Alhamdulillah

6 JULAI 2012


blueberry cheese cake. Yummy!
roses for me!!
small celebration

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat handainya.


SMILE







Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap dugaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang telah Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasihMu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu. Kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. Dalam usia ini….aku ingin lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia ini...aku ingin selalu mengabdikan diri sekudusnya terhadapMu. Dalam usia ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin. Pimpinanlah tangan hambaMu ini. Pimpinanlah hati hambaMu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus. Sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku. Bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian SiratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela. Ya Al Hakim. Berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus berjuang dalam menuntut ilmuMu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada bakal anak-anakku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendukong perintahMu. Hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi. Ya Allah. Sesungguhnya kematian itu benar. Alam kubur itu benar. Hari Pembalasan itu juga benar. Hari ini...izinkan aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala untuk kujadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah.



Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar…Allahu Akbar!. Peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada taliMu. Terimalah pemohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


Amin Ya Rabbil-Alamin.

p/s: Terima kasih buat suami tercinta...

Comments

  1. SELAMAT HARI LAHIR...! rupanya 2 hari awal dr Faruq ye...alhamdulillah dpt sambut bersama org tersayang. Semoga sentiasa diberkati, dirahmati..insya'allah.

    *Cpt2 dpt baby ye..! (~_*)

    ReplyDelete
  2. Thanks kak nine. Insyaallah pasal baby tu akan diusahakan.Kebetulan tasha punyer besday sama ngan Along anak Yong jugak. Faruq 8 Julai ye. Sama2 Cancerian le kami. Geng ketam. Hehehe. Nanti boleh la sambut sama semua geng ketam kalau ada kat kuala nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust