XKRESMA RE-UNION 2013


XKRESMA RE-UNION 2013
PENANG HERE WE COME!!
2 - 4 Nov 2013 XKresma telah mengadakan re-union buat kali yang ke 15. Alhamdulillah ternyata ukhwah dikalangan kami masih lagi utuh. Semoga ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila. InsyaAllah. Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan pada kali ini. Terima kasih kepada team penganjur yang sanggup bersusah-payah bagi memastikan percutian keluarga XKresma kali ini menjadi realiti. Penginapan di TM Resort Tanjung Bungah. Nasihat saya, kalau ada budget lebih, carilah hotel lain sebab pihak pengurusan hotel ini sangatlah tidak profesional. Namun, disebabkan nawaitu kami semua adalah untuk bergembira dan mengeratkan silaturrahim maka segala masalah kami tolak ke tepi sahaja. Bermula dengan aktiviti konvoi, kami semua bersetuju untuk singgah jalan-jalan cari makan di Kuala Sepetang, Taiping Perak. Makanan yang wajib dicari adalah Mee Udang. Pergh memang terbaik!!.  Kalau diikutkan nafsu serakah memang tak cukup semangkuk mee. Hehehe. Setelah puas mengharungi jalan yang sesak, tak termasuk sesat bagai gara-gara ketua rombongan silap bagi direction...maka sampailah kami. Seronoknya dapat merehatkan diri sementara menanti makan malam disediakan. Waktu senggang yang ada kami gunakan sepenuhnya untuk bertukar-tukar cerita dan mengimbau kenangan Kresma masa silam. Bila Kresma berReunion...memang huru-hara la jawabnya. Perangai masing-masing memang tak pernah berubah. Yang berubah cuma masing-masing telah mempunyai kerjaya yang membanggakan, memiliki keluarga yang semakin besar dan yang paling penting...fizikal yang semakin kembang. Hehehe. (Kami masih lagi memegang tittle pasangan paling maintain kot!!). Alhamdulillah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan baik untuk kaum bapa, ibu mahupun anak-anak. Aktiviti yang paling menyeronokkan tentulah mandi-manda di swimming pool dan jugak aktiviti pantai. Selain aktiviti keluarga, kesempatan yang ada kami gunakan untuk berjalan-jalan cuci mata dan jugak poket. 

Babai Penang...Welcome Krabi katanya tahun depan!!
Wink-Wink!!

Mee Udang Kuala Sepetang terbaek!!

mandi-manda sampai kecut
Me & Hana
Pojie & Asim
Pak Am, Mat Jue & Hubby
(Asben i je maintain. Hikhikhik!!)
Geng Tarik Tali
Me & Cha'Aa
Jet Skiing
Kambing golek adalah kegemaran saya!!

Ibu-ibu yang sempoi
My Soul
Konvoi
Me & Hana again...
XKresma Selamanya
Geng bapak yang over!

Bila Kresma jumpa kedai outdoor...
memang cenggini la jadinya

Anything to buy dear...

Pekena Nasik Kandar untuk penutup!!

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust