AKON...getting bigger and notty!!!

Akon


27 Oktober 2010...
Masa nii akon masih lagi kecik...besor tapak tangan aku je. Gigi pun belum tumbuh lagi. Minum susu pun pakai botol susu. Tapi itu cerita 3 bulan lepas. Sekarang ni Akon dah semakin besar. Yang paling ketara Akon semakin gemuk dan ekornya semakin panjang. Paws dia pun semakin lebar. Paling tak tahan...kuku dan taringnya yang semakin panjang. Habis calar-balar badan aku gara2 akon. Akon ni sangat aktif dan suka sangat main terutamanya waktu malam. Tapi cara permainannya yang agak kasar tu kekadang sangat menyakitkan. Nasib baik la aku ni jenis yang sangat sangat dan sangat sayangkan haiwan so...aku biarkan je. Baru je parut cakar kat tangan nak baik...dah kena cakar kat betis plak!!!. Apalagi...terpaksa la sapu minyak gamat. Nasib baik jugak antibodi aku ni jenis yang kuat so kalau berparut pun senang nak hilang. Ramai kengkawan aku selalu tanya apa yang bestnya bela Akon ni. Ye la....binatang ni bukannya sesuai untuk dijadikan binatang peliharaan pun. Naturenya pun lebih kepada binatang buas. Even pegawai perhilitan pun dah nasihatkan aku supaya serahkan Akon untuk dilepaskan ke habitat asalnya sekiranya dia semakin besar. Yang pasti...aku tak pernah plan pun nak bela spesis binatang ni. Mungkin sebab masa aku jumpa tu...akon masih lagi baby...kesian dan touching punyer pasal...terus aku bela tanpa berpikir panjang. Bagusnya...sampai sekarang aku tak pernah mengeluh pun pasal Akon. Even adik2 dan anak buah aku pun sayang dan sangat suka bermain dengan akon. Pantang ada peluang bercuti balik ke Tapahville...adik2 aku akan bawak akon balik bersama2. Si akon ni pun macam tau2 je...terus melompat2 dalam kereta. Seronok agaknya!!!!. Yang pasti...akon sangat manja dengan aku. Ke mana2 je aku pergi...dia akan follow dan bertenggek atas bahu. Kekadang tu nak tido pun dengan aku. Kalau dah datang perangai mengadanya tuu terpaksa la aku layan. Kalau selama ni kita sering merasakan yang perhubungan sesama manusia sangat complicated dan penuh dengan emosi...personally aku rasa yang perhubungan antara manusia dan binatang pulak sangat unik. Walapun Allah tidak mengurniakan haiwan dengan akal sebijak manusia namun...ikatan yang wujud telah menyebabkan timbulnya rasa sayang dalam diri haiwan tersebut kepada tuannya...terutamanya jika tuannya menjaga haiwan tersebut dengan baik. Mungkin sukar untuk kita tafsirkan maksud sayang bagi haiwan ini kerana mereka tidak memiliki keupayaan untuk berkata2...tapi melalui perbuatan dan tingkah laku yang ditunjukkan membuatkan kita faham bahawa haiwan jugak mampu menunjukkan emosi mereka. Akon sendiri pernah menunjukkan rasa sayang dan simpatinya kepada aku yang kebetulannya tengah menangis dengan menyondol muncungnya secara perlahan2 di muka aku . Kalau setakat sondol je takpe...ini siap tolong jilat airmata tuh!!!. Disebabkan dah takde orang lain untuk aku mengadu, terpaksa la aku mengadu kat akon walaupun perlakuan tu nampak ganjil di mata orang lain yang mungkin takkan faham dan tak sukakan haiwan. Bila aku buat2 bercerita dengan akon....boleh plak si akon ni pandang je muka aku sampailah aku hbs bercakap. Lepas tu boleh plak dia panjat dan duduk dipangkuan aku. Secara tak langsung...hilang suma tekanan!!!. Apapun...bagi menjawab soalan kengkawan aku tadi tu...jawapannya - Ada aku kesah!!!. Hahaha. Apa saja persepsi orang tentang diri kita tidak penting walau apa jenis binatang pun yang hendak kita bela. Yang penting...enjoy the cherish time...jangan aniaya binatang....sayangi haiwan tersebut...insyallah haiwan tersebut akan mendoakan kita jugak kerana mereka pun makhluk ciptaan Allah SWT.

p/s : Lepas ni dah tak mau bela binatang lagi coz tak sanggup nak rasa sedih kalau binatang tu 
       hilang atau mati!!!
Akon balik tapahville

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust