Anugerah Seri Angkasa 2010
Baru je lepas buat Festival Filem Malaysia 2010...dah kena assigned job baru... Anugerah Seri Angkasa 2010. Event ini lagi besar kalau nak dibandingkan dengan Festival Filem Malaysia 2010. Majlis ini akan berlangsung di PWTC selama 2 hari berturut-turut. Perancangan tentang event ni dah pun dibuat sejak tahun lepas lagi memandangkan ini merupakan upacara terbesar dan berprestij di negara. Penat jugak la kepala nak membuat percambahan idea dan mencari elemen-elemen menarik yang bersesuaian untuk digarapkan dalam rancangan ini. Apapun tabik spring buat kengkawan aku...Oja dan Ain...tak lupa jugak Ahmad as penulis skrip. Tak sia-sia kita suma lepak kat Ikea...1Utama...MidVall...The Garden...sambil brainstorming dan sambil makan2. Caiyok2. Kalau sebelum ni, tekanan nak buat FFM tu agak tinggi jugak dirasakan...tapi kali ini, tekanan nak menjayakan ASA 2010 lagi hebat sebab aku, Oja dan Ain terpaksa bergelut dengan assignment yang semakin menimbun dan test paper yang bakal menjengah lagi 2 minggu. Adoiii...master oh master. Semuanya melibatkan date-line. Mana la nak letak kepala ni. Semoga Allah memudahkan segala urusan dunia kami hendakNya. ASA 2010 kali ni dianjurkan oleh Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (JKKN) tapi Unit Hiburan TV, RTM telah dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan rancangan ini. Seperti biasa ...muka2 kami la jugak as a team production. Kali ni team production terpaksa dibahagikan kepada 2...team Tasha & team Achu. Tapi tugasan kerja tetap dikhususkan untuk memastikan program berjalan lancar. Nasib baik aku dah comfirmkan semua artist dan presenter secepat mungkin so...takde la kelam kabut sangat. Semua urusan klipping...shooting...jadual latihan dll telah dikoordinatkan dengan baik sekali walaupun aku tahu akan timbul jugak masalah bila melibatkan ground-work nanti. Relax2...work smart dont work hard. Masing2 dah ada pengalaman kerja dekat 10 tahun...tahu la how to handle situation. Yang merisaukan aku adalah perkara2 yang melibatkan teknikal shj coz perkara ni kalau menimbulkan masalah akan menyebabkan perjalanan program turut terjejas. Kalau setakat nak handle Afdlin Shauki yang sangat kekwat ke...Sharifah Aini yang nak full attention dari semua orang ke...Anuar Zain nyanyi sumbang ke...aku tak kesah sangat sebab perkara yang melibatkan manusia ni boleh diselesaikan melalui komunikasi yang baik sahaja. Moga2 segalanya berjalan dengan lancar. So marilah kita sama2 memberi sokongan dengan menonton ASA 2010 pada 18 & 19 Februari 2011 ni jam 830 malam di TV2. Kita support industri seni tanah air kita ni terutamanya kepada team broadcasting seperti kami ni. Tanpa team production seperti Penerbit, Penolong Penerbit, Pembantu Penerbitan, Penerbit Teknik, Cameraman, Audioman, DJ dan ramai lagi sehinggalah pembancuh kopi...takkan berwarna-warnilah tv flat screen anda di rumah dengan pelbagai rancangan menarik kerana masing2 memainkan peranan yang cukup besar dalam bidang penyiaran Malaysia.
Comments
Post a Comment