24 Feb 2019 (Ahad) - Day 3
|
Opah dan cucu-cucunya |
Last day kat Hatyai. Masa untuk pulang ke sarang masing-masing. Memandangkan tiket train ETS kami adalah pada jam 5 petang Waktu Malaysia so masa terluang yang ada kami penuhi dengan shopping dan makan-makan. Sebelum check out kami ke Kim Yong Market yang berdekatan dengan hotel kami. Pelik jugak. Dok kat Hatyai tapi kenapa market ni nama dia macam dok kat Korea je!!. Hahaha. Dari hotel nak ke Kim Yong Market tak susah mana pun. Walking distance je. Kalau penat pun sebab nak melayan karenah Si Nael yang huru-hara nak itu nak ini sepanjang jalan. Herghhh!! Sis tak shopping mana pun. Cuma dah pesan kat hubby nak tapau gula perang siam dengan kekacang sikit. Sedap tu kalau letak dalam masakan. Selebihnya kami cuma temankan Mak Ani menyopping, Sakan nau makcik sorang tu. Beli barang banyak2 sudahnya nanti menyusahkan diri bila time nak mengangkut barang. Hahaa tak tau!! Selesai shopping dan check out...before bergerak ke Padang Besar, kami pakat reramai singgah untuk tapau pulut ayam dan nasi ayam di Kai Tod Deqcha. Bak kata tourist guide kami...kedai ni viral. Memang betul pun. Bersemut manusia dalam kedai dia weh. Jenuh nak amik turn beli makanan. Selesai urusan tapau menapau...kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Dalam banyak2 hari di Hatyai...hari nak balik ni la yang paling mencabar. Kehkehkeh. Sis gelak dulu. Sebaik sahaja tourist guide kami setelkan urusan pasport di Imigresen Thailand...maka terpaksalah kami semua geng rombongan cik kiah ni kena menapak jalan kaki dari laluan pejalan kaki sempadan Thailand untuk masuk ke sempadan Malaysia. Laluan biasa je macam kita nak naik train kat Malaysia. Jalan kaki sikit pastu kena menapak tangga nak naik jejantas untuk ke seberang...pastu turun lagi tangga dan menapak jalan kaki untuk tunggu ETS di sempadan Malaysia. So kat mana cabaran yang sis sebutkan tadi!!. Hahaha. Disebabkan trip ni memasing bawak anak bini...maka masa ni lah sang suami masing2 kena kerah kudrat keringat mengangkut 2 bijik luggage dan stroller anak2. Sampai naik rebeh bahu terpaksa jinjit barang2 lain. Tak caya sila rujuk pada gambar yang sis sertakan. Nasib baik Farzana dah besor boleh berjalan sendiri. Nael je ibu terpaksa dukung sampai nak patah pinggang rasanya. Tak guna pegi Hatyai buat masssage sudahnya sakit badan dukung anak. Hahaha. Sementara nak menunggu train ETS sampai...kita mandikan anak2 yang udah berlengaih berpeluh tu. Lepas tu kami makan siap2 kat stesen Padang Besar. Nasib baik dah tapau nasik ayam sedap siap2. Makan la kami semua macam orang pelarian dah sorang2. Hahaha. Sebaik sahaja masuk dalam train ETS...tak payah tunggu lama semua dah hanyut berlayar. Mengantuk dan kepenatan amat. Kesian. Nak sangat trip wikk wikk kan. Hambek korang!!. Kesimpulannya trip kali ni berjaya walaupun 1001 macam2 ragam dan hal timbul. Biasa la bila dah ramai2 cenggitu la kejadiannya. Yang mana boleh diperbaiki...kita upgrade lagi untuk trip-trip akan datang. Harapan sis....semoga ketua rombongan Cik Azian Nozmi tak serik dengan kakak dan abang dia. Hahaha. Wikkk wikkkk!!
|
yang sorang ni awal2 dalam Grab dah hanyut (Pok Uteh ngan Ucu jahattttt. Hahaha!!) |
|
tengah mikior camana nak hangkut segala mak nenek beg yang ada!! |
|
time ni boleh senyum lagi...tunggu gambor seterusnya!! |
|
kembang kuncup lobam hidung cari nafas |
|
Mak buyong ni paling gigih |
|
Kelihatan di situ suami mithali sedang suapkan anak bini makan |
|
Seronok sangat sebab masuk train ETS ada aircond |
|
Nael ni kalau dah mengantuk dia tak kira apa dah. Janji dapat tido!! |
|
Alahai anak bertuah ibu nih ~hugs~ |
Comments
Post a Comment