Andai Ku Tahu (2)

"Hi. Saya Haiqal". 
Sapaan Haiqal diiringi dengan sebuah senyuman. Senyuman yang secara tiba-tiba membuatkan jantung Nadira berhenti berdegup sesaat. Senyuman berbalas senyuman. Ternyata dunia ini kecil sahaja. Mamat blues berjaket merah yang sering mencuri perhatian Nadira selama ini adalah Haiqal...rakan sekelasnya. Nadira tersenyum sendirian sambil menggelengkan kepalanya. Tanpa disedari perlakuannya diperhatikan Haiqal.

Perjalanan mereka dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Faiz dengan harapan urusan mereka mendapat keberkatan Allah SWT.

'Maha suci Allah yang memudahkan ini bagi kami 
dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya jika tidak kerana kurnia Allah. 
Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami'. 

Sebagai umat Islam kita sememangnya digalakkan mengamalkan bacaan-bacaan doa dalam aktiviti seharian kerana sesungguhnya Allah tidak akan lupa kepada hambaNya yang sering mengingatiNya.

Perjalanan dari Kuala Lumpur - Kuantan melalui Lebuhraya Karak agak perlahan. Kenderaan semakin sesak di jalanraya kerana kebetulan hari ini bermulanya waktu cuti sekolah. Menjadi budaya masyarakat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina mahupun India, ibubapa akan mengambil peluang bercuti bersama keluarga apabila tibanya musim cuti sekolah. Kebiasaannya Genting Highland akan menjadi tumpuan. Sebab itulah kawasan rehat Genting Sempah akan sesak dengan orang ramai dan juga kenderaan. Kak Leen membuka radio siaran muzik.fm (88.5 fm) untuk mengelakkan kebosanan. Faiz turut sama menyanyi ala-ala sumbang membuatkan kereta kak Leen menjadi medan kareoke bergerak. Nadira hanya mampu manahan gelak melihat gelagat rakan-rakannya. Ternyata, mereka cepat mesra.
"Korang nak tau tak...si Nad ni yang sebenarnya tak kenal Haiqal walaupun dah lama dok sekelas!!!'. Tiba-tiba kak Leen bersuara. Hampir-hampir Nadira menjerit walaupun dia cuba berlagak selamba. Haiqal yang lebih banyak berdiam diri sedari tadi kelihatan tersenyum memandang Nadira. Entah kenapa Nadira merasakan mukanya panas. 
(Malu ke aku...mungkin tak kot. Siot je kak Leen ni!!!). Getus Nadira dalam hati. Kalau boleh nak je dicekik batang tengkok kak Leen tu. Hahaha. Nadira tertawa di dalam hati. Diolog spontan kak Leen terhenti di situ sahaja. Membuatkan Nadira menghela nafas lega. Kali ini mereka lebih banyak bercakap mengenai assignment yang perlu dibuat. 

'Kita makan untuk hidup...bukan hidup untuk makan'

Sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk berhenti berehat di Bandar Temerloh sambil mengisi perut yang semakin kelaparan. Gulai tempoyak ikan patin menjadi menu tengahari yang diidam-idamkan. Nadira mencedok gulai tempoyak ikan patin ke dalam mangkuk. 
"Cukup ke lauk tu..." Haiqal menyapa. 
(Adoiii...nasib baik tak tergolek ikan ni ke lantai. Terkejut berok aku dengan mamat ni. Lain kali bagi la salam dulu!!). Gumam Nadira di dalam hati.
"Errr...cukup la ni kot. Awak nak makan tempoyak patin jugak ke. Saya boleh tolong cedokkan". (Alamak. Apa yang aku merepek ni. Tetiba berlagak ala-ala pompuan melayu terakhir pulak!!). Nadira mengutuk diri sendiri. Sambil memberikan senyuman plastik.
"Boleh jugak...kalau awak sudi. Mari saya tolong letakkan makanan awak ni kat sana". Haiqal terus mengambil makanan Nadira sambil menunjukkan meja. Kelihatan kak Leen dan Faiz sedang rancak berbual sambil menjamu selera. Di meja makan, Nadira duduk bertentangan dengan Haiqal. Lafaz Bismillah diiringi doa makan tetap menjadi rutin Nadira setiap kali ingin menjamah rezeki agar makanan yang dijamahnya tidak dikongsi bersama dengan Iblis laknatullah.
"Saya suka tengok Nadira". Kata-kata Haiqal hampir membuatkan Nadira tersedak. Kalau tak mengenangkan nak control cun punya pasal, dah lama Nadira luahkan nasi dalam mulutnyer tu.
"Maaf. Maksud saya...saya perhatikan Nadira ni dari dulu masa kita part 1 sampai la skang ni...sama je. Suka duduk kat depan sekali dalam kelas. Suka letak spek mata atas kepala.  Suka gigit hujung pen. Suka datang kelas sorang-sorang. Jarang-jarang saya tengok awak bersaing dengan kawan-kawan pompuan lain. Memang suka sorang-sorang ye. Kiranya lone ranger la ni ek!!". Sempat lagi Haiqal berseloroh walaupun dia tahu Nadira mungkin akan tersalah anggap dengan kata-katanya.
(Ewah!!!. Mamat ni terlebih la plak. Macamana dia boleh tahu banyak pasal aku. Marah nih!!. Takpe-takpe...act cool...). Nadira menenangkan dirinya sendiri. Senyuman memang tak pernah lekang dari bibirnya. Satu-satu cara untuk dia berlagak tenang adalah dengan senyum kerana Nadira tahu senyumannya adalah aset yang paling bernilai buat dirinya. Ramai orang cakap...dia memiliki senyuman yang manis.
"Kenapa awak suka sangat pakai jaket merah tu ye??". Kali ini giliran Nadira pulak bermulut lancang.
"Kenapa...awak suka ke!!!". Haiqal membalas dengan pandangan nakal. Nadira membalas pandangan Haiqal. Buat pertama kali mata mereka bertentangan. Dan untuk pertama kalinya Nadira terpaksa mengakui Haiqal memiliki sepasang mata yang redup. Degup jantungnya berhenti lagi sesaat. Gelak ketawa kak Leen dan Faiz kedengaran semakin sayup kejauhan. Kini hanya dirinya dan Haiqal sahaja yang berada di dalam waktu sesaat itu.

(...bersambung)


"Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya"


Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust