Posts

Showing posts from 2019

ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 5

Image
5 NOVEMBER 2019 SELASA TOKYO DISNEYLAND Hello Tokyo Disneyland Pagi ni semua liat yakmat nak bangun pagi gara-gara malam tadi tidor lewat disebabkan insiden tersangkut dalam kesesakan jalanraya sepanjang perjalanan pulang dari Fuji. Ibu faham semua kepenatan. Tapi memandangkan hari ni kita akan ke Tokyo Disneyland maka ibu terpaksa keringkan hati kejut anak-anak bangun pagi walaupun dalam hati terasa kesian bila tengok muka anak-anak lena tidor. Bertabahlah anak-anak. Trip kita ni semuanya agak costing so ibu terpaksa kejam sikit. Bukan sikit2 duit yang keluar dari poket ibu dan babah tau!! Hehehe. Posing depan rumah di Asakusa Lebih kurang jam 7 pagi kami semua dah siap2 nak keluar dan menapak ke Asakusa Station. Menurut Weather (iphone), bacaan suhu adalah lebih kurang 17 - 28 celcius dan cuaca dijangka agak berawan mendung. Ok la sesuai untuk kami yang nak jenjalan sakan nih. Perjalanan menaiki train kali ni agak kurang stress. No more main game kejor2 train seperti semalam. Perjala...

ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 4

Image
Babah & Nael 4 NOVEMBER 2019 ISNIN KAWAGUCHIKO Misi kami untuk hari ini adalah mencari Fuji San. One day trip ke Kawaguchiko katanya. Memandangkan tempat ini agak jauh dari Tokyo dan memakan masa yang lama untuk sampai ke sana maka kena la bangun pagi2 buta. Sebelum tido macam biasa la me and hubby akan discuss jadual perjalanan kami untuk esok hari. Perancangan tu penting ye tuan puan sekelian untuk memastikan kesejahteraan umat. Hekhekhek. Tapi tu la pepatah ada berbunyi...kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang menentukan. Kekonon baekkk punya plan. Sekali anak teruna ko buat hal. Eh liat pulak Nael nak bangun pagi ni. Tersasar sikit masa perjalanan gara2 nak pujuk dia bangun tido.  wakey-wakey lil' guy Siap makan....siap pakai baju...moh la kita ukur jalan lagi untuk hari ini. Ikutkan Weather Apps...cuaca agak cloudy dengan suhu sekitar 17°. Sejuk la jugak untuk kita kulit orang Asia nih. Planning asal kami nak ke Kawaguchiko dengan menaiki bas. Menurut To...

ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 3

Image
The Pojies 3 November 2019  AHAD ODAIBA  Day 3 di Jepun. Penat tak payah cerita. Seronok dia tak terungkap dengan kata-kata. Setiap hari adalah permulaan hari yang baru bagi kami sekeluarga. Pagi ni kena bangun awal sikit sebab kami akan memulakan eksplorasi melusuri Sumida River, Tokyo Bay dengan menaiki Tokyo Cruise Waterbus Cruise. Waterbus ni memang dah lama masuk dalam bucketlist sis. Awal2 lagi saya dah booked tiket Waterbus  melalui Klook  menggunakan laluan Asakusa-Odaiba. Harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sebanyak RM110.00. Hari ini kami akan menghabiskan masa sepanjang hari di Odaiba (The Future Island). Dok pikir hebat sangatkah pulau ni sampaikan diberi gelaran 'Future Island'. Gitu la lebih kurang apa yang sis rasa!!. Odaiba ni memang awal2 lagi dah masuk dalam senarai sebab kat sini ada 2 bende yang tersangat-sangat sis teringin nak pergi iaitu Robot Gundam, Diver City dan Mori Building Digital Art Museum 'Teamla...

ROAD TO TOKYO, JAPAN - DAY 2

Image
Hari2 lalu Komagata-Bashi Bridge nih!! 2 NOVEMBER 2019  SABTU ASAKUSA Oooomanggaihhhh. 6 pagi dah terang-benderang rupanya kat Jepun nih. Bak kata asben...terasa macam kat Sabah la pulak. Patutlah Jepun dikenali sebagai negara Matahari Terbit. Memanchor-manchor cahaya masuk melalui tingkap bilik kami. Memandangkan hari ini adalah hari pertama kami akan memulakan pengembaraan...mak hang punya semangat toksah cerita la. Pagi2 sis dah memekik kat anak-anak paksa bangun tido. Berpisat-pisat mata memasing ye. Baik si kakak...baik si adik. Sejuk sangat sedap melingkar dalam selimut. Bangun sebelum mak kau bertukar jadi hejau!!. Sementara encik suami menyiapkan anak-anak...sis pulun siapkan breakfast untuk mereka. Stok makanan banyak so makan la dulu apa yang ada. Lagipun kami tak tau apa yang bakal kami tempuh untuk hari ni. Sebelum bergerak...kami akan bukak apps Weather dari iphone. Alhamdulillah cuaca hari ini dijangka cerah dengan suhu sekitar 14° - 19° celcius. Boleh tahan ...