The moment we lay our eyes on you


4 JULAI 2017 (SELASA) – ANTENATAL CHECK UP DI LPPKN

Seawal subuh kami suami isteri telah bersiap-siap. Maklumlah perjalanan jauh dari Tapah nak ke LPPKN untuk appointment ANC (Antenatal Check Up). Berdebarnya la hai. Apa la agaknya yang akan muncul kat monitor screen klinik nanti. Seperti kebiasaaan kena lalui prosedur ambil darah, cek Bp serta timbang berat badan. Ok berat naik tapi 800gram sahaja. Kihkihkih. Kena gelak dengan nurse. Doc Komathy kelihatan sangat ceria hari ni. Sembang-sembang kejap pasal sambutan hari raya sebelum saya diminta untuk baring bagi melakukan ujian TVS 2D. Sebaik sahaja probe dimasukkan…nah kau!!. Nampak baby tengah berenang dalam perut ibu. Tangan dan kaki dia bergerak-gerak dengan laju sangat. Punya la ibu terkejut sampai tak sedar keluar ayat “eh…dia bergerak la doctor!!”. Hahaha mengekek-ngekek Doktor K gelakkan saya. Dalam hati terus cakap. Huh…sebijik macam babah dia ni suka main ayor!!. Teanjat ibu tengok gelagat awak adik oiii!!. Babah pulak senyum meleret tak payah citer la. Boleh nampak muka babah sangat happy bila tengok awak sangat aktif. Alhamdulillah. Ibu betul-betul tak sangka ibu diberi peluang untuk merasa nikmat melihat ada satu nyawa hidup dalam rahim ibu. Tak sedar airmata ibu menitis saat melihat awak. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang tak ternilai ini. Paling ibu sayu bila tiba-tiba awak hick-up. Ya Allah adik. Kesiannya ibu tengok awak tersedu-sedu dalam perut ibu. Rasa nak capai dan peluk awak time tu jugak. Babah pun sama siap suruh ibu minum air banyak-banyak sebab kesiankan awak. Tak tau la pulak ada teori baby dalam perut hick-up sebab ibu tak cukup minum air. Hehehe. Yang pasti kegembiraan ini bukan setakat hanya pada kami berdua sahaja malah turut dikongsi oleh Doktor Komathy dan nurse. Setiap kejayaan IVF/ICSI bagi patient adalah sebuah  kejayaan untuk pasukan mereka jugak. Doktor menganggarkan saya telah berjaya hamil 12 minggu+-. Lagi beberapa hari nak habis trimester pertama. Diam tak diamkan. Syukur alhamdulillah. Dalam pada kami bergembira rupanya ada perkara sedih yang terselit. Disebabkan kandungan saya telah mencecah usia 3 bulan lebih…maka hari ni adalah merupakan hari terakhir saya di LPPKN. Tiada lagi rutin cek up dengan Doktor Komathy. Tiada lagi senyuman mesra dari nurse-nurse klinik fertility Tingkat 6. Selepas ini saya akan dirujuk kepada pakar O&G hospital yang akan saya pilih untuk bersalin nanti. Doktor K meminta agar saya memaklumkan kepada klinik sekiranya saya telah selamat melahirkan baby. Menurut beliau…menjadi tradisi di LPPKN setiap baby IVF akan diraikan di dalam sebuah majlis khas yang akan disambut setiap 2 tahun sekali. Ya Allah seronok dan terharu sangat. Offcoz la babah dan ibu nak join sambutan ini. Ibu bangga ada anak versi IVF. Rasanya LPPKN dan team Doktor Komathy telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. 


the miracle of life



My Fairy God mother...Doctor Komathy

Comments

  1. assalamualaikum puan
    sy nurse doktr komathy..boleh sy mintak izin puan utk ambil gmbar ni sbagai koleksi di klinik lppkn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust