|
wishlist!! |
23 Disember 2014 (Selasa)
This is it. Disneyland...here we come!!!.
Masa untuk hari ke 3 kami di HK memang diperuntukkan semata-mata untuk berjimba di Disneyland. Tak tergambar dengan kata2 perasaan teruja tu. Baik saya, encik suami mahupun Farzana...boleh nampak riak muka masing-masing terlebih eksaited. Plan babah...kami perlu check-in di Disneyland seawal yang mungkin walaupun dah macam ada guni beras 10kg menempek kat mata masing-masing.
|
early birdy gets the worm |
Hambek kau...Disneyland baru bukak pagar...kami dah siap terpacak pun. Kehkehkeh. Mood Disneyland tu makin membuak2 bilamana kami naik train transit ke Disneyland. OMG...train ke Disneyland pun dah penuh dengan dekorasi ciri2 Disney. Makin melompat la kami anak-beranak sakan dok posing. Dari jauh kami dah melompat2 gumbira sebaik sahaja nampak pintu gerbang Disneyland. Tuu belum masuk dalam lagi kau!!. Bayangkan sebaik sahaja masuk ke dalam Disneyland...kami disambut dengan alunan muzik Disney. Alunan lagu2 yang biasa saya dengar sejak kecik lagi. Mata terus terpaku pada keindahan Sleeping Beauty Castle yang cantik dan tersergam indah. Kagum betul dengan manusia yang berjaya mencipta tempat ni. Memang terasa magisnya. Bayangkan...burung2 kecik yang sama sebijik macam dalam cerita Snow White terbang bebas ke sana sini. Manja dan tak takut dengan orang ramai pulak tu. Tak tipu. I dont know how's Farzana feel tapi secara peribadi...terasa diri ini melayang balik ke zaman kanak-kanak dahulukala. Kecik2 dulu kami adik beradik memang sentiasa disajikan dengan cerita2 Disneyland nih. Ayah memang suka belikan videotape cerita Mickey Mouse, Pluto, Donald Duck, Goofy, Cinderella dan macam2 lagi untuk tontonan kami adik beradik. Tak pernah jemu dok ulang pasang cerita yang sama. Sebab tuu bila asben bagi idea nak ke Hong Kong...saya dah senyum rapat sampai ke telinga. Ngehngehngeh.
|
#HKsejok |
|
Sleeping Beauty Castle |
|
Sleeping Beauty tengah makan apple.
Me pulak feels like Little Red Riding Hood.
Babah macam Robin Hood!! |
Selesai urusan tiket dan rembat maps...kami tak buang masa terus bergegas book tiket untuk berjumpa dengan watak Frozen. Sapa lagi kalau bukan Princess Elsa dan Princess Anna. Kalau lambat book tiket jawabnya memang melepas laa. Oh no no no!! Farzana memang peminat setia cerita Frozen. Siang malam tuu dok sebut tak sabar nak jumpa Elsa. Nasib baik la kami cepat. Kalau tak mesti melepas. Kelakar jugak bila diingatkan. Tengah kami dok Q tu tetiba Princess Elsa lalu kat sebelah kami. Apalagi menjerit la Farzana seronok sangat dapat jumpa face to face dengan puteri Elsa. 'Eiii Elsa la ibu...ibu...tengok tu Elsa!!!'. Jerit Farzana. Melihat gelagat anak-anak yang tak sabar nak berjumpa secara in-person dengan 2 watak figura Frozen ni membuatkan saya ketawa. Kalau nak diikutkan...watak ni asalnya hanya rekaan dan kartun semata2 tapi budak2 kecik ni menganggap mereka benar-benar wujud. Ada beberapa orang budak kecik tu siap menjerit2 nama Elsa macam nak pengsan. Hahaha. Tergelak besar kami suami isteri. Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak giliran sendiri. Kami biarkan Farzana bersendirian dengan Elsa dan Anna. Ye ye aje Farzana menyembang dengan diorang tu. Dalam hati terdetik jugak "eh pandai pulak dia cakap omputih!!. Antara perbualan yang sempat saya dengar. Princess Elsa : what is your name dear?? Farzana jawab dengan kompiden : Nur Farzana Mohd Fauzi. Ok good bagus takde la malu sangat ibu ngan babah. Princess Anna pulak tanya : How old are you dear?? Farzana jawab dengan lebih kompiden sambil sengeh-sengeh : 6 tahun. Foingggg babah ngan ibu pengsan!!. Terkebil2 minah mat saleh tu tak paham apa yang Farzana cakap. Kahkahkah. Takpe la Farzana. Yang penting dia happy dan as a parents, apa yang kami nak tengok adalah level of confident dia bila berhadapan dengan orang ramai. Good job dear!!
|
Frozen time |
|
dah tercapai salah satu impian |
|
babah layankan aje |
Setel aje pasal Frozen...kami sempat menonton Disney character on Parade. Kiranya ala-ala welcoming party untuk pengunjung yang datang. OMG. Berebut-rebut manusia nak dapatkan tempat duduk paling hadapan. Selit punya selit dapat la jugak menempek dekat anak cina. Babah dah hilang tah ke mana. Rupanya dia cari angle lain nak dapatkan best shot katanya. Menonton parade pun dah rasa seronok. Mana taknya...semua karakter Disney ada di situ. Menarik betul persembahan mereka. Kalau nak dibandingkan dengan Universal Studio Singapore...saya lebih suka Disneyland.
|
Disney Character on Parade yang sangat ohsem!! |
|
nampak tak muka kanak2 sedang gumbira tuh |
Habis je pertunjukan parade..kami terus bergegas ke Tomorrowland. Dapatlah naik spaceship pusing2 sampai pening kepala di Orbitron. Kami anak-beranak sempat jugak naik rollercoaster ala-ala roket di Space Mountain. Personally, game ini memang tak direkemenkan sebab boleh buat kita pening lalat. Bukan tak biasa naik rollercoaster tapi kalau dah berpusing turun naik terhentak dalam gelap kekonon nak explore galaksi alam semesta memang saja cari penyakit namanya!!. Sampaikan asben terpaksa duduk kejap nak hilangkan pening. Huh not enjoying at all!! Hilang je pening terus gigih Q di Autopia. Game tak berapa hardcore sangat sebab kita dapat naik kereta dan pusing2 taman melihat superhighway rekaan futuristik. Kalau nak diikutkan ada beberapa lagi game di Tomorrowland yang tak sempat kami main. Terpaksa pilih permainan yang paling best kerana kami tak nak buang masa. Menurut Deeno, satu hari suntuk di Disneyland pun belum tentu kita dapat nak main semua games yang ada. Ohhoiiii!!. Mana taknya...terpaksa Q lebih dari setengah jam untuk setiap satu permainan. Mana-mana taman tema sama je. Banyak masa dibuangkan hanya untuk Q.
|
main kereta di Autopia |
Keputusan kami ke HK semata-mata nak merasai keseronokan bermain di taman tema Disneyland memang tepat. Kenapa?? Sebab Disneyland HK sangat mengutamakan pengunjung yang terdiri dari kalangan orang muslim. Tak payah susah-susah nak pening kepala memikirkan pasal makanan kerana mereka menyediakan cafe yang menyajikan masakan yang mempunyai sijil halal (Halal Cuisine). Terlepas satu beban bila kita tahu tempat yang kita kunjungi menitikberatkan hal-hal sedemikian. Siap ada cafe yang menyajikan Malaysian cuisine. Hohhh bila dah hari-hari tekak ni pekena bukhara sampai nak muntah...opcoz la nasik ayam yang menjadi idaman. Nomnomnom. Malah pihak pengurusan Disneyland turut menyediakan satu ruang khas untuk mengerjakan solat. Alhamdulillah. Staf Disneland jugak sangat profesional dan sangat-sangat membantu malah sangat friendly. Senang cerita...nothing to complain about them. Seronok sangat berjimba sampai tak sedar hari dah makin gelap. Pernah terfikir tak kenapa masyarakat cina kat Malaysia suka makan awal. Sebabnya kat sini (HK dan tanah Besar)...pukul 6 petang dah pun gelap dan masa ini mereka akan mula makan malam. Mungkin dah jadi cara hidup masyarakat cina sejak dari zaman dulukala...maka budaya tu terus mereka amalkan walaupun dah berhijrah ke Tanah Melayu. So lepas ni jangan pelik lagi kenapa orang cina di Malaysia suka makan awal ye!!. Kami yang masih tak puas bergumbira ni tak buang masa terus ke theaterette untuk menyaksikan "Festival of the Lion King". Perghhh memang terbaik pertunjukan Lion King ni. Kostum, effek bunyian dan lampu, props dan lagu yang dipersembahkan membuatkan kami anak-beranak terlopong 5 second. Kihkihkih. Tak rugi beratur lama dan berebut seat. Habis tengok show kami ke Tarzan's Tree House nak naik raft pulak. Tak kurang hebat jugak rafting ni sebab kita boleh jumpa macam2 binatang air yang nampak real. Menjerit jugak la Farzana bila tetiba hippo kuar dari dalam air. Disebabkan nak mengejar pertunjukan bunga api...kami terpaksa skip banyak game. Last park kami singgah di Toyland. Bawak Farzana naik Slinky Dog Spin. Dapat la jugak dia berkawan dengan anak mat salih. Babah pulak hilang pegi main Toy soldier Parachute Drop. Errr takutlah nak naik parachute ni. Pertunjukan bunga api yang diberi nama 'Disney in Stars Firework memang sangat2 ohsem. Penutup tirai yang sangat mampu membuatkan mulut Farzana tak habeh2 cakap wowwww!!. Penuh sesak jalan di amusement park ni dengan selautan manusia. Sakit hati pun ada. Dah tahu bunga api tu tembak tinggi...yang korang pegi bangun semata2 nak capture gambar atau video dah kenapa. Kalau duduk boleh je dapat pun. Memang kena sound la jawabnya. Eh..eh...ingat anak dia je yang nak tengok!! Kan tak pasal2 makbapak yang vogue ni bertukar jadi Incredible Hulk. Sakitnya tuh di sini!! Apapun...pengalaman di Disneyland HK memang takkan kami lupakan sampai bila2. Antara kenangan manis buat kami sekeluarga. Malah sampai sekarang pun Farzana masih dok sebut2 pasal Disneyland. Rindu nak pegi lagi katanya. Hamboiii ingat babah tu keje cop duit. Hekhekhek. Thank you to my dearly husband sebab sanggup susah payah bawak anak isteri jenjalan. Memang layak dipanggil Ayah Terbaik Di Dunia!! (Ini bukan bodek tapi realiti).
|
Festival of the Lion King show |
|
makin gelap...makin sejok HK oii!! |
bestnya....
ReplyDeleteaah mmg best. sampai skang farzana dok sebut rindu nak pg HK lagi. Adehh dia ingat babah dia keje cop duit gamaknya. Hahaha.
Delete