Selamat Tahun Baru 2011
Alhamdulillah.
Tibanya tahun baru bukan bermakna kita harus melupakan tahun-tahun sebelumnya kerana tanpa tahun-tahun terdahulu...tak mungkin kita akan menjadi seperti diri kita sekarang ini. Tibanya tahun baru jugak bermakna kita semakin dewasa dan pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup sebelum ini seharusnya menjadikan diri seorang yang lebih matang dalam menentukan arah tuju hidup sendiri. Saya selalu berpegang kepada kata-kata bahawa....hidup ini mesti diteruskan walau apa saja yang perlu kita tempuh kerana yang baik itu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Semoga perjalanan hidup aku dipenuhi dengan warna warni.
Untuk Mak dan Ayah...Yong doakan semoga Allah panjangkan umur kalian berdua dan diberikan kesihatan serta ketenangan jiwa dalam melayari usia senja.
Untuk Azman...semoga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah dalam melayari hidup berumahtangga.
Untuk Azlina...semoga tabah dan terus kuatkan semangat menjalani hidup ini demi anak-anak tersayang.
Untuk Azrin...teruskan berbakti kepada mak dan ayah...semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kamu.
Untuk Azian...moga-moga tahun ini kamu akan beroleh kecemerlangan dalam hidup dan sentiasa menjadi seorang anak yang dapat membahagiakan kedua ibubapanya.
Untuk Fathin...selamat menempuh fasa kehidupan yang baru. 18 tahun bukan bererti kita bebas dalam membuat sebarang keputusan tetapi 18 tahun bermakna kita adalah seorang gadis yang semakin bijak dan berani serta tidak takut untuk mengambil keputusan yang salah kerana kesalahan akan membetulkan diri kita sendiri nanti. Trust me!!!.
Last but not least...untuk insan yang pernah dekat di hati ini...saya doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita, agama dan masa hadapan. Sesungguhnya terlalu banyak pengalaman yang telah kita tempuhi bersama. Dan biarlah perubahan yang bakal kita lalui ini terbit dari keinsafan dalam diri kita sendiri.
Comments
Post a Comment