Manis Manis Lebaran
Salam Syawal 2011...
Seperti lebaran yang lepas...tahun ini saya terpaksa melepaskan kemeriahan membuat persiapan menyambut raya bersama keluarga di Tapahville gara-gara term "Berkhidmat Untuk Negara'. Untuk 2 tahun berturut-turut saya terpaksa bertugas di Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk menjayakan rancangan 'Raya Sama Sama' yang bersiaran secara langsung dari jam 10 malam - 1 pagi. Allah saja yang tahu perasaan saya masa tu...walaupun muka ni ceria je sepanjang masa bekerja dan melayan karenah artis-artis yang turut sama menjayakan rancangan...tapi dalam hati meronta-ronta nak balik kampung. Kejap-kejap pandang jam...kalau boleh nak putar je masa supaya cepat berlalu. Tak kira...closing credit habis je...saya nak terus pecut 'gegurl' balik Tapahville. Elok habis je program...terus bermaaf-maafan dengan semua kru dan artis yang terlibat...apalagi...terus tekan minyak 120km dengan harapan nak sampai cepat ke rumah walaupun masa tu jam dah pun dekat pukul 2 pagi. Selalunya saya cuma drive selama 45 minit je dari KL ke Tapahville...tapi disebabkan kepenatan dan tahap kemengantukkan yang amat...terpaksa tidor kejap di Petronas Tanjong Malim. Huhuhu. Lebih kurang jam 4 pagi barulah saya sampai kampong. Apapun...Alhamdulillah selamat sampai.
late nite duty... |
Lebaran Syawal kali ini...kami sepakat berpakaian merah sedondon. Menyala-nyala dari jauh...hahaha!!!. Seperti biasa...selepas bermaaf-maafan kami semua akan serbu rumah Opah di Simpang Pulai pekena rendang faveret. Sedapnyer!!!. Secara peribadi...lebaran kali ini seperti ada kekurangan sesuatu tapi tak tahu macamana nak describe. Hmm...takpe la. Biar Allah je yang tahu. Saya tetap memohon kepada Allah semoga diberikan yang terbaik untuk diri sendiri, agama dan masa depan. Buat Mak...Yong mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab Yong tahu...sedar atau tidak Yong banyak lukakan hati mak. Buat Ayah...mintak halalkan segala makan dan minum Yong. Ayah memang sentiasa cool walaupun Yong selalu buat ayah risau.
precious little one |
Raya ke-2...kami terus shoot ke Kuantan untuk beraya di rumah arwah Tok Wan plak. Orang Kuantan tak sabar-sabar tunggu kepulangan kami...siap masak nasik minyak lagi. Terharu betul...Alhamdulillah perjalanan melalui Batang Kali dan Lebuhraya Karak sangat smooth. Sempat lagi berhenti di Masjid Batang Kali untuk menunaikan solat. Bila dan berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik Mak Ani...apalagi kecoh satu kampong la. Sempat jugak buat re-union dengan kawan lama ayah masa kami duduk di Balai Selising, Kelantan dulu-dulu. Sempat jugak melawat Aunty Baby di Temerloh, Pahang. Pekena plak ikan patin masak tempoyak...pergh terangkat!
Salam MerdekeRaya 2011.
Salam MerdekeRaya 2011.
Comments
Post a Comment