Muka legend...tapi hati kiut!!!

Pak Nozmi
Teringat pada bait lagu..."kasihnya ibu membawa ke syurga...kasihnya AYAH berkorban nyawa". Ayah kesayanganku...NOZMI BIN SHARIFF a.k.a Tok Dad merupakan seorang lelaki biasa sahaja tapi di mata kami anak-anak perempuannya, ayah adalah ibarat a king among the thorny roses. Cewwahhh!!!. Kalau buat questionaire kat kami (6 orang adik beradik) ni sayang mak atau ayah...hehehe...jawapannya 5 out of six akan cakap sayang AYAH. Oppsss...Mak Ani tak boleh jeles sebab dari kecik lagi kami anak-anak pompuan ni memang suka lebihkan ayah especially saya!!. Seingat saya...dari kecik sampailah dah besar panjang ni...tak pernah sekali pun ayah marahkan anak-anak pompuan dia apalagi nak menjentik kami. Setiap kali Mak Ani mengamuk marahkan kami...ayahlah satu-satunya tempat kami berlindung. Senang citer...ayah adalah peguambela kami...hero kami...otai kami...banker kami...dan segala-galanya bagi kami. Ayah paling tak suka kalau Mak Ani marah-marahkan kami depan dia. Ayat paling best akan terkeluar dari mulut ayah..."kenapa awak suka marah-marah anak nih!!!'. Yesss...terus kecut perut Mak Ani kalau keluar je ayat azimat ayah nih. Hehehe. Pak Nozmi ni sangat cool orangnya berbanding Mak Ani yang sangat kelam kabut. Masa zaman muda belia...ayah merupakan seorang yang berbadan tegap dan mempunyai ketinggian 5'8. Cuma sekarang ni bila dah berusia, badan ayah semakin susut sikit gara-gara penyakit kencing manis. Ayah jugak merupakan seorang yang sangat happy go lucky dan suka menyakat. Patut la anak-anak dan cucu dia pun perangai lebih kurang je....kuat menyakat!!.Opah selalu cerita kat kami yang masa kecik dan remaja, di Kg. Sg. Tukang Siden, Teluk Intan, Perak...ayah memang terkenal dengan kenakalannya. Bila saya belek-belek album lama, mesti rasa syahdu terutama sekali bila tengok gambar saya dalam dukungan ayah. Huhuhu...dah nak nangis nih!!. Pernah suatu ketika dulu...akibat merajuk dengan mak, saya telah mengambil keputusan untuk membawa diri. Bukannya melarikan diri pun tapi menyorok dalam surau depan rumah je. Disebabkan malam dah semakin larut...mak dah semakin risau sebab anak dara sunti dia tak balik-balik dari kelas tuisyen. Dari dalam surau, saya boleh dengar suara mak dan ayah kelam kabut mencari saya. Kesian kat ayah... 5 6 kali keluar masuk rumah dengan kereta peronda gara-gara anaknya hilang!!. Akhirnya, disebabkan malam dah semakin gelap, saya amik keputusan untuk keluar dari tempat persembunyian. Dalam hati...mati la aku kena belasah dengan mak dan ayah lepas nih!!. Sebaik je saya bukak tombol pintu rumah dan berjengket-jengket nak ke bilik...tup-tup terdengar suara ayah lembut je menyapa. "Yong...pergi mana nak??. Jangan buat macam ni lagi". Terus saya kejung kat situ jugak. "Dah...pergi tido". Lembut je ayah bersuara. Bila saya tengok muka sayu ayah...terus saya menangis kat situ jugak. Sayu sebab ayah masih berlembut  walaupun saya telah membuatkan mereka berdua risau yang amat. Hari tu saya belajar sesuatu yang amat berharga. Walaupun ayah seorang anggota polis yang terkenal dengan kebengisannya, kasih sayangnya kepada seorang anak membuatkan hatinya yang kering bertukar menjadi lembut. Sejak daripada hari itu...saya berjanji dengan diri sendiri akan sentiasa berada di belakang ayah menjadi penyokong setia. Sampaikan Mak Ani pun kekadang merajuk diri sebab bagi dia...kami suka lebihkan ayah dari segala hal. Mak...mak!!!. Sebagai seorang anak...masih banyak impian yang saya ingin realisasikan untuk ayah. Antaranya...andai diberikan rezeki oleh Allah SWT, saya ingin membawa mereka ke Mekah untuk menunaikan haji. Insyaallah. Dan impian yang paling saya idam-idamkan hingga ke saat ini...semoga ayah berpeluang untuk menimang cahayamata saya sendiri. Teringin sangat nak dengar my own children panggil ayah...TOK DAD. Sempena dengan HARI BAPA ni...Yong doakan semoga Allah SWT kurniakan ayah dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik walaupun lambat atau cepat pulangnya seseorang hamba itu adalah hak Allah untuk menentukannya. Semoga Allah berikan kepada ayah kebaikan di dunia dan juga di akhirat. 


Pak Nozmi with his princesses


Selamat Hari Bapa...

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust