DAY 2
HONG KONG
22 Dis 2014 (ISNIN)
Ohhoiiii seksanya nak bangun pagi. Suhu yang sangat sejuk (walaupun ada heater) memang buat kami menjerit2 laa dalam bilik air tu. Apapun sebab hari ini merupakan hari pertama kami di Hong Kong...jadi semangatnya lain macam sikit. Pagi ni...plan kami nak ke Avenue of Stars yang terletak di sepanjang jalan Victoria Harbour berdekatan dengan hotel kami di Tsim Sha Tsui. Terasa lain sangat suasananya berada di bumi Hong Kong. Nak bersiar2 pun kena sarong baju tebal, sweater dan snowcap. Cuaca nampak sangat cantik dengan mataharinya yang sinar memancar. Walhal baru je keluar kat kaki lima hotel...mak aii...sejok baq hang!! Menggigil2 dibuatnya. Avenue of Stars nii adalah salah satu daya tarikan yang terdapat di Hong Kong. Jenuh la kami bergambar sakan kat sana. Tak dapat jumpa Jackie Chan...dapat bergambor dengan plak tangan dia pun jadi la. Kiranya aktiviti kami kat sini cuma bergambar sakan je.
|
Avenue of Stars |
|
sejok2 ni pekena sotong bakar memang best!!
|
|
jadi la dapat bergambor dengan plak Bruce Lee |
|
enjoying ourselves |
|
the best and coolest places to hang around |
Selesai berjimbaan di Avenue of Stars, kami bergegas pulang ke hotel pulak. Tak sabar nak jumpa Deeno dan Saf sekeluarga. Kebetulan mereka juga turut bercuti di Hong Kong dan akan pulang ke Malaysia keesokan harinya...maka kesempatan ini diambil untuk lepak sesama. Sempat berjalan2 ke Mong Kok Street mencuci mata. Nak tercabut kepala lutut berjalan dengan Saf. Memang giler shopping makcik sorang nih. Mujor ada jugak Qaseh boleh buat kawan dengan Farzana. Yang tak tahan tu...derang dah siap plan nak buat slumber party kat bilik Qaseh. Nak main make-up2 katanya. Pitam!!
|
shopaholic |
|
anak sapo la swag sangat tuh!!! |
Lewat petang, hubby dah plan nak bawa kami ke tempat paling tinggi di Hong Kong iaitu The Peak Tower yang terletak di pulau Hong Kong. Ohhoiii terus melompat kijang setempat sebab dah tahu kat atas puncak tu ada rumah patung lilin Madame Tussauds. Nak ke sana bukannya susah mana pun. Nak naik MTR pun boleh tapi kami mengambil keputusan untuk menaiki feri. Sesaja nak feeling dan menyusahkan diri sendiri sebab kena menapak jauh amat. Tunggu punya tunggu punya tunggu...bas yang sepatutnya membawa penumpang ke The Peak Tower tak sampai-sampai. Babah dah hangin satu badan. Hehehe. Hilang sabar punya pasal...babah bagi arahan supaya kami berjalan kaki saja. Haaa!!! Dah la jauh (mujor tak berpeluh ketiak sebab suhu sejok)...jalannya mencanak pulak tu. "Takpe Tasha...jalan je. Anggap je macam ko tengah panjat tangga Batu caves!!". Punya la mental sampaikan terpaksa bermonolog dengan diri sendiri. Farzana dah mula penat. Terpaksa la babah dukung atas belakang. Mujor babah sihat dan kuat. Ngehngehngeh!! Akhirnya sampai jugak. Yeayyy!!
|
muka teruja sebelum kena menapak |
Kekonon nak skip Q yang maha panjang...babah pun beli la tiket express berkasta tinggi dari orang lain untuk menaiki tramp dengan harapan kami dapat lebih masa untuk bersukaria kat atas peak tuh. Rupanya tiket express tu hanya propaan semata-mata. Beli tiket express tapi laluan express kena berebut nak tempat duduk dengan golongan marhaein. Waddefish betol!! Mujor dapat seat yang elok...kalau tak mau ai mengamok kat situ jugak. Ececehhhh beraninya kau!!
|
naik The Tramp woot wottt |
|
The Beattles |
|
Mujor la patung je babah. Kalau tak mau kena siku nih!! |
|
Ohemgee it's Robert Pattison my Twilight hero!! |
Penat jugak tawaf satu Maddame Taussad nih. Lapor pun ada. Keluar je dari rumah patung lilin...kami terus naik The Peak. Kat sini kami dapat melihat keindahan panorama kota metropolitan Hong Kong pada waktu malam. Memang teruja sesangat tapi yang tak tahannya...masyaAllah kenapa la sejok sangat oii!!. Tahap menggigil ketaq kepala lutut. Dah puas berjimba...time to balik. Seteghesssnya bila pikir nak kena menapak balik tuh. Apapun...jadual untuk hari ni sangat padat dan menyeronokkan. Another 6 days to go!!
|
night view |
|
#day2inHongKong |
Comments
Post a Comment