#day4&5inHK
Shenzen |
Hari ke-4 kami meneruskan perjalanan ke Shenzen, China. Seriously Shenzen amat jauh berbeza dengan Hong Kong. Masyarakatnya berpakaian agak out-dated. Mereka tidak tahu berbahasa omputih langsung dan perlakuan mereka agak kasar terutamanya dengan pelancong seperti kami. Antara kenangan tak best yang terpaksa kami lalui adalah apabila masalah komunikasi menyebabkan kami anak beranak sukar mendapatkan makanan halal. Tak pernah2 saya tengok encik suami mengamuk...pertama kali dalam hidup tengok dia naik hantu. Faham. Grrrr...hahaha!!.
25 Disember 2014 (Khamis)
Hari ke-5 di Shenzen, kami berkesempatan ke Window of the World yang terletak di wilayah Nanshan dengan menaiki train. Tempat ini merupakan lokasi wajib bagi semua pengunjung yang datang ke Shenzen. Seharian kami di sana ber'sightseeing dan posing. Walaupun Window of the World, Shenzen tidaklah sehebat HK Disneyland tapi kami tetap seronok dan penat. Ikutkan plan babah, kami perlu keluar dari Window of the World sebelum maghrib bagi mengelakkan masalah mencari restoran makanan halal berulang seperti hari sebelumnya. Kalau diikutkan bukannya susah sangat pun nak cari makanan halal di sini. Mujor kali ini kami terjumpa dengan seorang pemandu teksi yang tahu serba sedikit bertutur dalam bahasa omputih. Walaupun terpaksa bercakap seperti ayam dan itik, akhir pemandu teksi itu berjaya membawa kami ke destinasi yang diingini. Dapat jugak kami anak-beranak makan di restoran halal. Harga yang ditawarkan murah dan juga sedap. Alhamdulillah. Bagi pengunjung yang gemar bershopping, Shenzen sememangnya syurga membeli-belah. Sessi tawar-menawar sangat mudah. Sekali kita tanya harga barang yang diidamkan...peniaga akan pastikan kita membeli jugak barang mereka. Boleh mintak murah sampai 70%. Mana tak sawan menyopping oii!!. Orang perempuan macam saya ni kompom la menggila nak borong tudung dan pakaian musim sejuk yang harganya jauh lebih murah jika dibeli di Malaysia. Almaklum la nature kerja saya kena duduk berejam sambil call-shot dalam panel yang amat sejok maka pemakaian sweater semestinya satu kemestian. Jadi sebelum kami balik semula ke HK...kita shopping dulu!!
Shenzen, China |
mujor la rendah... semua kemudahan dapat free!! |
tingginya... |
3 stooges |
miniature land |
lapor rupanya!! |
Hiyarkkk Maui!! |
muka dah penat dan kesejukan |
luas betul Window of the World nih |
sempat ke Paris |
Shenzen...shopping paradise |
ish...ish...ish...baby tua!! |
Jom balik HK |
Comments
Post a Comment