6 JULAI 1978



Happy Birthday Tisshot
ALHAMDULILLAH...Allah beri kesempatan kepada saya untuk meneruskan lagi perjalanan dalam hidup ini. Tahun ni genap umur saya 33 tahun...tengah masak ranum bak kata sesetengah orang. Saya mengharapkan agar kehidupan saya dapat balik semula ke landasan yang betul dan totally banyak benda yang perlu di re-schedulekan!!. Tahun ini banyak sangat persimpangan yang telah saya tempuh...walaupun sedikit ralat dengan kejadian yang berlaku tapi saya tetap pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Apapun saya bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang memahami dan dikelilingi kawan-kawan yang supportive. Like i said before...saya optimis dan realistik dengan diari kehidupan saya. Life must go on...







Jom kongsi sebab...Sharing is SEXY!!!


KARAKTER JULAI
  • seronok didampingi - memang pun!!!
  • banyak berahsia dan sukar dimengerti - totally true...
  • agak pendiam kecuali diransang - mula2 je...pastu tak reti dok diam
  • ada harga dan maruah diri - rasanya semua orang ada their own pride
  • tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan - kena ubah sikit perangai ni!!
  • mudah dipujuk dan bersikap lurus - senang je nak bela saya tapi kena pandai PUJUK
  • sangat menjaga hati orang lain - ...kalau orang tu kekwat siap la!!!
  • sangat peramah - dapat dari perangai Mak Ani
  • emosi mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih - sebab tu kena pandai pujuk saya
  • berjiwa sentimental - tapi tetap brutal
  • kurang berdendam - part ni saya tak sure sikit...hmm!!!
  • mudah memaafkan tetapi sukar melupakan - betul3x
  • tidak suka benda remeh temeh - saya cepat bosan nanti...
  • membimbing cara fizikal dan mental - saya seorang manipulator
  • sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang - ...especially to animal and kids
  • layanan serupa kepada semua orang - kecuali pada love one!!
  • tinggi daya simpati - kalau anjing kena langgar pun saya sanggup berhenti bg bantuan...
  • pemerhatian yang tajam - i can tell people by looking at them 
  • suka manilai orang lain dengan pemerhatian - sebab tu saya agak pendiam masa mula2 kenal
  • mudah dan rajin belajar - patut la dapat masuk U...kehkehkeh
  • suka muhasabah diri - this is my strength
  • suka mengenang peristiwa atau kawan lama - sebab tu tak suka dok sorang2
  • suka mendiamkan diri dan duduk di rumah - rumahku syurgaku
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan - sebab tu BFF saya cuma Oja, Ain, White & Pit shj
  • tak agresif kecuali terpaksa - tipu!!!
  • lemah kesihatan bahagian perut - selalu senggugut dan sembelit tu kategori sakit perut ke??
  • mudah menjadi gemuk jika tak dikawal - sebab tu kena selalu exercise dan < makan malam
  • minta disayangi - please...please...please
  • terlalu mengambil berat - bagus apa...
  • rajin dalam membuat kerja - ni nak kena tanya ABANG!!!

KARAKTER CANCERIAN
Tradisional...Emosional dan mencintai, intuitif dan imaginatif, tajam dan sentiasa berhati-hati, pelindung dan simpati. Di sisi lain...Mudah berubah dan moody, terlalu emosional dan sensitif dan sukar untuk melepaskan.
Cancer! Tentang bintang kamu... Karakter Cancerian mulai dari gugup, pemalu, membosankan dan Cancerians terkenal boleh didapati hampir di seluruh tempat. Secara fundamental, Cancerian termasuk dalam kategori konservatif dan mencintai rumah @ keluarga dan merasa selamat di tempat asalnya untuk melepaskan stress. Sangat mengidamkan untuk memiliki sebuah keluarga besar. Seperti seekor ketam, Cancerian menyukai rumahnya yang mungkin kelihatan gelap, misteri namun bagi dirinya itu adalah tempat yang paling selesa, tempat berkumpulnya keluarga lebih penting daripada digunakan sebagai tempat menyenangkan hati tetamu.

Bukan bererti Cancerian tidak suka kehidupan bersosial, namun bagi mereka ada ketikanya mereka perlukan masa untuk bersosial dan ada masa untuk menyendiri. Dari segi luaran, mereka kelihatan tenang, tanpa kompromi, bertenaga, tajam, intuitif dan bijaksana, dan kadang-kadang mampu memberikan inspirasi. Mereka mampu mengenali situasi orang lain kerana kemahuan mereka berimaginasi. Bahkan kerana sering terlalu berimaginasi, menyebabkan mereka sering cuba menyamakan kehidupan romantis yang ada di dalam drama. Mereka menghargai seni dan kesusasteraan. Mereka boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai bakat kesusasteraan, seni atau berpidato. Pendengaran yang tajam dan ekspresi yang kuat kadang-kadang boleh membuat mereka berjaya di pentas, walaupun kecenderungan mereka untuk terlalu emosional menyebabkan mereka berlebihan. Pekerjaan yang paling sesuai adalah sebagai pemimpin dalam organisasi pemuda.

Dalam hubungan peribadi, mereka memiliki kekuatan mental hasil gabungan dari ketegasan dan kelembutan, sering emosional dan romantis terhadap fantasi mereka sendiri; namun dalam kehidupan nyata, percintaan mereka tidak terlalu sentimental namun biasanya setia. Bahkan jika mereka selingkuh sekalipun, kesetiaan awal mereka tetap kepada pasangan dan keluarga, di mana mereka menganggap itu sebagai pelindung. Cancerian lelaki atau wanita sangat menghargai cinta, satu pelajaran penting yang harus mereka pelajari adalah mengenai bagaimana menghargai pemberian orang lain. Mereka mudah sekali dipengaruhi oleh mereka yang dicintai dan kagumi, dan terlena dengan emosi mereka sendiri. Mereka juga teman yang setia.  

Cancerian memiliki ingatan yang baik. Mereka sangat dipengaruhi dengan ingatan pada masa kecil dan kejadian-kejadian di masa lalu dan juga imaginasi di masa depan. Cancerian memiliki beberapa kelemahan, antaranya adalah kurang rapi, kurang jujur, moody, sering menyalahkan diri sendiri, mudah jatuh hati. Mereka boleh menjadi kasar dan sulit, kerana biasanya mereka bercita-cita tinggi. Sebagai hasilnya mereka sering menukar pendapat dan kesetiaan mereka, pekerjaan mereka dan kurang kestabilan.

Kemampuan yang dimiliki Cancerians boleh menyokongnya dalam pelbagai jenis pekerjaan. Kerana mereka sangat tertarik pada pemikiran orang lain dan mampu menilai serta menjadi penasihat yang baik, maka mereka boleh menjadi wartawan yang baik, penulis atau ahli politik. Mereka juga sesuai dalam beberapa pekerjaan yang berkaitan dengan orang lain, sebagai contoh perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan. Mereka sering mempunyai kelemahan dalam pekerjaan melibatkan perdagangan atau perniagaan dan lebih sering berjaya dalam bidang lain seperti managing, ini kerana mereka seorang pengatur yang baik. Pekerjaan lain yang biasanya sesuai untuk Cancerian adalah real estate broker, perkebunan dan perikanan.

KAREKTER TAHUN KUDA


Dikategorikan sebagai seorang yang sangat bertenaga dan sukakan kebebasan. Memerlukan cinta dan keintiman dalam perhubungan. Cinta senang datang dalam diri kerana bersifat menggoda dan mudah menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Anehnya kamu lebih bersifat tertutup terhadap pasangan sendiri walaupun sering menjadi pusat perhatian dalam lingkungannya. Sifat yang kurang sabar menjadikan diri kamu seorang yang agak sensitif. Kamu cenderung untuk mengambilalih situasi daripada menunggu orang lain yang datang dengan sendirinya. Tidak menyukai rutin yang sama dalam hidup dan sangat berdikari. Sifat ini adalah kekuatan dan kunci kepada kejayaan mereka. Cenderung untuk mengikut kata hati dan naluri mereka sendiri di mana kadang-kadang perlakuan ini boleh membahayakan perhubungan dan pekerjaan mereka. Walaubagaimanapun, mereka seorang yang pandai memotivasikan orang lain, mendamaikan dan sentiasa menghargai apa yang sudah mereka miliki.



Comments

Popular posts from this blog

Embrio Transfer (ET)

Ovum Pick Up (OPU)

My Journey to Baby Dust