"ALL IT TAKES IS FAITH, TRUST AND A LITTLE BIT OF PIXIE DUST" Saya memulakan rawatan di LPPKN sejak dari Mei 2016 lagi. Gagal 2 kali cycle IUI tidak sama sekali mematahkan semangat saya untuk terus mendapatkan cahayamata. Asben pulak sangat supportive baik dari segi fizikal dan mental. Sejak membuat keputusan untuk melakukan rawatan kesuburan di LPPKN, saya telah membuat keputusan untuk menukar diet makan. Setiap hari saya amalkan pengambilan madu, lemon suam, buah delima segar, telur rebus ayam kampung (putih sahaja), ikan salmon grill, susu kambing, kurma dan juga supplement tambahan Surbex Multivitamins. Minuman kafein seperti kopi terpaksa saya tolak tepi. Kalau teringin sangat-sangat baru mintak izin asben nak minum. Hehehe. Kekadang tekak ni boleh tahan jahatnya!!. Selepas 2 kali cycle iui gagal...Doktor Komathy buat keputusan untuk saya mencuba rawatan IVF atas faktor usia yang semakin meningkat. (Huhuhu mak dah tua nokk walaupun nampak muda remaja!!). Walaupun...
kite lak yg menitik air mata..moga ujian ini mengajar kite sesuatu yg sgt bemakna..moga kaka n suami terus tabah n moga ade rezki yg lbh baik dtg..amin.
ReplyDeleteThanks ila. InsyaAllah...kami takkan putus usaha dan akan terus berdoa kepada Allah SWT. Doakan yang baik2 utk kami ye:)
ReplyDelete