Dentum Raya
7 - 9 Mei 2013
Auditorium Perdana Angkasapuri
|
me |
Unit Hiburan TV memang cekap kalau bab-bab rakaman untuk program raya. Seawal bulan Mei lagi kami dah memulakan rakaman rancangan untuk siaran Hari Raya Aidilfitri. Tujuan utama rakaman dibuat awal adalah supaya kami tidak perlu bekerja secara gigih pada bulan puasa. Orang produksi macam kami ni (walaupun orang gomen) kerja tak sama macam orang gomen lain. Kalau melibatkan rakaman, kerja-kerja pre-produksi memakan masa berbulan awal. Bila tiba masa untuk rakaman atau LIVE...sekurang-kurangnya 3 hari diperlukan untuk sessi latihan. Belum cerita balik umah sampai lewat malam. Bijik mata toksah cerita la dan macam ghope Zombie Kampong Pisang (menipu le sangatkan...). Kekadang sampaikan jiran sebelah rumah pun naik pelik tengok kita. Huhuhu. Bukan saja cari penyakit tapi ini la yang dinamakan gigih bekerja ataupun dalam bahasa omputihnya PASSION. Sedikit nasihat di sini yea...kerja kalau takde rasa kecintaan terhadap apa yang kita buat...baik balik umah tanam jagung je!!.
9 Mei 2013 yang lepas...berdentam-dentum Auditorium Perdana gara-gara show saya nih. Dahku yang luarannya nampak sangat berjiwa 'merah jambu terkejut' nih secara sengaja telah memilih konsep RAYA versi ROCK HANGGUK untuk rancangan ini. NRG, FENOMENA, AISUNAM, ENIGMATIC SIX dan ALTERNATURE adalah antara band-band yang pernah menjadi juara untuk RENTAK JUARA edisi 2004 - 2010, telah saya jemput untuk memeriahkan lagi rumah terbuka Dentum Raya. Seronok jugak sesekali kita layan lagu raya malar segar yang digubah arrangementnya menjadi lagu raya versi Rock!!. Dah nama pun program raya untuk siaran hari raya...saya paksa brother-brother Rock ni semua pakai baju raya. Haaa...kerlasss kau Jah. Berani nak lawan cakap Puan Producer!!. Hihihi. Mereka ni semuanya profesional walaupun berjiwa kental. Apa yang dibincangkan dan diputuskan didalam mesyuarat seperti yang saya kehendaki...semuanya dituruti dengan baik. Terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik kepada saya dan team production. Alhamdulillah. Apapun saya sangat berterima kasih kepada Ema, Assistant Producer dahku yang boleh dianggap sebagai 'one women show'. From A to Z dia setelkan segalanya sensorang diri. Cayalah!!. Ain Saby On...BFF merangkap mentor dahku. Ko memang buat dahku stress tahap gaban ye!!. Bench mark tinggi bebenor. Nasib baik dahku ni cool orangnya (...bak kata Muaz, Ferhad, Hillary Ang, Kak Liza, Sarah Raisuddin dan ramai lagi. Ecehh). Datanglah stress atau nerves atau masalah besor tahap mahabarata sekalipun dahku tetap memastikan jantung dahku ini tak berdegup kencang. Bak kata Oja jugak...mind kena clear dan take it one at the time...baru boleh direct!!. Anyway...banyak betul jasa kawan baik saya yang sorang nih. Niat dia baik iaitu nak membantu saya dan pada masa yang sama nak mengajar serta menurunkan ilmu yang penuh didada supaya kawan baik dia nan sorang nih (iaitu dahku!!) akan menjadi protege yang boleh dibanggakan oleh beliau. (hahaha...beliau la sangatkan!!). Thanks dude...muahmuahmuah.
Jom Dentum!!!
|
set up tema ala-ala Arabic gituu... |
|
LED CUBE |
|
Puan Producer...captain of the ship |
|
Monitor HD |
|
Host : Odey Nurata Muaz |
|
Asst. Producer saya...Ema & Faizul |
|
Boy E6 & Pojie Aisunam during rehearsal |
|
senyum sokmo padahal...gigil |
|
Puteri Caroline (Mentor) Tom Raja Farah (MyStarLG) Rina Azhar (BRTM) |
|
Opening Overture |
|
'Bunga' buat penyeri majlis |
|
meriah sungguh suasana hari raya |
|
Elgie & Oja Enava |
|
nama game 'Kapak Nyior' sebab Producer orang Perak. Ngehngehngeh!! |
|
Teruk korang kena pedajal. Kihkihkih |
|
seronok dapat re-union |
|
BFF merangkap Mentor dahku!! |
Comments
Post a Comment