UiTM DI HATI KU


Bakal student Master UiTM
Mass Commite


Hari nii saya telah melangkah satu tapak kehadapan dalam meneruskan cita-cita saya yang telah lama terkubur iaitu....menyambung pengajian ke tahap Master di UiTM. Pagi-pagi lagi saya, Oja & Ain dah kelam kabut prepare apa-apa yang patut untuk kami submit borang master. Dalam dok kelam kabut tu rupanya saya tertinggal transkrip dan copy ijazah kat rumah. Adeh...tak pasal-pasal kena lari balik rumah dulu. Terpaksa la saya angkut suma kengkawan balik Bandar Country Homes kejap. Dari rumah saya pecut kereta sikit punya laju ikut Lebuhraya Guthrie. Nasib baik selamat sampai ke destinasi. Kami masuk UiTM ikut pintu utama. Saja je saya bawak diorang pusing-pusing satu UiTM. Syahdunya perasaan ni bila masuk je UiTM ngan BFF dahku. Sebelum tu sempat lagi saya tunjuk kat diorang tempat X-BF ku mula-mula nak tackle saya. Hekhekhek. Bila lalu je Kolej Seroja...lagi la bising kengkawan saya. Teringat plak zaman saya kena 'ragging' ngan Oja. Sampai bila-bila saya akan ingat apa Oja dah buat kat saya dulu kala. Kelakar pun ada. Kat Seroja tu jugak macam-macam kenangan yang saya ada. Kat situ la tempat X-BF saya selalu amik dan hantar lepas dating...kat situ jugak la port husband saya selalu hantar KFC kat aku semata-mata nak amik hati punya pasal...kat situ jugak la tempat pertama saya belajar hidup berjauhan dengan family...dan kat situ jugak la saya scoutting haram bilik my sister (lina). Bila lalu je kawasan Dewan Seri Budiman (DSB)...lagi la macam-macam citer yang keluar dari mulut kengkawan saya. Bagi saya...DSB banyak kenangan yang tersendiri kerana sepanjang 3 tahun saya bergelar siswazah...saya merupakan seorang MC @ Juru Acara Majlis untuk Konvokesyen. Sesuatu yang boleh dibanggakan!!!. Dulu pun pernah bercita-cita nak jadi pengacara rancangan Nona tapi bila dah kerje cita-cita tu terkubur terus. Lepas tu kami lalu depan Kolej Perindu. Hahaha. Gelak dulu coz kat sini pun banyak kenangan antara kami. Antaranya kenangan kena kacau kat budak-budak laki yang dok lam kolej tu tiap kali kami kena pegi Padang Kawat untuk Kesatria. Tengah-tengah drive tu sempat lagi saya tergelak sensorang sebabnya...saya ternampak Pusat Sukan. Hmmm...teringat kat seseorang!!!. Apa la x-Ketua Unit Sukan tu tengah buat agaknya. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai ke Fakulti Komunikasi & Pengajian Media. Kengkawan saya tercangak-cangak sebab diorang tak biasa dengan school baru ni. Kalau sebut Level 13 diaorang tahu la...Sib baik saya ni dah expert ngan kawasan baru ni so takde masalah nak mencarinya. Sib baik jugak kami ada kenalan kat school...sapa lagi kalau bukan Abg Pinas. Dia la yang paling seronok kami datang. Habis satu school tu dia bawak kami ronda. Sempat la tengok budak-budak freshies buat 'tv production' kat studio. Dulu kala kami pun kena buat jugak subject tu...seronok giler!!!. Terjumpa plak dengan lecturer kami dulu2...antaranya Dr. Amelia dan Dr Alias. Pastu sempat lagi ajak kengkawan lama (Din Dang & Komander Zam) yang masih berkhidmat di UiTM lepak-lepak kat cafe sambil bercerita kisah dulu kala. Tak penat-penat kami menyembang, bergelak sakan dan bergambar sawan. Sampai tak sedar jam dah pun pukul 6 ptg. Akhirnya...kami amik keputusan untuk pulang ke pejabat. Itu pun lepas saya bising. Hekhekhek. Sebelum balik kami bergambar lagi sebagai kenangan. Dah nama budak Mass Comm...memang pantang jumpa kamera. 
Satu perkara yang saya nampak masa nak balik...Fakulti Mass Comm bersebelahan dengan Fakulti Sukan & Rekreasi. Hehehe. Compom ramai budak Sport mengorat budak mass comm neh. Teringat pulak kat Pojie (x-BF) sebab dia pun budak Sport jugak. Banyak kenangan antara kami walaupun cuma sempat bercinta selama setahun je. Sempat jugak la si Oja, Ain dan White menyakat aku tentang dia. Hmm. Well...dulu-dulu kami share satu building ngan budak Hell's Engine. Siap bergaduh tuh...Sekarang ni saya tengok bebudak engine dapat banyak building. Bengkek je rasa!!!. Takpe la. Suma tuu untuk kebaikan anak-anak Melayu kita jugak. UiTM pun dah tambah banyak course baru. Kawasan pun dah semakin sesak dengan bangunan2 baru. Sesiapa yang tak biasa boleh sesat dibuatnya. Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun kami meninggalkan alam student IPTA. Rasanya macam baru semalam je kami belajar di UiTM Shah Alam. Apapun...kami bangga bergelar siswazah UiTM dan harapan kami mogamoga niat murni kami nak sambung belajar ni diberkati Allah SWT. Dan moga-moga kami lepas sessi interview nanti. Takutnyer...tapi semangat berkobar2. 



Wish me all the best!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust