a gentle reminder for myself
'We learn something from every moment...some lessons are painful, some are painless...
but to me, all are priceless!!'
Perkataan yang selalu kita dengar...hidup ini penuh dengan ranjau berduri. Maknanya walau apa sahaja yang ada di hadapan, kita mestilah berani untuk menempuhinya. Mungkin pada mulanya kita takut....tetapi atas sebab-sebab tertentu menyebabkan kita berani untuk mengharunginya. Persoalannya. Perlukah kita bersedih dan bermuram durja sepanjang hidup ini demi untuk mengecapi secebis bahagia. Perlukah juga kita menyalahkan diri sendiri, orang lain ataupun takdir semata-mata untuk memuaskan nafsu amarah diri. Sebagai seorang islam, kita wajib beriman kepada qada' dan qadar Allah sebagai melengkapi keimanan kita sebagai seorang muslim. Hakikatnya, ramai yang tidak dapat menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mungkin mulut berkata 'YA aku terima segala ketentuanNya'...namun jauh di sudut hati perkataan TIDAK menutup segalanya. Akhirnya...perasaan yang berkecamuk ditambah pula dengan hasutan syaitan, mewujudkan timbulnya satu perlakuan yang negatif yang tidak pernah terfikirkan oleh kita untuk melakukannya. Justeru, kerana merasakan kita berada di pihak yang benar, kita sanggup mendoakan keburukan orang lain. Mungkin kita lupa dan alpa seketika dengan ikrar janji yang wajib kita lakukan 5 waktu sehari..."Sesungguhnya solatku, ibadatku dan matiku hanya untukmu Ya Allah". Andai benar kita berpegang pada ikrar ini, pastinya kita akan merasa malu terhadap diri sendiri kerana meminta Allah memberikan kecelakaan kepada hamba ciptaanNya. Wallahualam. Sebaik-baiknya, kita perlu memuhasabahkan diri sendiri. Hikmah di sebalik semua ini sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui dan amat memahami dan kita sebagai manusia kerdil diseru untuk berfikir atas setiap kejadian yang berlaku. Biar apa pun yang kita ceritakan, biar apapun yang kita nafikan tetapi hakikat yang sebenar hanya Allah SWT yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa memberi kita kebaikan walaupun dimulai dengan keburukan.
(Surah Al-hadid: ayat 23)
"Kamu diberitahu tentang itu supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan ingatlah Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur lagi membanggakan diri".
Ayat ini mengingatkan kita agar jangan terlalu bersedih andai ditimpa kesusahan mahupun terlalu gembira tanpa rasa syukur andai menerima nikmat. Terimalah takdir kerana cinta kita kepada Allah SWT. Kita ubah persepsi diri dan juga hidup dengan menerima apa jua yang ditakdirkan oleh Allah SWT biarpun ianya pedih dan menyakitkan. Jangan sesekali mendoakan keburukan orang lain kerana setiap yang buruk itu juga merupakan doa untuk diri sendiri juga. Secara peribadi, saya juga mengharapkan agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa saya dan dosa-dosa mereka yang saya sayangi. Semoga sama-sama kita mendapat keberkatan dariNya.
Alhamdulillah.

Comments
Post a Comment