Menghitung hari...
Dewan...checked!!.
Baju pengantin...checked!!.
Katering...checked!!.
Goodie bag..checked!!.
Pasukan Kompang...checked!!
Tok kadi...tak perlu check kot sebab kami ni keluarga sebelah lelaki. Dah tentu-tentu keluarga sebelah perempuan dah setelkan hal ni awal-awal. Tak sampai seminggu je lagi keluarga Pak Nozmi dan Mak Ani akan mengadakan kenduri untuk meraikan perkahwinan ke-3 dalam famili kami. Tahniah to Azman dan Asniza sebab tak lama lagi bakal bergelar Pengantin Baru...Insyaallah. Seperti biasa, orang yang paling tak senang duduk sampai tak lalu makan dan tak lena tidor...sapa lagi kalau bukan Mak Ani. Hehehe. Dia punya kalut sampaikan kami anak-anak pompuan ni pun pening kepala melayan karenah mak. Kecik hati pun ada tapi bila difikir-fikirkan balik, takpe la. Layankan je la. Adat la tu Mak nak dapat menantu. Mestilah nak buat yang terbaik untuk anak dia. Kena pulak Azman ni plak satu-satunya anak jantan dia. Aduiihhh. Untuk meringankan beban Azman, kami adik-beradik sepakat untuk men'sponsor' a few basic things. Azrin agreed untuk sponsor gubahan hantaran termasuklah kek pengantin. Azlina plak 'terpaksa rela' mensponsor goodie bag untuk tetamu yang hadir, manakala saya plak dengan rela hati bersetuju untuk menaja kad kahwin pengantin. Disebabkan Azman dah decide untuk mengenakan warna silver untuk perkahwinannya, so kami pun sibuk la mencari pakaian dengan color tema yang sama as a family. Yang paling seronok, adik bongsu saya si Fatin. From head to toe sponsor semuanya. Takpe la...sesekali bagi dia seronok apa salahnya. Kami jugak dah sepakat untuk mengenakan jubah semasa majlis akad nikah dan color tema merah memancorrr semasa bertandang ke rumah pengantin perempuan. Hahaha. Bagi nampak garang sikit. Lepas ni saya akan bercuti panjang sebab nak menguruskan majlis perkahwinan Azman. Harap-harap things going well as we plan. Insyaallah.
Comments
Post a Comment