Ramadhan dah berlalu...kini Syawal pulak menjelma. Kalau bulan lepas, kengkawan saya semuanya pose badan masing-masing sebab berjaya menguruskan badan...kali ni tiba masa untuk mereka men'top-upkan kembali berat badan melebihi berat badan asal gara-gara terlebih makan ketupat dan rendang demi memenuhi jemputan rumah terbuka. Hehehe. Nasib baik saya ni jenis yang metabolisme tinggi...makan banyak mana pun tetap slim-melim!!!. Sabtu lepas, Oja dengan sukahatinya telah membuat 'Open House' special untuk BFF (Tisshot, Ain & Kak Nash) sahaja. Menu : Soto Ayam, Baked Macaroni dan New York Cheese Cake. Walaupun berempat sahaja...tapi seronok dapat lepak dan makan sambil bergosip sama-sama. Lepas makan, kami semua layan movie 'The Break Up'. Huh..emo emo emo!!!. Apapun, bukan senang kami nak berkumpul macam ni...maklum la semuanya bekerja line production. Sibuk mengalahkan menteri!!!.
|
Oja, Me & Ain |
|
Kak Nash smurfy!!! |
Bulan ni jugak...my adorable musang pandan Si Akon telah kehilangan gigi taring susunya. Adoiii...makin panjang la siung budak ni tumbuh nanti. Akon dan semakin gemok dan terlebih sihat. Bak kata budak2 opis saya...i really make her spoil. Hehehe. Untuk keselesaan Akon yang dah semakin gemok...saya telah membeli sangkar baru untuknya. Bukan main seronok lagi bergolek2 dalam new cage dia. Macam2 pose kalau nak tidor. Bila hujung minggu...saya akan lepas dia dalam umah so she can explore everything and play around. Bila dah bosan..dia akan cari saya untuk tido sama2. So cute...Kebetulan hujung bulan ni saya akan ke Korea selama 10 hari atas tuntutan kerja. Lagi la risau mana la nak letak musang gemok sekor nih. Nampaknya, harapan saya hanya terletak kat adik-adik saya sahaja. Dont worry. Akan ada upah untuk korang yang sanggup babysit Akon. Kalau saya baik hati...akan ada souvenir dari Korea lagi untuk korang ye. So sapa nak jaga...angkat tangan!!!. Hehehe. Korea...here I come!!!
|
nossy nose!!! |
|
need fairytooth??? |
|
buruk kelaku tapi cute... |
|
hehehe...muka mamai |
Bermula September ni jugak...saya telahpun memulakan sessi pengajian saya untuk Part 2. Alhamdulillah. Masih lagi mengekalkan kredit hour yang sama untuk 3 subjek utama yang agak tough. Pening kepala bila semester ni dah nak kena start fikir apa tajuk thesis yang sesuai untuk dijadikan research. Harap-harap semua Prof. dapat tolong kami seadanya student2 part-time nih. Insyaallah.
|
Metropolitan Songdo City, Icheon South Korea |
Comments
Post a Comment