Salam Rasulullah...Jendela Kaabah...

Mak Ani, Azlina & Pak Nozmi mengerjakan umrah
Alhamdulillah syukur aku kepada Allah. Akhirnya ayah, mak dan lina selamat jugak berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Mungkin dah rezeki ke dua orang tuaku...dapat jugak kami kumpul duit untuk memastikan impian mereka direalisasikan. Thanks to Lina jugak sebab tanpa usaha dari dia...entah bila agaknya mak ngan ayah nak jejak kaki ke Mekah. Insyaallah...ada rezeki mereka, kami kumpul lagi duit untuk hantar mereka mengerjakan haji pulak. Amin.

Sebelum berlepas, kami dah sediakan semua kelengkapan untuk mereka di Mekah. Dari sekecik2 barang seperti berus gigi...sampailah perkara2 yang penting seperti passport dan visa semuanya tip top!!!. Yang penting...hati dan jiwa mereka tenang kat sana. Tak perlu nak risaukan cucu2 mereka kat Malaysia nih. Dah tentu2nya mak sedara yang vogue ni ramai nak tolong tengokkan. Nasib baik jugak anak Lina ni dah besor dan senang nak jaga. Yang penting bagi mereka makan kenyang2...pastu bawak pegi jalan tengok wayang atau window shopping kat Alamanda...okeh le tuu!!!. 

Semalam, sebelum boarding...mak dah siap masakkan ayam masak merah dan kari ayam untuk kami adik beradik. Sedapnya masakan air tangan mak ani. Riuh rendah la umah Lina coz kami adik beradik pompuan ni mana boleh berkumpul bersama. Ada je benda yang nak dikecohkan. Kami adik beradik sepakat mengenakan pakain bertemakan PUTIH semasa menghantar mereka ke airport. Hehehe. Mak ani mesti sedih tengok anak cucu dia gelak sakan. Gelak gelak jugak. Bila dah tiba masa nak boarding...baru berdedai2 air mata ni turun sebab sedih. Sayu pulak bila tengok Najib dan Nabila menangis sambil peluk Opah dan Tok Dad depa. Sayang jugak ye...

Mak Ani sempat berbisik kat aku...'Yong nak mak doakan apa kat sana nanti???'. Terdiam sekejap. Dalam hati ni kosong sebab sampai sekarang aku sendiri tak pasti apa yang aku perlu. Akhirnya ayat yang terkeluar...'Mak tahu apa yang terbaik untuk Yong...you know best coz you're my mom. Yong doakan mak selamat pergi dan balik...'. Masa ni airmata dah gugur satu persatu. 

Insyaallah. Lagi 2 minggu balik le mereka dari Mekah. Tak sabar nak dengar pengalaman mereka mengerjakan umrah kat sana. Plan aku adik beradik...Insyaallah kami nak kumpul duit mengerjakan umrah tahun depan kalau ada rezeki. Semoga kesihatan mereka baik hendakNya terutamanya ayah. Risau jugak takut tak jaga makan...penyakit kencing manis datang lagi. Harapan aku...semoga ayah, mak dan Lina mendapat keberkatan.

Amin.
Mak Ani yang cool...Lina yang nerves...Pak Nozmi yang selamba

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust