Doctor In The House

Tanggal 11.12.13

Di saat Che Ta & Zain Saidin sedang menghitung detik-detik bahagia mengakhiri zaman bujang mereka...saya pula bertemankan suami tercinta sedang berperang dengan perasaan sendiri yang bercampur-baur. Antara rasa tidak percaya bahawa saya berani mengambil keputusan untuk merelakan diri ini menjalani pembedahan myomectomy dan juga rasa percaya bahawa hakikatnya saya perlu melalui laluan sukar hanya untuk memiliki cahayamata. Nasihat Doktor Hamid Arshad supaya saya menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 4cm di laluan rahim saya terima dengan hati yang terbuka. Saya meletakkan 100% kepercayaan terhadap kepakaran doktor tersebut dalam bidang gynae. Bermula dengan endometriosis yang wujud ketika awal kehamilan saya pada bulan Julai tahun lepas sehinggalah saya keguguran menyebabkan ketumbuhan tersebut terus berada di dalam rahim saya. Setelah berfikir panjang,  saya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan hanya selepas saya selesai dengan gameshow saya iaitu XPRESS 120. Kebetulan pula tarikh pembedahan jatuh pada masa cuti sekolah dan encik hubby pula dapat menjaga saya 24 jam kerana dia kini sedang cuti sambung belajar. Alhamdulillah dapat saya merehatkan diri dengan aman di rumah.

Istilah myomectomy tersangatlah asing bagi saya walaupun doktor telah pun memberi penerangan yang jelas sebelum pembedahan dilakukan. Saya hanya berani mencari info mengenai myomectomy hanya setelah saya selesai menjalani pembedahan. Saya seorang yang sangat takutkan jarum suntikan dan bau hospital. Fobia. Padahal kalau diingatkan balik dari kecil...saya, jarum dan hospital dah macam jiran sebelah rumah kat kampung je!!. Masa kecil, saya pernah dikejarkan ke wad kecemasan dan menerima jahitan di pergelangan tangan kerana terkena serpihan kaca tingkap. Mak Ani hampir pengsan mabuk dengan darah saya yang membuak-buak. Pernah juga menjalani rawatan membuang darah beku dikepala dalam keadaan separuh sedar gara-gara terjatuh dah terhempas kepala dari tempat yang tinggi. Menurut Doktor, kalau lambat sikit je saya mungkin tak hidup lama kat dunia ni. Huhuhu. Alhamdulillah panjang lagi umur saya rupanya. Berhari-hari jugak la Mak Ani temankan saya tidur di hospital. Nak buat camana...anak Pak Nozmi sorang ni memang lasak masa kecik mengalahkan budak lelaki. 


Fibroid 4cm

Berbalik kepada pengalaman baru yang telah saya tempuh baru-baru ini, saya membuat pembedahan myomectomy melalui kaedah Laproscopy. Rawatan Laproscopy ini merupakan kaedah rawatan yang paling popular dalam bidang gynae. Hanya doktor pakar yang berpengalaman sahaja mampu melakukan Laproscopy dan secara peribadi saya sememangnya kagum dengan kebolehan yang Doktor Hamid Arshad miliki. Walaupun beliau selayaknya saya panggil pakcik tapi beliau memiliki sepasang tangan yang 'steady' dan tegap kerana mampu melakukan pembedahan secara 'back to back' ke atas 4 orang pesakit dalam tempoh masa yang dekat dalam satu hari. Pengalaman memasuki 'Operation Room' takkan mungkin saya lupakan sepanjang 35 tahun saya hidup. Saat terpandang sahaja katil bedah, alatan pembedahan dan nurse yang telah bersiap-sedia dengan uniform biru...saya dapat rasakan semangat saya melayang secara perlahan-lahan walaupun saya masih lagi berlagak cool. Sebaik sahaja baring dan disapa dengan baik oleh pakar bius...saya sempat menyampaikan amanat kepada doktor tersebut "Doctor please be nice to me. I'm quite nervous rite now!!". (Hahaha ayat orang cuak walaupun dah baca macam-macam ayat quran nak bagi tenang!!). Baiknya budi bahasa doktor bius saya. Lemah lembut je percakapan beliau.  Masa ini saya cuma mampu tawakkal, pasrah dan redha dengan apa yang bakal terjadi. Sampaikan doktor suruh genggam tangan pun saya dah tak mampu sebab takut punya pasal. Sebaik sahaja bius dimasukkan melalui pergelangan tangan saya dan oksigen disalurkan melalui mulut...saya terus membuat kiraan sendiri tanpa disuruh-suruh...1...2...3...4...5...dan terus FADE TO BLACK bak kata orang production. Sedar-sedar aje saya dah pun berada di atas katil di dalam wad. Dalam keadaaan yang masih mamai akibat kesan bius yang masih belum hilang...saya dapat rasakan bahagian perut saya agak sakit dan ngilu. Yang pasti...ayat pertama yang terpacul dari mulut saya..."Nurse...i want my husband now. Saya nak suami saya. Plz...". Gituu...suami tersayang jugak yang disebut-sebut walapun masih mamai. Apapun, Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar dan saya terpaksa check-in di wad selama satu hari. Doktor Hamid Arshad sempat menjengok saya di wad dan memberikan penjelasan tentang pembedahan yang telah dilakukan. Siap tunjuk bukti fibroid yang telah dikeluarkan dari rahim saya. Menurut doktor, hasil dari pembedahan tersebut beliau telah berjaya membuang fibroid sebesar 4cm dari rahim saya, memcuci blocking dari tiub fallopion sebelah kiri, mengangkat dan menjahit rahim saya yang terjatuh sedikit dari kedudukan asal serta membuat D&C di dalam rahim saya. Masa ni terus terbayang diri ini dah macam ikan paus kena lapah macam dalam channel Animal Planet. Apapun, pujian saya berikan kepada Doktor pakar dan jugak nurse yang telah menjaga saya dengan baik sepanjang saya berada di wad. Rasa berbaloi walaupun terpaksa mengeluarkan kos sendiri yang agak banyak. (Hahaha...there goes my budget for kitchen cabinet!!).

12.12.13 bermula la hari-hari pantang saya. Sekarang baru saya faham bagaimana perasaan dan rasa sakitnya melahirkan anak secara pembedahan. Apa yang dapat saya simpulkan melalui pengalaman sendiri, pengalaman sakitnya keguguran adalah seperti sakitnya ibu bersalin secara normal dan pengalaman sakitnya menjalani myomectomy adalah seperti sakitnya ibu bersalin secara pembedahan. Andaikata Allah SWT memberi rezeki kepada kami untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini...serta diberi pilihan, saya memilih untuk bersalin secara normal. Ini kerana ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan terpaksa menanggung sakit yang lebih lama berbanding dengan ibu yang melahirkan secara normal walaupun kedua-dua proses tersebut amat menyakitkan. Memang tak mampu saya coretkan tapi saya faham apa yang mereka lalui. Sepanjang berpantang, perkara yang paling menakutkan saya adalah batuk atau bersin. Sampai menangis-nangis Mak Ani tak sanggup tengok saya menahan sakit bila hendak batuk. Makanan ruji semestinya ikan haruan dan meminum pati jeli gamat perisa oren. (Kihkihkih. Buwekkk. Nampak sangat tak mampu nak telan perisa asli!!). Banyak betul khasiat memakan ikan haruan ini bagi sesiapa yang menjalani pembedahan. Dalam masa seminggu, luka saya telah kering. Masuk minggu ke-2, luka pembedahan telah bercantum dengan elok. Untuk mengelakkan infection, pastikan luka sentiasa kering dan elakkan terkena air. Cuci dengan Dettol dan blow perlahan-lahan dengan blower agar luka kering.  Pesan doktor agar tidak disapu dengan sebarang minyak gamat atau apa sahaja. Yang penting amalkan makan beras perang kerana beras ini tidak mempunyai kanji, makan ikan haruan dengan kerap, minum hanya air mineral dengan banyak untuk membuang toksin, banyakkan memakan buah limau kerana ianya kaya dengan vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan serta amalkan mengambil minyak Habbatus Sauda yang terbukti sangat berkesan. Walaupun luka luaran nampak semakin baik, saya masih tidak boleh bergerak cergas kerana masih terasa ngilu dan sengal di bahagian bawah perut. Saya sentiasa berfikiran positif dan percaya bahawa sakit ini akan sembuh jua dengan izin Allah SWT. Terima kasih kepada suami tersayang sebab sanggup bersusah payah sekali lagi menjaga saya yang sakit ini. Terima kasih juga kepada Mak Ani sebab sanggup datang menjaga makan dan minum saya. Pak Nozmi pun apa kurangnya, sanggup bersusah payah mencari ulam-ulaman untuk saya makan semasa saya berada di kampung. Hujung tahun 2013 ni membawa ke awal tahun 2014 saya bakal menghabiskan cuti sakit saya selama sebulan. Seronok pun ada...bosan pun ada. Yang pasti saya belum bersedia untuk memulakan kerja lagi. Sorry boss!!. Kesihatan diri perlu diutamakan...

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.


ikan Jenahak kukus halia
homemade by encik hubby
Haruan kukus dan sawi goreng
homemade by encik hubby

Bubur beras perang
homemade by encik hubby

Comments

  1. moga semakin baik sis, terima kasih atas perkongsian..

    https://www.tonikmerah.com/

    ReplyDelete
  2. Salam sis, skrang ni macam mana ya. ada kemungkinan tak fibroid tu berulang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust