27 APRIL 2017 (KHAMIS) - OPU Hari ini saya akan melakukan prosedur OPU atau Ovum Pick Up. Kalau orang lain takut sangat nak jalani prosedur ini tapi berbeza pulak dengan saya yang sangat teruja. Selepas melakukan ujian imbasan telur dengan Dokor Komathy pada minggu lepas…saya memang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak buat OPU. Walaupun banyak review negatif dari grup wassap IVF mengatakan proses OPU amat menyakitkan dan meninggalkan kesan trauma kepada pesakit tapi saya tetapkan hati dengan sentiasa berfikiran positif. Ada yang mengatakan pernah terjaga semasa prosedur OPU sedang berlangsung akibat kehabisan sedatif sehingga terpaksa menanggung kesakitan yang melampau. Ye la cuba bayangkan doctor tengah godek-godek ovari kita untuk sedut telur yang matang pastu tup2 kita tersedar. Padahal sebelum tu kita dah diberikan sedatif kerana untuk melakukan prosedur ini, pesakit akan dibius. Haa mau tak meraung!!. Ada jugak yang review lepas selesai prosedur OPU, pesakit mengal...
30 APRIL 2017 (AHAD) - ET Hari yang ditungggu-tungu akhirnya tiba. Pagi ini saya akan melalui prosedur ET atau lebih dikenali dengan nama Embrio Transfer. Segala usaha telah kami lakukan. Sekarang kami letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah yang Maha Satu kerana tiada yang lebih berhak ke atas sebarang kejadian melainkan Hak Mencipta ‘Kun Fa Ya Kun’. Tipu la kalau tak rasa berdebarkan. Saya buang perasaan takut itu dengan senantiasa mengingati Allah dan berfikiran positif. Pagi ini cuma saya je patient yang akan menjalani ET di LPPKN. Lega rasanya ada privacy sikit. Untuk memastikan prosedur ini berjaya, saya perlu menahan kencing selama lebih kurang satu jam sebelum prosedur. Haa ambik kau menggelinjang gelinjut rasanya terpaksa menahan kencing. Seawal pagi saya dah cek-in di Bilik Bedah Klinik Fertiliti LPPKN. Saya diminta menukarkan pakaian pesakit dan perlu berehat di wad sementara nurse, embriologist dan doctor melakukan persediaan. Sepanjang tempoh menunggu, ...
"AUTUMN FOR KOYO - WATCHING THE AUTUMN LEAVES" Sumida River Cruise Ohaiyou Gozaimasu ~ Selamat Pagi Setahun punya plan...akhirnya tiba jugak masa yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Bermula dari hari pertama hubby beli tiket flight AA, sejak dari hari tu sis gigih menyiapkan itinerary, buat bajet, study pakaian yang yang sesuai dengan suhu serta buat research berkenaan route dan juga pengangkutan di Tokyo, Jepun. ITI Jepun ni memang totally sis buat dari scratch. Nasib baik joined group 'Road To Japan'. Banyak info dan ilmu sis dapat menerusi pengalaman team member RTJ yang pernah ke Jepun. Selain dari tu...Pinterest dan blog2 pun banyak membantu memudahkan perjalanan kami. Almaklumlah...kami suami isteri kalau bercuti ke oversea tak pernah amik travel agent. Kami lagi suka backpack. Bak kata Tok RTJ 'Plan sendiri...bajet sendiri...pergi sendiri. Barulah kesilapan dipanggil kenangan'. 1 Nov 2019 (Jumaat) Perjalanan kami ke Tokyo...
Comments
Post a Comment