Roadtrip to Krabi (Part IV)

Day 5
16 Sep 2014 (Selasa)
Koh Lanta Yai



Elephant Ride
Berkunjung ke Thailand...memang tak sah kalau tak naik gajahkan!!. Sebenarnya agenda ini lebih untuk anak-anak je. Mak bapak tumpang seronok sekaki. Nama gajah ni Chom. Gajah betina dan muda remaja lagi sebaya saya. Hahaha. Mula-mula dia ok tapi lama-kelamaan si Chom makin moody. Tak nak ikut arahan ketua. Suka hati dia je nak masuk hutan siap berhenti makan pelepah pokok. Mungkin dia penat melayan kami yang ramai ni kot. Hehehe. Apapun kami seronok. Mana nak dapat gajah yang sanggup petik buah petai untuk kami semua. Habis aktiviti bergajah...masa untuk shoot balik Malaysia terchenta. Rindu woi nak balik negara sendiri.

Peace Yo!!
Anak-anak dengar cakap cikgu besar ye.
Beratur dulu sebelum kita naik gajah!!
Babah ngan ibu nak selfie jap!!
Awek Siam memang cun tapi manis lagi awek melayu ni.
Ehek!!
Mak bapak yang gigih demi anak-anak
Geng gelang getah kaler tengah mesyuarat apa ntah!!
Mommies
Perut masing-masing dah berkeroncong bagai. Tuu la...seronok sangat melayan gajah sampai tak hengat dunia. Selesai je aktiviti bergajah...kami semua serbu kedai makan di Pekan Sa La Dan. Sedapnya menjamu selera masakan kampung. Orang Siam memang suka masakannya pedas belaka. Sampaikan meleleh-leleh air mata kami menahan kepedasan. Sulam pulak dengan ulam dan petai. Perghhh!! Selesai mengisi perut dan shopping sebarang sikit cenderamata buat kenangan...kami meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia. Mental dah set siap-siap!! Perjalanan balik kali ni lebih mencabar sebab kami perlu memandu lebih hours. Penatnya.  Last point kami di Danok untuk makan malam. Jom sambung konvoiiiii!!

Hero Malaya saya!!
keluarga kami
Motif cik Farzana posing cenggitu oii!!
Alhamdulillah walaupun perjalanan pulang agak jauh tapi keadaan lalulintas sangat lancar. Sepanjang perjalanan kami di Thailand...belum pernah sekali saya nampak kemalangan jalanraya. Pelik betul. Kalau ikutkan Malaysia mempunyai jaringan jalanraya yang baik tapi boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja kereta yang accident. Kami sampai di Danok lebih kurang jam 10 malam. Anak-anak pun dah mengantuk dan mula buat perangai sebab keletihan.  Penat camana pun kami tetap perlu mengalas perut. Sempat jugak merasa daging bakar yang femes di Danok tuh. Akhirnya...selepas subuh kami tiba di rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Punggah barang-barang masuk rumah...tak sempat nak tukar baju terus semua terbongkang atas katil masing-masing. Penat oiii!!! 


Psst!!
Dengar citer geng XKresma tengah plan nak buat trip lagi jauh. 
Tunggu....


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust