#day1inHK (WINTER TRIP)
KL - HK
21 Dis 2014 (AHAD)
we are on tour!! |
Kami ke Hong Kong dengan menaiki penerbangan Air Asia. Harga tiket pun jauh lebih murah jika dibandingkan dengan MAS. Disebabkan jadual penerbangan ke Hong Kong pada jam 830 pagi (21.12.2014) makanya terpaksa mintak tolong Azian & Mus untuk hantar kami ke Terminal 2 KLIA. Baru perasan...rupanya ini merupakan pengalaman pertama buat saya, suami dan Farzana menjejakkan kaki ke KLIA terminal 2...pengalaman pertama kami juga dapat menaiki kapalterbang bersama-sama. Seronoknya susah nak cerita. Hehehe. Secara peribadi, saya merasakan KLIA Terminal 2 jauh lebih baik berbanding LCCT. Walaupun penuh sesak dengan orang ramai tapi kelengkapan yang disediakan amat baik. Alhamdulillah...walaupun flight kami agak delay tapi penerbangan kami berjalan dengan lancar. Cuaca pun sangat cantik. Tak sampai setengah jam flight take-off...hubby dan Farzana terus terlelap. Kesiannya...mengantuk sangat la tu sebab kena bangun seawal jam 5 pagi.
Lebih kurang jam 1230 tgh...kami selamat sampai ke bumi Hong Kong. Alhamdulillah. Angin sejuk terus menyapa kami. Simpan dulu seronok tu sebab kami terpaksa memikirkan camana cara nak tuju ke hotel yang terletak di Tsim Sha Tsui. Perkara pertama yang kami buat sebaik sahaja setel luggage adalah membeli kad Octopus. Kad ini sangat berguna untuk kegunaan pengangkutan awam sepanjang kami berada di Hong Kong. Lepak dulu di terminal sambil study peta sampai juling bijik mata. Hahaha. Nampak sangat macam traveller!!
Babah saja pilih seat dekat sayap untuk kami |
muka mengantuk sesangat nih |
Alhamdulillah safely arrived |
Octopus Card. Takde ni tak berjalan woo!! |
backpackers kental namanya!! |
Perjalanan kami menjadi lebih mudah dengan adanya kad Octopus dan menggunakan train MTR subway. MTR Subway di Hong Kong sangat efisyen jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Jumlah coach yang banyak merupakan satu kelebihan kerana penumpang tidak perlu membuang masa menunggu terlalu lama untuk setiap trip coach. Di Malaysia, kita perlu menunggu hampir setengah jam untuk setiap trip. Belum masuk lagi isu penumpang yang tak suka beratur dan berebut2 nak masuk ke dalam coach. Kalau tak bergaduh memang tak sah!!. Huh itu antara pengalaman ngeri yang pernah saya lalui setiap kali menggunakan kemudahan komuter di Malaysia. Walaupun masyarakat urban di Hong Kong tak berapa nak mesra alam (sombong) tapi tahap sivik mereka sangat tinggi. Jauh beza kalau nak dibanding dengan kita. Antara yang sempat saya perhatikan...tiada penumpang yang berani nak makan dan minum di dalam MTR, masyarakatnya tidak meludah sesuka hati, sampah sarap juga tidak dibuang merata tempat dan mereka sangat mematuhi lampu isyarat (baik pengguna kenderaan mahupun pejalan kaki). Malu wehhh!!. Malu nak mengaku dok kat bandar tapi minda kelas ke 3!! Sepanjang perjalanan menaiki MTR...Farzana nampaknya paling ceria dan seronok. Baru sedar yang dia dah semakin besar...semakin memahami dan semakin pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dia. Good for her!!
happy kiddo |
Jalan2 sedot angin sejok sampai menggigil |
having dinner @ AL-Maidah Sejok2 pekena kopi panas memang thorbaekkk!! |
Comments
Post a Comment