Roadtrip to Krabi (Part III)

Day 4 & 5
14 - 15 Sept 2014 (Ahad & Isnin)
Krabi - Koh Lanta Yai


Bumi Krabi masih dilanda hujan tapi tetap tak dapat membataskan keinginan kami semua untuk shopping cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia. Encik suami tunggu dalam kereta sementara puan isteri dan anak-anak dah berangan nak rembat souvenir untuk diri sendiri dan kengkawan. Sebelum turunkan kami cik puan isteri...tuan empunya kereta 07 roger melalui walkie-talkie 'amik maklum...masa untuk shopping setengah jam saja ye!!'. What the fishhhh!!. Setengah jam nak buat apa Asim oii. Ini boleh mendatangkan kemarahan buat kami para isteri. Udah nama berjalan naik kereta sendiri...dengan asben sendiri...so ada kami kesah. Hak menyopping adalah hak kami!!. Ngehahaha. Sudahnya terlajak sampai sejam lebih. Panas bontot bini-bini tak balik dari shopping...last-last geng bapak ni terpaksa turun dari kereta dan pergi jemput isteri masing-masing. Hahaha rasakan!! Orang pompuan kalau dah shopping mana nak ingat jam kat tangan!!. Habis bab shopping. Good bye Krabi...& Hi to Koh Lanta Yai. Geng konvoi tak buang masa terus shoot ke Koh Lanta Yai. Destinasi seterusnya sebelum ke Koh Lanta adalah misi mencari Emerald Pool. Memang sadis bila diingatkan balik betapa mentalnya kami nak mencari Emerald Pool. Kereta 01 (Kong) as guider konvoi pun 2 x 5 main terjah je tak tahu mana hala nak tuju. Hahaha korang ni semua memang bikin mental tau. Makcik tua tepi jalan siap ada sentil kat bibir pun jadi mangsa dahku. 'Sawadeekha...is this the right way to Emerald Pool!!'. Sepatah haram makcik tu tak paham bahasa omputih teman. Last-last dahku terpaksa spanglish je 'Pool..Pool (sambil buat gaya berenang)...Pool...Pool!!'. Haa ajaib makcik tua tu paham la pulak...siap cakap bahasa siam yang tak kepahaman langsung dan tunjukkan arah terus ke depan. Akhirnya ketemu jua tempat yang ingin dituju. Kena park kereta, bayar Baht 2000 @ RM20 seorang per-entry untuk orang dewasa dan tracking 1km dulu baru boleh sampai ke Emerald Pool. Rugi laa tak singgah sebab kawasan takungan air terjun ni boleh diibaratkan seperti kolam mandi untuk puteri bunian. MasyaAllah cantik tak terkata bila melihat kehijauan air semulajadinya. 






Blue Pool
(restricted area to swim tapi budak2 nakal ni tetap nak try jugak!!)

Dah puas mandi-manda, perjalanan diteruskan ke Koh Lanta Yai. Hari pun dah semakin gelap semasa kami sampai di jeti untuk menaiki feri untuk ke pulau Koh Lanta. Pulau Koh Lanta agak berbeza berbanding Krabi. Keadaannya lebih tenang dan tak ramai pelancong. Selepas makan malam...masing-masing dah penat dan tak sabar nak check in di hotel. Harga hotel sangat murah dan cantik. Sesuai untuk yang berangan nak honeymoon kali ke dua gituu!!. Hotel kami betul-betul mengadap pantai. Tidur malam boleh dengar dengan jelas betapa ganasnya ombak menghempas pantai. Kebetulan pulak hujan sangat lebat. Makin kuat pulak sound effect alam. Dalam hati dok terpikir...kalau la kata tetiba tsunami melanda, jawabnya memang kami berserah je pada nasib. Okeh peluk suami ketat-ketat sebab takut dan sejuk!!. Huhuhu jangan terlepas subuh sudahhhh!!. Waktu pagi kami disambut dengan khidmat sarapan pagi yang dihantar terus ke depan pintu bilik. Hamboi seronoknya kalau hari-hari ada orang layan cenggini kan. Makan kasi kenyang. Layan kehendak suami dan anak-anak yang nak sangat merasa mandi pool betul-betul mengadap pantai. Sudah puas berjimba...masa untuk check-out. Semua ahli konvoi diwajibkan memakai baju yang telah disediakan. 





Breakfast yang ohsem!!


everybody is enjoying the pool except for her. Nasib le!!



5 bintang boleh kasi...


we are XKresma


Camhore reramai adalah perkara wajib
Dah nama pun gathering...jadi memang tak sah kalau tak bergambar untuk kenang-kenangan. Wajib di'photobook'kan aktiviti cenggini supaya esok bila dah tua-tua boleh jugak berlagak dengan cucu cicit. Ngehngehngeh. Apapun aktiviti kami tak berhenti setakat ini saja. No...NO...NO. 


...to be continue

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust