Minggu yang sangat menggembirakan untuk aku.
1. Majlis perkahwinan adik aku Azman telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Setelah penat bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan dengan lancar, akhirnya Azman sah bergelar suami kepada Asniza Kamarudin. Yong cuma mendoakan semoga korang berdua tabah dalam menempuhi hidup alam berumahtangga. Sementara masih bergelar Pengantin Baru ni...gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin. Masa ni la korang sepatutnya belajar untuk mengenali kelebihan dan kelemahan diri masing-masing agar dapat saling melengkapi. Kena banyak bertolak ansur dan sentiasa berlembut dengan isteri. Yong mungkin tak layak untuk menasihati korang berdua tapi apa yang boleh Yong katakan...memiliki suami yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri dan keluarga adalah harapan tertinggi buat setiap sang isteri. Duit dan harta benda pula hanyalah pendorong untuk keselesaan keluarga di masa hadapan. Tapi dalam kesibukan mengejar harta dunia...jangan pula dilupakan Allah SWT kerana setiap rezeki yang kita dapat datangnya dari DIA. Like i said, yang penting jangan dipersiakan harapan isteri kerana setiap wanita yang bergelar isteri akan sanggup mengharung susah senang bersama suaminya hingga ke akhir hayat mereka seandainya suami seorang yang bertanggungjawab. Insyaallah. Selamat Pengantin Baru buat Azman dan buat Eja...welcome to our famili yang sangat kecoh nih!!!. Luv both of you.
|
Selamat Pengantin Baru |
|
Keluarga Pak Nozmi |
2. Yahooo!!!. Akhirnya result exam aku dah keluar hari ni. Pagi-pagi buta lagi adik saya Azian dah mesej supaya check email. Nasib baik pakai iphone...so terus bukak email walaupun mata masih lagi berpisat-pisat sebab membuta. Alhamdulillah...pointer 3.33 memang selayaknya saya dapat bila diingat-ingatkan balik cara kami study dan buat asignment dalam kesibukan kerja. Thanks Dr. Mariah Muda sebab bagi saya A- untuk Communication Theories. Saya memang suka dengan subjek ni sebab teori-teori yang saya belajar ni memang sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Hehehe. Ingatkan dapat la score lagi sebijik A untuk subjek Cultural Studies...rupa-rupanya dapat B+ je. Ok le tu. Huhuhu. Syukur sangat-sangat kepada Allah SWT. Sampaikan saya boleh senyum kambing sorang-sorang dalam kereta masa nak ke opis sebab happy punya pasal. Misi seterusnya...kena plan baik-baik untuk pengajian semester 2 ni plak yang akan bermula bulan September nih. Chaiyok!!!
|
Part 1 |
Comments
Post a Comment