Doctor In The House
Tanggal 11.12.13 Di saat Che Ta & Zain Saidin sedang menghitung detik-detik bahagia mengakhiri zaman bujang mereka...saya pula bertemankan suami tercinta sedang berperang dengan perasaan sendiri yang bercampur-baur. Antara rasa tidak percaya bahawa saya berani mengambil keputusan untuk merelakan diri ini menjalani pembedahan myomectomy dan juga rasa percaya bahawa hakikatnya saya perlu melalui laluan sukar hanya untuk memiliki cahayamata. Nasihat Doktor Hamid Arshad supaya saya menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 4cm di laluan rahim saya terima dengan hati yang terbuka. Saya meletakkan 100% kepercayaan terhadap kepakaran doktor tersebut dalam bidang gynae. Bermula dengan endometriosis yang wujud ketika awal kehamilan saya pada bulan Julai tahun lepas sehinggalah saya keguguran menyebabkan ketumbuhan tersebut terus berada di dalam rahim saya. Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan hanya selepas saya selesai dengan gameshow saya...