Morning Sickness

Masa baru mula-mula tahu saya preggy...saya memang langsung takde tanda-tanda akan mengalami alahan. Siap eksyen dengan Doc Komathy lagi. Sampaikan kena carot dengan doktor "u jangan eksen...too early to say that. Tunggu nanti lama sikit mesti u dapat alahan!!". Skali memang betul masin mulut doktor iolls. Masuk je minggu ke 6 kehamilan, maka bermulalah sindrom Morning Sickness saya dalam bentuk loya dan pening untuk tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Apa yang boleh saya simpulkan...my morning sickness is really making me sick. Untuk 3 bulan pertama saya terpaksa menggantung periuk kuali belanga. Tak boleh masuk dapur langsung. Orang tua-tua panggil ini alahan pada masakan. Mujor ada Mak Ani. Dia la yang bersusah payah jaga saya sepanjang saya menghabiskan cuti tanpa gaji selama 2 bulan di Tapah. Bukan tak cuba langsung nak ke dapur menolong mak tapi baru je masuk dapur, mula la tekak ni nak meloya. Tak boleh langsung tengok ayam dan ikan mentah. Mak Ani baru start nak kupas bawang pun saya dah mula meloya. Mak Ani baru nak tuang minyak menggoreng...saya dah berdesup lari keluar rumah sebab tak tahan dengan bau tumis dan minyak goreng. Kekadang kena jugak marah dengan mak. Katanya saya kena lawan perasaan loya tu. Hamboii  Mak Ani. Mentang-mentanglah dia tak pernah merasa loya sepanjang mengandungkan 6 orang anak...sesedap rasa dia je nak carotkan kita. Hahaha. Mak ingat Yong saja suka-suka nak layan loya ni. Ingat seronok ke dapat morning sickness. Sumpah tak best langsung mak!!. Hahaha. Sebab banyak sangat makanan yang buat saya loya...tekak saya ni cuma boleh makan makanan yang agak masam sahaja. Bila pergi timbang berat badan kat Klinik Kesihatan Shah Alam...nurse gelakkan aje sebab berat cuma naik 100gram. Kehkehkeh. Selain itu, saya juga turut mengalami alahan pada makanan. Kalau sebelum ini saya cukup suka dengan cekelat dan kek yang manis tapi sejak tahu preggy je makanan manis semuanya saya reject. Tekak ni dah tak boleh terima langsung sebarang makanan yang manis. Selain dari alahan makanan...asben pun turut terkena tempias gara-gara alahan saya terhadap bau perfurm. Kalau dulu saya cukup suka dengan bau perfurm Victorinox dan Swiss Army kepunyaan asben. Sekarang ni tercium sikit je perfum dia..terus mengamuk rasa nak marah. Pening kepala betul dengan bau-bauan nih. Rasa menusuk-nusuk kat lubang hidung pastu mula la saya rasa pening dan loya. Mujor jugak takde alahan pada bau suami. Kalau dapat alahan ni jawabnya kesianlah asben saya kena tido luar bilik. Hehehe.  Selain dari makanan...kulit saya juga turut mengalami perubahan mendadak. Kalau dulu kulit muka iolls peloles je putih gebu tanpa jerawat. Sekarang ni hambek kau. Bukan setakat jerawat. Pakej skali dengan alergi yang teruk di bahagian mulut dan dagu serta kulit muka yang semakin kusam. Jerawat juga mulai tumbuh di sekitar dada. Ngeri betul!!. Melalui pembacaan yang digugel, alahan ini dikatakan berpunca dari perubahan hormon yang berlaku terhadap badan ibu akibat mengandung. Rasa loya ini adalah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Dulu-dulu sebelum keguguran saya tak sempat nak merasa loya bagai ni. Skang haa hambek kau merasa la semua nii. Apapun saya sentiasa positif. Saya anggap morning sickness ini sebagai salah satu tanda yang baby F sedang membesar dengan sihat kat dalam tu. Takpe la ibu alahan teruk pun...janji anak ibu sempurna dan sihat. 

Orang kata tak sah jadi ibu mengandung kalau takde perasaan mengidam. Sepanjang preggy...cuma ada beberapa bende je yang saya teringin sangat nak makan. Antaranya jeruk buah sentol. Sampaikan sanggup print screen gambar jeruk sentul simpan dalam handphone. Pastu malam2 sebelum tido tenung gambar tu lama-lama sampai tertelan air lior. Hahaha. Jenuh la pujuk asben suh cari sebab teringin sangat nak makan. Masalahnya buah ni sangat rare. Kalau ada pun nun jauh kat Kelantan tuh. Kesian pulak nak suruh asben layan tekak kita ni kan. Nasib baik ada Azian yang selalu outstation ke Kelantan. Sanggup dia beli dan bawak balik buah tu naik flight semata-mata nak puaskan tekak kakak dia nih. Hehehe tenkiu yan. Selain dari tu...ada satu lagi perangai pelik masa saya tengah mabuk alahan. Saya cukup pantang dengar ada jemputan kenduri kawen. Terus je air liur saya ni drooling terbayangkan betapa sedapnya dapat makan lauk kenduri. Gigih ajak asben suh bawak p makan kenduri sebab teringin punya pasal. Rupa-rupanya perangai ni saya dapat dari Mak Ani. Mak cakap masa dia mengandungkan adik saya Azman pun dia cukup suka pegi makan lauk kenduri. Hehehe macam comey je rasa!!

Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan untuk mengurangkan alahan semasa hamil :


  • Pastikan perut tidak kosong sebaik sahaja bangun pagi. Minum susu dan makan apa sahaja makanan ringan untuk mengalas perut. 
  • Kerap makan dan minum dalam kuantiti yang kecil supaya perut kita sentiasa ada bekalan nutrien untuk baby.
  • Elakkan makanan yang berminyak dan bergoreng untuk mengelakkan loya berlaku.
  • Banyakkan memakan buah anggur atau oren kerana rasa masam manis buah ini akan membuatkan tekak anda berasa segar.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya. Petang-petang boleh la berjalan keliling rumah sambil menghirup udara yang segar.

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust