Ramadhan dan Syawal berkampung lagi..

Salam Merdeka Raya...Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah. Lebaran 2012 adalah antara lebaran yang paling meriah dalam hidup saya. Walaupun terpaksa menunaikan tanggungjawab sebagai kakitangan awam menjalankan tugas demi negara pada malam raya...saya redha. Alah bisa tegal biasa. 3 tahun berturut-turut saya terlibat dengan program Raya Sama-Sama. Rancangan khas malam raya yang disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 - 12.30 malam. Hakikat yang sebenarnya, hati saya meronta-ronta tak nak terlibat lagi dengan rancangan ini. Bukan apa tapi kasihankan Farzana sebab dia tak dapat nak amik mood malam raya di Kuala Kangsar gara-gara saya. Norkuzaimah Aziz...harap ini tahun terakhir saya bekerja di malam raya. No more. Kita bagi peluang pada staff lain untuk 'merasa' pulak ye!!. Cukup-cukup la tuu. Lagipun rasanya sudah sampai masanya saya bagi tumpuan sepenuhnya pada keluarga sendiri pulak. Selesai sahaja Raya Sama-Sama, kami sekeluarga terus pecut pulang ke Kuala Kangsar. Walaupun sampai lewat pagi dan cuma sempat tidur beberapa jam sahaja...kami tetap bersemangat menyambut Aidilfitri. Keluarga Kak Nine (Yang), Nurol (Cik Nyah), Ila (Abg Lan) dan Tasya (Faizal) antara yang ada beraya bersama-sama Mak Zainah dan Pak Din. Meriah betul rumah mertua saya. Macam-macam kaler ada gara-gara setiap family ada warna tema pakaian masing-masing. Huhuhu. Mak sempat buat lodeh dan rendang ayam untuk santapan anak menantu dan cucu. Ada rezeki lebih buat Norul dan Cik Nyah...mereka sponsor sate untuk kami semua. Tasya dan Faizal pulak sempat belikan lemang. Saya pulak cuma mampu sponsor kerepek, cookies dan fruitcake sahaja. Alhamdulillah. Farzana pun seronok sebab dapat berkumpul bersama dengan sepupu-sepupunya dan dapat peraga ke semua baju-baju rayanya.  Saya pun tumpang seronok tolong kutip duit raya anak untuk tahun ini. Hehehe. Tahun ini jugak saya berpeluang berkenalan dengan saudara-mara sebelah hubby. Ter'blushing' kejap bila pak Din perkenalkan saya sebagai 'new-member' dalam keluarga. Terima kasih ayah sebab sangat sporting!!. Lewat petang, saya dan hubby sempat ke Simpang Pulai beraya bersama keluarga Pak Nozmi plak. Adik-adik saya sepakat nak beraya di rumah Opah katanya...Hari raya ke-4 kami mengambil peluang untuk beraya ke Kuantan pulak kerana kebetulan cuti hari raya untuk kali ini agak panjang. Sambil menyelam sambil minum air laa. Di samping pulang beraya kami sempat bawa Farzana ke Bukit Gambang Water Park untuk  mandi-manda. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ampun dan maaf dipinta...
makan-makan
family ties
hari-hari tukar baju raya!!
babah & us
My Soul
Bukit Gambang Water Park
time to get wet


cucu Opah Lamah
sepupu-sepapat

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin. Semoga kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lebaran akan datang. Insyaallah. 


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust