...with my precious
Dataran Lang Langkawi |
LANGKAWI.
Sebuah pulau yang sangat cantik dan menjadi pilihan ramai sebagai destinasi bulan madu. Tapi bagi diri saya pulak, bila sebut Langkawi...apa yang terbayang di depan mata adalah cekelat...set pinggan mangkuk correlle...dan set periuk belanga vision. Nafsu serakah betul!!. Ini merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Pertama kali ke sana adalah atas urusan kerja. Kalau tak salah...rasa-rasanya saya ke sana bagi menjayakan rancangan Hits 1 dan juga Konsert Bintang RTM. Kami ke sana dengan menaiki flight jadi memang tak merasa langsung naik feri. Kali ini saya ke Langkawi bersama hubby. Honeymoon kali ke-2. Kebetulan kami tak merancang pun nak ke sana. Ikutkan perancangan awal....saya cuma hendak menghabiskan masa hujung minggu bersama hubby sementelah encik suami terpaksa menghadiri kursus selama 2 minggu di UUM, Sintok Kedah. Alang-alang dah berada di Utara tanah air...kami terus memanjangkan langkah ke Pulau Langkawi. Perancangan yang tak dirancang dan sangat menyeronokkan. Ala-ala backpackers gitu!! Menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis sangat menyeronokkan bagi saya. Sanggup bertinggung atas kerusi sepanjang perjalanan semata-mata nak tengok air laut. (Dalam hati...kenapalah takde dolphin pulak nih. Haishhh!!). Perjalanan menaiki feri adalah 80 juta kali lagi best berbanding menaiki kapal terbang. MasyaAllah. Kagum betul dengan keindahan pulau-pulau di Langkawi. Anak jati Langkawi sepatutnya berbangga dilahirkan di sana kerana secara peribadi...saya mengakui bahawa Pulau Langkawi memiliki keindahan yang tiada tandingannya. Pantai Cenang pula bagi saya adalah ibarat syurga dunia bagi pelancong-pelancong dari dalam mahupun luar negara. Saya dan hubby turut mengambil kesempatan mencuci mata dan poket dengan membeli-belah di sana. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di kawasan Pantai Cenang menggunakan peluang yang ada dengan menceburkan diri dalam bidang pelancongan. Ada yang gigih membuka chalet dan motel. Ada yang membuka restoran makanan laut malah ada yang turut membuka SPA. Jadi pada malam minggu, kami feeling-feeling jadi tourist omputih walaupun hidung kembang jambu air belaka. Ngehngehngeh!!. Puas hati kami dapat makan seafood sepanjang berada di Pulau Langkawi. Makanan wajib hubby semestinya lobster. Tak tau la kenapa dia suka sangat dengan lobster tuh. Teringat masa saya termengandung tahun lepas pun hubby suka bagi saya makan lobster. Apapun ikan bakar di restoran seafood yang kami singgah tu adalah yang terbaekkk. Perghhh masih terasa kesedapannnya hingga menjilat pinggan. Penat berjalan, saya dan hubby mengambil kesempatan mengurut kaki di SPA. Berkerut-kerut muka menahan sakit bila kena urut. Adoiii!!. Orang kata...tak lengkap perjalanan kita di Pulau Langkawi sekiranya kita tak mencuba pakej Island Hoping. Harga RM25 seorang sangat berbaloi untuk perjalanan satu hari mengelilingi Pulau langkawi. Tak perlu bersusah payah kerana agen akan menguruskan segalanya-galanya buat kita. Dari Hotel Aseania, kami dibawa ke jeti dengan menaiki van. Sesak van tu dengan pelancong dari Arab dan juga India. Pengalaman menaiki bot pancung sangat thrill bagi saya. Kalau pelancong lain sibuk menjerit-jerit sawan sebab takut setiap kali bot melanggar ombak...saya pulak menjerit seronok sebab geli perut. Hahaha. Thrill habis!!. Kami diberikan masa selama 50 minit untuk bersantai-santai di Pulau Beras Basah. Saya bukanlah seorang yang suka mandi air laut tetapi air laut di Pulau Beras Basah sangat mengujakan diri saya. Airnya sangat jernih dan kita boleh nampak ikan nemo main-main nyorok sesama mereka. Hahaha. Apalagi...keceburrrr saya terjun dalam air. Sesudah itu...kami dibawa melihat helang pulak. Okeh part ni saya tak puashati sebab sekejap sangat dapat tengok helang diberi makan ikan. Selepas itu kami ke Pulau Tasik Dayang Bunting pulak. Gigih panjat dan turun naik tangga semata-mata nak memenuhi impian untuk mandi di situ dengan harapan kot-kot lepas ni termengandung. Ehek!!. Dengan kedalaman lebih 30 meter...air tasik ni tersangatlah hitam kelam. Rasa-rasa macam ada naga je yang nak keluar dari tasik tu. Hubby saya memang terror berenang...coach kayak la katakan. Selamba je dia buat back-flip terjun dalam air tasik tuh. Saya pun buat jugak rutin terjun papan anjal tapi siap pakai life jacket sebab dahku takut tenggelam. Bhahaha!!. Dah puas mandi dan sementara menunggu bot sampai...kami lepak di jeti sambil cari pasal dengan monyet-monyet liar yang berada di pulau itu. Rasa nak kidnap je sekor anak monyet tu bawak balik bagi kawan ngan Sushi. Hihihi!!. Tak cukup mandi air laut dan mandi air tasik...sampai je di hotel kami sambung mandi di pool hotel pulak. Pool di Hotel Aseania memang terbaiklah. Memang kemaruk air betul!!. Kesempatan yang ada juga, kami turut mengunjungi Makan Mahsuri. Tercapai jugak hasrat saya nak berjumpa dengan Mahsuri. Mitos ataupun realiti...bagi saya cerita Mahsuri sangat menarik dan banyak iktibar yang dapat kita pelajari dari kisahnya. Sebelum balik kami sempat bergambar di Dataran Lang Langkawi. Dapat la jugak saya melihat dari dekat betapa besarnya mercu tanda kebanggaan orang Langkawi tu. Masa pulang pulak, sepanjang perjalanan dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis...saya dan hubby membuta sepanjang jalan. Penat sangat!!. Apapun, singgah di Perlis terus segar bugar bijik mata dan kami terus mencari mempelam Harum Manis dan mempelam Sala untuk dibawa pulang. Kami merancang untuk ke langkawi sekali lagi tapi kali ini dengan membawa rombongan famili pulak. Baru seronok nak berjimba kalau ada adik-beradik nih. Weehuuu....
...landing time |
muka teruja jakun dapat naik feri |
dapat jugak jumpa Mahsuri |
tetiba feeling2 jadi Mahsuri |
buat macam ghumah sendiri pulak!! |
Apakah!! |
boleh nampak airport dari sini |
syiokkknyer... |
Jeti Pulau Beras basah |
Asal komot2 muka tuh!! Jangan o-oot dalam air...nanti pengsan ikan |
meggi pun bedal kalau dah lapor |
bergelen-gelen air dahku telan |
Tasik Dayang Bunting |
Bujang Bunting!! |
...dengan abam kawasan |
sejok2 ni dapat peluk memang best |
makan lobster adalah satu kemestian |
ikan bakar ini terbaekkk |
Pak Meon pun sebok nak bergambor |
encem la pulak!! |
Peace Yo!! |
Comments
Post a Comment