result SPM dah keluar!!!

'Smile of Glory'

CONGRATS!!!
Alhamdulillah. Tahniah dari kami ur big sissy...
Dengan keputusan SPM yang boleh kami banggakan, insyaallah, Fatin boleh mengorak langkah lebih jauh ke manara gading nanti. Harapan kami moga-moga Fatin dapat ikut jejak langkah kami semua dengan memasuki Universiti. 
My first question for her!!!. 'Nak masuk U mana??'. 
Dengan penuh confidentnya dia menjawab...'Fatin nak apply UiTM'. 
Aduihh...adik aku ni tak nak aplly U lain ke. Kat Malaysia ni...punya la banyak IPTA yang dah well established tapi UiTM jugak jadik pilihan. UiTM DI HATIKU la katakan!!!. Dalam family Pak Nozmi aje...aku (budak master masscomm), Lina (Diploma Hotel & Cattering Management) dan Azian (Master Science Geomatic) dah sah-sah product keluaran UiTM. Bertambah la lagi sorang nampaknya. 
Again...my second question for her. 'Nak apply course apa??'. 
Dengan confident lagi dia menjawab...'First choice Fatin nak apply LAW...2nd maybe nak amik TESL. Masscomm macam yong pun best jugak kan!!'. 
Aduihhh...biar betul budak sorang ni nak apply Masscomm. Cukup-cukup la aku sorang yang jadik Masscommer dan kerja dalam bidang broadcasting. Kang terlebih glamor pulak nama Pak Nozmi asyik keluar dalam  closing credit program. Apapun...kami semua akan support her walau apa saja bidang yang ingin Fatin pilih. Ahad lepas, Azian sempat bawak Fatin ke Ekspo Selangkah ke UiTM. Tujuan ekspo ini diadakan khusus buat student lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM mengetahui dengan lebih lanjut akan setiap course yang ditawarkan bersesuaian dengan keputusan yang telah dicapai. Harap-harap minda Fatin lebih terbuka selepas melawat ekspo tuu. Buat Fatin...Yong doakan semoga impian Fatin untuk bergelar student UiTM menjadi kenyataan. Semoga cita-cita Fatin untuk bergelar Lawyer jugak bakal menjadik realiti suatu hari nanti. Remember one thing...life is bigger then a school or even college. Confident in whatever you do...stay humble and always look down to earth eventough you are already high up in the sky. Yang penting...jangan lupa Mak dan Ayah dan jugak Allah. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust