Sarjana Komunikasi Massa - Class Of MC 770

Ain Tisshot Oja


Sabtu, 18 Disember 2010


Akhirnya saya bergelar Student untuk Sarjana Komunikasi Massa (MC 770). Perjalanan untuk saya masih lagi jauh...walaupun cuma perlu bertahan untuk 2 tahun sahaja lagi. Kata-kata Prof. Dr. Aini Jaapar masih lagi terngiang-ngiang kat telinga ni....'betapa beratnya jari anda semua untuk menekan butang klik permohonan'. Sebetulnya keputusan untuk saya menyambung pengajian ni memerlukan pengorbanan...menuntut kesabaran...dan hati yang tekad. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Seharian saya, Oja dan Ain ditemani White berada di Dewan Seri Budiman. Teringat masa mula-mula menjejakkan kaki di Uitm. Masih lagi mentah dan tercangak-cangak. Sekarang, kami lebih berkeyakinan. Dah takde lagi rasa takut. Staff IPsis plak yang takut tengok kami. Hahaha. Biasa le...student Mass Comm mana pernah takut berdepan dengan orang!!!. Tak sangka kami kena menyanyikan lagi lagu UiTM Di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Sebak, gembira, syahdu, seronok...semua perasaan bercampur-baur. Setelah selesai semua urusan...akhirnya dapat jugak benda yang kami idam-idamkan - student pass!!. Panjang bebenor no. matriksnya. Teringat plak dulu-dulu, kebetulan no. matriks saya sama ngan seseorang. Apa lagi, sakan la bergambar as kenang-kenangan. Tahun depan saya akan memulakan sessi pengajian. Awal-awal lagi dah mintak doa restu dari MAK. Harapan...semoga saya terus bersemangat untuk bekerja...persiapkan mental untuk belajar...dan ditetapkan hati untuk masa depan. Amin.
student again....













Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust