Misi Bantuan Pasca Banjir ke Hulu Tembeling, Pahang : CSR XKresma

Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul. 

Atas dasar kemanusiaan...kami team XKresma bersatu hati untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terletak disekitar kawasan Sungai Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Sasaran kami adalah penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir. Antaranya penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling. Objektif kami adalah membantu menghulurkan bantuan berupa makanan, minuman, keperluan harian, pakaian, telekung, sejadah dan juga barangan keperluan bayi. Team XKresma berkolaborasi dengan team Skuad Banjir Jerantut (SBJ) bagi memastikan misi kami tercapai. Disebabkan laluan darat untuk ke kawasan kampung ini hanya boleh diakses melalui kenderaan pacuan empat roda sahaja...maka hanya teammate yang mempunyai kenderaan 4X4 sahaja diberikan keutamaan untuk menyertai misi pada kali ini. Antara yang turut serta di dalam misi ini adalah encik hubby + saya, Asim + Hana, Shae + Mama + anak2, Kong + Hanim, Deeno + Abie, Koi + Pojie Kecik. Kami menggunakan kekuatan 5 buah kenderaan 4X4 dari XKresma dan 20 buah kenderaan 4X4 dari team BUWAS yang dijemput oleh SBJ. Naik segan pulak bila tengok kenderaan pacuan 4 roda milik team BUWAS. Kasar-kasar tayar kereta derang nih. Huhuhu. Encik hubby dah mula berkira-kira nak beli tayar MT (mud terrain) yang lebih sesuai sebab jika diikutkan tayar kederaan kami (AT @ all terrain) tak ikut spec yang betul kalau nak melalui route hutan dan jalan balak. Nampak gaya lepas ni kami dah ada hobi baru...layan off-road memanjang la jawabnya!!. Disebabkan kami ni baru je nak berjinak-jinak dengan aktiviti off-road...banyak lagi la teknik pemanduan yang kami kena belajar dari otai2 4wheel. Sila beri tunjuk ajar ye sifu!!. Sebelum memulakan perjalanan pada 9 Jan 2015 (Jumaat), meeting point kami adalah di Restoran Temerloh, Seksyen 15 Shah Alam (Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir Pantai Timur).


terima kasih Restoran Temerloh 


dua jiwa satu hati
Memandangkan restoran ini menjadikan sebahagian daripada stornya sebagai tempat pengumpulan bantuan banjir, maka menjadi tanggungjawab sosial kami pula untuk memudah urusan mereka dengan membawa bantuan setakat yang mampu dengan menaiki kenderaan kami. Next meeting point di Petrolpam Shell Gombak. OMG...penuh sesak petrolpam dengan orang ramai yang mengambil peluang untuk menjadi sukarelawan ke Pantai Timur. Rupa-rupanya masyarakat Malaysia ni sangat prihatin cuma yang saya agak pelik...majoriti yang ghairah menghantar bantuan adalah di kalangan bangsa melayu sahaja. India mungkin ada beberapa kerat tapi bangsa cina??? Ye memang ramai bangsa cina di petrolpam Gombak tapi kebanyakan dari mereka rupanya hendak ke Genting Highland bersuka ria. Bukan cuba bersikap racist tapi inilah kenyataannya. Bila bangsa kita dilanda musibah...hanya pada kaum seagama jugaklah kita boleh mengharapkan bantuan. Bangsa lain takkan ambil peduli pun. Secara peribadi...saya sendiri mempunyai persepsi yang agak negatif terhadap bangsa-bangsa lain di Malaysia nih. Proof me wrong!!.

debrief

pelan tindakan katanya!!

Lebih kurang jam 2 pagi kami tiba dengan selamat di Jerantut. Alhamdulillah. Briefing dulu dengan saudara Juki selaku ketua ekspedisi SBJ mengenai pergerakan kami untuk esok hari. Malam tu kami tido di perkarangan masjid Pekan Jerantut. Pasang hammock...naik khemah...tido!!. Penat weh...mata dah rabak. 


together we are strong
Seawal subuh lagi kami semua dah bersiap-sedia untuk ekspedisi ke Hulu Tembeling. Nampak tak betapa bersemangatnya team XKresma. Meeting point di pusat pengumpulan bantuan banjir bersama team SBJ. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Setel briefing dan makan di Kampung Padang Piol, Jerantut kami terus bergerak ke Kuala Tahan. Terima kasihlah pada orang Kampung Padang Piol sebab sudi menjamu kami makan. 


semoga urusan kami mudah dan lancar

poweel mommy

Lebih kurang jam 1145...kenderaan mula rolling!!. Destinasi kami...Kampung Pagi. Perjalanan ke Kampung Pagi agak mencabar bagi kami team XKresma. Bila masuk je jalan tanah merah berdebu...kami dah mula cuak. Dalam hati dok terpikir...'Ishhh biar betol. Apa yang teruk sangat jalan nak masuk ke kampung nih!!'. Menurut cerita rakan-rakan SBJ, jalan tanah merah ini adalah salah satu daripada projek kerajaan untuk menaiktarafkan jalanraya yang menghubungkan Kuala Tahan dengan Kampung Pagi. Sepatutnya projek ini dah lama siap tapi nampak gaya macam tak siap-siap lagi. Kesiannya dengan penduduk yang tinggal jauh pendalaman. Alhamdulilah...jam 3 petang baru kami tiba di Kampung Pagi. 


laluan pertama kami 

Jam 3 petang kami selamat tiba di kampung Pagi. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan ke kampung tersebut...kami dapat melihat beberapa buah rumah yang rosak teruk dan ranap akibat banjir. Kesan-kesan banjir dan lumpur yang kering masih boleh dilihat di merata tempat.  Simpati betul dengan nasib mangsa banjir nih.  Apapun tak sangka kedatangan kami untuk menghantar bantuan disambut dengan baik oleh penduduk kampung. Dijamunya kami dengan makanan tengahari. Ada gulai tempoyak ikan sungai, gulai asam rom, sambal tempoyak dan ulam jering. Dalam hati terdetik...bila masa pulak mereka ni pergi pasar. Rupanya ikan tu mereka pukat dari sungai je. Bahan utama nak buat asam rom tu adalah dengan menggunakan bijik getah yang ditumbuk halus dan dibuat kuah asam keladi. Allah...susah2 je. Rasa bersalah la sangat. Apapun, sebagai tetamu yang diraikan...kami menyambutnya dengan tangan dan hati yang gembira. Makan sebanyak mungkin sambil sembang2 dengan warga tua di situ. Anggap je macam kita sembang dengan mak mertua sendiri. Huhuhu. Selesai membuat penyerahan bantuan mangsa banjir...kami terus bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan lagi. 



rumah ranap akibat banjir
Dengar cerita...ekspedisi kami belum pun sampai separuh dari perjalanan. Halamakkkk....jauh lagi rupanya!! Orang kata gendang gendut tali kecapi...kenyang perut suka hati. Tangki masing-masing dah terisi. Masa untuk roll-out. Destinasi seterusnya...Kampung Kuala Sat. Rupanya perjalanan ke Kampung Kuala Sat lagi mencabar. Dengan permukaan jalan yang tidak sekata...route tanah merah yang teramat becak (tanah dah rupe nak buat cake cekelat moist) sehingga perlu winching dan towing kenderaan kami yang tak berapa nak ikut speck nii membuatkan perjalanan kami semakin lambat. Apapun, yang pasti hari sudah semakin gelap. Hati dah semakin gundah gelana. Risau sebab kami ni masih 'newbie'. Memang kurang pengalaman kalau bab2 off-road. Risau jugak kalau2 kekangan kami ni akan menyusahkan team lain. Apapun pujian harus diberikan kepada Team Buwas. Semangat berpasukan mereka antara yang terbaik pernah saya jumpa. Hampir 3 jam mereka bertungkus-lumus berselut bagai membantu kenderaan kami untuk melepasi 'route batu'. Route nii memang agak mencabar kerana kenderaan kami perlu mengelak 2 biji batu besar yang terbenam di dalam selut. Nak cerita memang susah...kena merasai sendiri pengalaman tuu baru tahu!!. Sesusah mana pun...misi mereka adalah memastikan pasukan kami sampai ke destinasi dengan selamat. Terharu betul bila tengok mereka sanggup bersusah payah untuk kami. Akhirnya lebih kurang jam 10 malam kami tiba dengan selamat di Kampung Kuala Sat. Sekali lagi kami berkampung di perkarangan masjid. Lepas makan malam semua pengsan dalam khemah masing-masing.


hoii becaknya jalan!!
ganas sungguh kereta korang weh!!
mohd pojie dah berangan nak ada sebijik cenggini

11 Januari 2015 (Ahad).
Seawal subuh perkarangan masjid Kampung Kuala Sat sudah mula riuh rendah dengan suara kami. Agenda pagi ni...sorting barang-barang sumbangan untuk agihan. Xkresma berpecah kepada 2 pasukan. Satu team menghantar barang sumbangan ke Kampung Bantal manakala team kami ditugaskan untuk menghantar bantuan ke Kampung Kuala Sat & Kampung Jipang.


Gigih belaka!!
Terdapat lebih kurang 17 keluarga yang terjejas teruk akibat bencana banjir. Antaranya keluarga Pakcik Ishak Mat Deli. Rumah yang telah mereka diami di kampung Kuala Sat sejak 30 tahun dulu hancur musnah menyembah bumi. Barang-barang berharga semuanya rosak tak boleh digunakan lagi. Paling menyentuh hati...barang2 tinggalan arwah anak sulung yang mereka simpan untuk kenangan juga tak dapat diselamatkan. Menangis suami isteri tuu saat bercerita kepada kami. Yang mampu kami buat hanya diam dan mengucapkan perkataan sabar. Allahurabbi. Speechless. No words to say!!. Mungkin diam lebih baik dari kami berkata-kata. Kekadang dengan menjadi pendengar yang baik juga mungkin dapat mengurangkan rasa sedih di hati mereka berdua. Buat masa sekarang nii...keluarga Pakcik Ishak menumpang teduh di rumah anaknya yang tinggal berdekatan. Saya mendoakan agar ada hikmah yang lebih baik menanti buat mereka sekeluarga  akibat musibah banjir ini. InsyaAllah. 


Rumah Pakcik Ishak Mat Deli


pendengar setia


antara yang musnah
banyakkan sabar ye Mok De

total disaster
Kami tak mampu nak bina balik rumah pakcik tapi
kami harap kedatangan kami mampu menceriakan sedikit
hidup pakcik sekeluarga

Selesai urusan dengan keluarga Pakcik Ishak...kami menuju ke rumah mangsa lain pula. Saya turut mengambil kesempatan melunaskan hasrat anak dara kami, Farzana untuk memberikan anak2 patungnya kepada anak2 keluarga mangsa banjir. Ya Rabbi...sedihnya Allah SWT je yang tahu. Sebak dada saya menahan air mata saat saya serahkan anak patung tersebut. Terketar2 suara saya bila saya cakap "Ini anak patung anak aunty tau. Nama dia Farzana. Dia pesan suruh bagi kat kawan2 buat main". <senyum>.


senyum je yang kat belakang tu
padahal rumah dah takde

ini je yang mampu aunty buat supaya korang happy
Untuk sampai ke Kampung Jipang pulak, kami perlu menaiki bot dan mengharung selut yang dalam. Nampak tak betapa gigihnya kami. Majoriti penduduk di sini terdiri dari golongan orang asli. Tak kesah la orang asli ke...orang tak berapa nak asli ke...orang bunian ke...misi utama kami adalah menyalurkan bantuan. Tapikan...terasa macam YB melawat kawasan pulak bila kedatangan kami disambut dengan baik oleh penduduk kampung. Huhuhu. 


Gud job bebeh!!
agihan bantuan sama rata

geram dengan baby tu

beramah mesra dengan orang kampung

Selesai sudah tugas kami. Balik ke base-camp. Sementara menunggu team lagi satu sampai...saya, hubby dan Hana mengambil keputusan untuk mencuci tandas masjid. Almaklumlah bila dah segerombolan manusia bermastautin sementara kat sana...tandas dah tak macam rupa tandas. Ayyooo!! Apapun, alhamdulillah. Misi selesai. Jam 3.45 petang, kami mula bersiap2 untuk bergerak balik. Target kami...keluar dari Kampung Kuala Sat secepat yang mungkin. Mak bapak dah tak senang duduk sebab memikirkan hal persekolahan anak2. Kebetulan esok merupakan hari pertama persekolahan jadi tentunya ibu bapa yang baru nak merasai pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah akan terlebih eksaited!!. 


Orang kampong Kuala Sat
over-eksaited namanya!!

Baru nak panas enjin meredah jalan yang penuh liku tu...perjalanan kami diuji di route Batu yang mencabar tuh. Sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik seorang warga cina tersangkut betul2 dia atas batu. Kalau ikutkan ketua ekspedisi kami (saudara Juki)...memang dia tak hengen nak tolong. Huh pembalak haram rupanya!!. Tapi kalau tak tolong...team kami pulak yang sangkut. Nak tak nak kena bantu jugak walaupun dalam hati ada sikit tak ikhlas!!. 


terpaksa tolong pembalak harom nih
budak2 ni seronok tunggu kami kat tepi jalan sebab nak babai

Dekat jam 5 baru kami berjaya melepasi route Batu tuh. Moto kami : OK KE TAK OK...KASI REDAH JE!!. Perghhhh mencabar mental betul!! Hujan pulak semakin lebat...kompom halangan semakin hebat. Makin lambat la perjalanan kami nak meredah jalan yang becak tuh. Jam 6.45 petang...milage baru 17.5km. Hari pulak dah semakin gelap. Merangkap co-pilot kepada encik hubby...adalah menjadi tugas saya untuk monitor masa perjalanan. Congak sana...congak sini...jawabnya pukul 10 malam la baru kami dapat keluar dari Kuala Tahan. Huarghhh mental weh!! 


kekonon nak guna wheelchain!!

bini2 deme gengster belaka!!

Akhirnya berkat kesabaran ke semua ahli kumpulan, kami berjaya jugak keluar dari Kuala Tahan tepat jam 9 malam. Satu jam awal dari masa yang saya anggarkan. Cekap jugak korang ni bawak 4X4 ye!! Alhamdulillah...yang penting semua selamat. Yang penting jugak misi berjaya dan objektif tercapai. Kami semua sangat berpuashati dan masing-masing pulang ke rumah dengan hati yang lapang. Dengar cerita misi bantuan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. InsyaAllah kami akan ke sana lagi buat kali ke2 untuk menghantar bantuan lain pula. Semoga Allah SWT perkenankan hajat kami. InsyaAllah.

XKresma Selamanya


ALLAH SWT GIVE US TWO HANDS. ONE FOR HELPING YOURSELF. THE OTHER ONE IS FOR HELPING OTHERS. 
KINDNESS IS NOT AN ACT...IT'S A LIFESTYLE.


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust