Jalan Sana Sini Penghujung 2013
Kalau tak kerana kenduri kahwin Puan Ain Saby dengan Encik Iqbal...kami pun tak merancang hendak berjalan-jalan ke Johor dan juga Melaka. Orang kata menyelam sambil minum air. Apa salahnya. Kami berdua dah pun membuat perancangan bagi memastikan trip kali ini diisi dengan aktiviti yang menarik bagi kami sekeluarga. Tempat pertama kami tuju adalah di Perkampungan Nelayan Senibung. Wajib makan seafood kalau datang ke sini. Kupang, ikan kerapu, ketam gemok dan siput gonggong menjadi santapan kami. Pertama kali memperkenalkan menu siput gonggong kepada suami dan Farzana. Rupanya mereka berdua pun suka dengan jenis makanan laut ini. Rupa memang pelik tapi rasanya sangat sedap. Harga pun agak mahal iaitu RM40.00 sekilo. Nom Nom Nom. Antara lain, kami jugak memang bercadang hendak masuk Singapore bagi mencari beberapa barang keperluan saya dan suami. Alang-alang dah ke Singapore kami singgah sebentar di Marina Bay menjengok singa dan makan aiskrim kegemaran saya iaitu aiskrim roti kapit. Sedap betul. Satu kompom tak cukup. Hihihi. Balik dari Singapore, kami singgah ke JPO pulak...tempat feveret encik asben. Perancangan awal memang berhajat nak membawa Farzana masuk ke Legoland. Perasaannya sangatlah teruja bila dapat tengok pintu gerbang Legoland. Sebelum beli tiket, kami singgah makan di Chicken Rice Shop. Alas perut bagi kenyang dulu. Sebaik-baik perancangan kita, Allah SWT lagi Maha mengetahui. Suami pulak tetiba nak pitam dan muntah-muntah. Panik la jugak. Dalam hati dah mula berkira-kira untuk menunda perancangan kami. Saya dan Farzana bersetuju untuk tidak masuk ke Legoland walaupun suami berkeras untuk masuk. Mungkin dia kesiankan Farzana. Mujur anak dara sorang ini pandai dan senang dipujuk. Babah pun dengan berat hati terpaksa akur dengan kehendak kami. Disebabkan suami tak sihat, terpaksalah saya ambil alih tugas menjadik driver untuk ke Melaka pula. Alhamdulillah selamat sampai di Melaka. Check in rumah Lecturer Politeknik Merlimau Melaka pulak. Suka la Farzana ada Mak Andak nak melayan cerita dia siang dan malam. Di Melaka kami berkesempatan sekali lagi makan-makan seafood. Azrin jugak sempat membawa kami ke Taman Tema Air, Wonderland. Jadiklah buat pengubat tak dapat masuk Legoland. Main air sampai biru. Weee....
with babah |
Babah & Ibu |
Senibung Seafood Nom Nom Nom |
singgah Singapore sekejap |
this pic is so funny kihkihkih |
Diva Martopo la sangat anak dara sorang nih!! |
Farzana suka sangat dengan arca ini (okeh okeh ibu faham!!) |
cerita sedih di sebalik Legoland |
Andak belanja seafood |
Andak bawak jenjalan Wonderland, Melaka <Kelas kau Jah siap shades bagai> |
budak fobia dengan air <Ntahapohapontah> |
Tak dapat masuk Legoland... Wonderland pom okey |
TEVA gurlz Wachaa!! |
keluarga kami |
Comments
Post a Comment