yang peliknya mak hang tak kuruih2 pun!!.
Okeh. Selesai urusan cop pasport, maka beratur la kami anak beranak bersama dengan orang lain untuk kejar keretapi untuk ke Thailand. Kenapa sebok sangat nak naik keretapi sedangkan ada alternatif lain seperti menaiki van untuk masuk Thailand?? Haa jawapannya sebab Azman tergedik2 sangat nak naik klasik train Thailand yang sejenis old school tuh. Katanya baru rare. Rare la sangat sampai berpeluh ketiak teman train takde aircond!!. Ok sis tipu, sebenarnya sis pun teruja sama dapat naik klasik train Thailand tu. Nael pun sama seronok sebab dapat rasa angin luar sapu muka dia. Tau2 anak sis dah lena dalam pangkuan. Bukan setakat anak je...Pokteh ngan Mokteh pun sama hanyut ke laut. Hahaha. Perjalanan dari Stesen Padang Besar ke Hatyai lebih kurang sejam je. Opah pun kemahin seronok sebab dapat layan cucu2 dia. Setibanya di Hatyai...kami sepatutnya menunggu ketibaan 2 bijik Grab yang Azian telah booked awal2. Kelakornya...sebaik sahaja Grab tu tengok kami ada bawak 3 bijik stroller...dan2 tu jugak dia reject kami. Eh boleh plak macam tu ek!!. Nasib baik ada Tuk-Tuk menyelamatkan keadaan walaupun masa memula sampai tu kami buat kekwat pandang sebelah mata je kat Tuk-Tuk tuh. Hambek kau Leman sapa suruh eksyen sangat!!. Hahahaa. Dari sana kami terus menuju ke Hotel Lee Gardens. Bagusnya menginap di Hotel Lee Gardens ni sebab lokasinya amat strategik. Nak shopping...nak makan...nak massage semuanya ada di sekitar hotel sahaja. Selesai bab check in...perut pun dah mula lapor maka berbondon-bondon la kami anak beranak ke Salma Halal Restaurant. Thai Green Tea kedai ni bak kata omputih is to die for!!. Harga memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Masakan pun sedap nak mattey bak kata dak2 wechat!! Selesai aktiviti makan2...Azian Nozmi aka ketua rombongan cakap kena pegi Asian Night Market untuk shopping2. Kat sini kompom duit korang akan terbang melayang sebab harga barang2 yang dijual tersangatlah murah. Contohnya sepentot kecik renda-renda sis beli 4 helai baru 100 baht. (100 baht = RM 13). Dah puas shopping bolehlah menjamu selera di Food Court yang terletak di bahagian atas Asian Night Market. Ohmaigad. Sis ibarat ikan piranha tak makan 10 hari ye. Semua bende sis beli dan makan. Kerabu maggi, tom yam khong, sotong bakar cicah thai sos, green tea ice dan macam-macam lagi la sampai naik buntang perut kekenyangan. Dah puas shopping...perut pun dah kenyang kami amik keputusan untuk balik. Tapi aktiviti kami tak terhenti kat situ je ye. Tak madan dengan perut kenyang...ada hati nak bermasattt pulak. Rugilah datang Thailand tak massage. Harga yang ditawarkan sangatlah murah kalau nak dibandingkan dengan harga di tempat kita. Malam nii...geng2 'pacal pondok tua' kena jaga anak2 sebab kami geng2 fomfuan nak pergi berlibur. Sesekali kasik la can bini ni nak ber'me-time' melonggarkan segala urat sendi dok jaga anak hang. Sumpah penat wei jaga anak. Hahaha.
KL Sentral |
Tujuan utama kami mengambil ETS lewat malam sebab perjalanan ke Padang Besar agak lama iaitu lebih kurang 6 jam. Kesian hat yang kecik2 tu la takut penat kalau berjalan waktu siang. Kami selamat tiba di Stesen Padang Besar pada jam 5.30 pagi. Memandangkan Kaunter Imigresen Thailand bukak pada jam 9 pagi (waktu Malaysia) maka dengan masa terluang yang ada tuu kami mengambil kesempatan untuk mandi, solat, tukar baju anak2 dan breakfast. Please alert ye...Malaysia dan Thailand berbeza waktu selama sejam sahaja. Kat stesen Padang Besar tu ada kemudahan toilet, surau dan tempat makan so tak perlu risau. Buat je macam tempat sendiri. Perut dah kenyang...anak-anak pun happy so boleh terus ke kaunter cop passport. Sis share satu trick kat sini ye untuk mengelakkan para jemaah penat beratur ramei2 maka ko arahkanlah suami kau atau salah sorang dari kalangan ahli keluarga (prefer jantan!!) untuk pegi beli tiket train ke Thailand. Sambil tunggu laki ko beli tiket...yang lain tu boleh la isikan Arrive Form sambil selpiaq sebarang seketul dua gambaq buat kenangan. Sis tak sempat nak selpiaq sangat sebab sebok dok ligan Nael. Sejak2 dapat kaki ni dia punya eksaited berlari tu lain machiam betul. Yang peliknya mak hang tak kuruih2 pun!!.
Nael's first time naik choo-choo train |
#tilljannahforever |
(...nanti kita sambung Part 2 pulak ye!!)
Comments
Post a Comment