"Satu Hari Di Hari Raya"


Syahdunya perasaan ni tiap kali menjelang tiba Syawal. Lebih-lebih lagi bila saya sendiri terpaksa bekerja di malam raya demi memenuhi tuntutan kerja. Walaupun dah biasa dengan keadaan macam ni...hati nii tetap sayu  terutamanya bila terbayang-bayang depan mata betapa riuhnya umah saya di kampung. Ayah mesti sibuk dengan lemangnya...mak plak mesti dah kelam kabut nak masak rendang dan ketupat...adik-adik saya plak mesti kecoh nak pasang langsir la...nak buat biskut raya la...nak gosok baju raya la...tu belum masuk anak buah saya lagi yang bukan setakat nak tolong kemas tapi tolong sepahkan lagi ada la!!!. Nampaknya tahun ni banyak benda saya miss...adehhh. Bagi saya raya dulu dengan raya sekarang sama je suasananya walaupun kita dah masuk abad ke-20. Kalau dulu ayah dengan mak yang sediakan kelengkapan raya kami adik-beradik tapi sekarang ni turn kami plak sediakan kelengkapan raya mereka. Kebetulan rezeki saya jual cookies pun ada lebih sikit untuk tahun ni...so dapatlah mereka merasa jugak duit aku. Alhamdulillah. Tahun ni cuma aku, Lina, Arin, Azian & Atin je (geng anak daro!!) yang ada. Kesian Azman sebab kena beraya di perantauan lagi. Hehehe. Ada lagi la yang menitik air mata pagi-pagi raya nanti. Huhuhu...Semoga lebaran kali ini membawa sejuta kerahmatan buat keluarga Pak Nozmi. Amin. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

10 Things I Wants On Raya Aidilfitri :

  1. Cium tangan mak & ayah
  2. Cium tangan 'hubby tersayang' mohon kemaafan...banyak sangat dosa sebab terejal sangat!!
  3. Semoga ayah mendapat petunjuk dari Allah
  4. Semoga mak terus mendapat ketenangan dari Allah
  5. Pergi raya umah Opah Simpang Pulai
  6. Nak duit raya dari hubby!!!
  7. Jalan-jalan dgn Gugurl (kereta baruku...huhuhu...bila bleh dapat neh!!)
  8. Nak beraya bertiga plak...dah lama sangat raya berdua
  9. Nak jadi insan yang lebih baik dari sekarang
  10. 0-0 : Maafkan segala dosa dan silapku


Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust