JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT

23 November 2013
Kg. Peserai, Johor

Alhamdulillah. Janji Allah SWT itu pasti. Kalau dah jodoh memang tak ke mana. Jenuh mencari...puas berendam airmata...menepis segala dugaan, akhirnya jejaka dari Pekan, Pahang ini rupanya yang berjaya menyunting bunga di taman larangan Pak On (gittuuu berbunga2 ayat dahku!!). Subhanallah. Allah SWT mendengar doa kawan baik saya ni semasa dia mengerjakan umrah baru-baru ini. Iqbal Rizal ni bukanlah orang asing bagi kami kerana dia merupakan salah seorang kru produksi belakang tabir RTM. Memang betul jodoh itu rahsia Allah SWT. Jodoh yang diminta sekian lama ini rupanya berada didepan mata sahaja. Siapa sangkakan. Heboh satu RTM bila Ain layangkan kad kahwin dia kepada semua orang. Sebagai seorang kawan baik, tiada kata yang mampu saya ucapkan selain rasa syukur kerana Ain dipertemukan dengan Iqbal. Semestinya hari bahagia buat mereka berdua adalah merupakan salah satu saat bahagia yang saya nantikan selama ini. Alhamdulillah. Saya, Oja, Peace & Ain sudah mempunyai keluarga sendiri. Masing-masing sedang melalui fasa kehidupan berkeluarga. Lepas ni bila hang out sesama, pastinya cerita mengenai perihal suami, anak, mertua dan banyak lagi akan menjadi topik paling utama. 

Ain Sabrina...u deserve to have a happy love story of your own. 
Iqbal Rizal...please take good care of my best buddy.
Kak Nash. How i wish you were there on their wedding day. Al-Fatihah.


Ain Sabrina On & Iqbal Rizal
BFF dunia akhirat
kengkawan RTM
sorang lagi anak Pak On...Fariha On
(sapa tengok M3 & MHI mesti kenal)
Ahmad Zainuddin
(bila lagi nak kawen bro!!)
Us
Tol ke-3 dari RTM
Jadi la dapat duit tol RM5
(Farzana really enjoyed the 'tol' experience) 
people behind the screen
Konsep Puteri Jawa katanya!!
Teratak Pak On

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust