Andai Ku Tahu (1)

'Jaket merah. Beg silang. Mamat Blues.'

Tiap kali Nadira melangkahkah kakinya ke kelas...pasti dia akan bertembung dengan mamat blues ini. Apa yang hendak dikisahkan sangat kerana di UiTM ini ada ribuan pelajar lelaki tetapi kelibat lelaki ini benar-benar mengganggu konsentrasi Nadira. Walaupun berada di dalam satu kelas yang sama namun mereka tidak pernah bertegur sapa, apatah lagi bertembung mata. Tetapi lelaki berjaket merah berjaya membuatkan anak mata Nadira melirik rahsia ke arahnya. Sekadar memandang sepi tanpa sekelumit rasa. Pelikkan dunia ini. 

'Hari demi hari. Tugasan demi tugasan.'

Pejam celik Nadira kini berada di semester ke tiga dalam jurusan Komunikasi & Pengajian Media. Perjalanannya untuk menggapai segenggam ijazah masih lagi jauh walaupun dia yakin mampu mengharungi pahit manis sebuah kehidupan. Tiba-tiba pandangan matanya yang merenung jauh ke luar bangunan 13 tingkat itu terarah ke pintu masuk kelas. Kelihatannya Dr. Ridzwan, pensyarah subjek Photocomm, terkocoh-kocoh masuk seperti mengejar sesuatu, namun masih mampu melemparkan sebuah senyuman pembuka bicara untuk pelajarnya. Tanpa berlengah, Dr. Ridzwan memulakan sessi pembelajaran.

Di kafeteria...

"Kak Leen rasa baik kita ke Kuantan dan Melaka nak???". Tiba-tiba soalan kak Leen membuatkan selera makan Nadira terbantut. Pandangan Nadira yang penuh tanda tanya itu secara tak langsung membuatkan kak Leen membeliakkan matanya.
"Hello...lupa ke. Kan baru je tadi Dr. Ridzwan bagi assignment kat kita semua. Dateline lagi 2 weeks ...ko ni mula la buat muka blur tuh!!!". Bebel kak Leen. 
"Oooo...ok". Sepatah Nadira menjawab sambil terus menyuapkan makanan ke mulutnya. Pesan orang tua-tua, tak baik makan sambil bercakap. Bukan apa, takut nanti tercekik. Lagipun kajian menunjukkan makan sambil bercakap tidak bagus untuk sistem penghadaman kita.
"Akak dah ajak Faiz dan Haiqal join group kita!!!. Lusa kita pergi dengan diorang. Kita tidor rumah sedara akak coz kebetulan akak ada makcik ngan pakcik kat sana". Teruja kak Leen bercakap sambil menyuapkan karipap ke mulutnya. Nadira tidak memberikan apa-apa respon. Masih lagi tekun menghabiskan sisa-sisa makanannya. 
Tiba-tiba terlintas difikirannya dan terpacul dari mulutnya..."Haiqal mana ni???". Sekali lagi mata kak Leen terbeliak. Terkebil-kebil Nadira membalas pandangan mata kak Leen.
"Apa la ngko ni. Haiqal budak kelas kita pun ko tak kenal ke. Masyaallah. Oii Nad. Kita ni dah masuk part 3 pun...Tu la. Suka sangat bercampur ngan budak SportRec...pastu sibuk dok panjat gunung tu...gunung ni...tu yang tak kenal dengan budak Masscomm tuh!!!.". Bebel kak Leen. Cepat-cepat Nadira menghabiskan makanannya. Tetapi kepalanya masih lagi cuba mengingati dan mencari-cari wajah Haiqal. Kosong.






Alhamdulillah.
Pagi ini cuacanya sangat indah sekali. Maha Agung Allah yang mencipta alam semesta ini. Seperti yang dirancang, tepat jam 9.00 pagi kak Leen dah pun terpacak di Kolej Seroja untuk menjemput Nadira. Misi mereka…mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari bagi subjek Photocomm untuk menghasilkan tugasan yang terbaik dengan menggunakan kamera SLR secara manual di samping jalan-jalan makan angin. Tapi sebelum itu, mereka harus menjemput Faiz dan Haiqal di Kolej Perindu terlebih dahulu. 10 minit kemudian, mereka tiba.
“Kejap akak nak call diorang ni…tak nampak batang hidung pun!!!”.
Dengan pantas kak Leen mendail no Faiz…sepantas mulutnya jugak. Nadira lebih selesa berdiam diri dan menunggu. Entah kenapa nama Haiqal masih bermain-main difikirannya. Ada debaran dihatinya.
Tiba-tiba…”Hah…tu pun diorang. Jom!!”. Ujar kak Leen sambil menundingkan jarinya ke arah Faiz. Nadira hanya mengikut tanpa membantah. Matanya masih mencari-cari. Otaknya masih bersuara sendirian…yang mana satu Haiqal. Dari jauh Nadira boleh mengenali Faiz kerana dia merupakan classrap mereka tetapi Haiqal masih lagi subjek misteri bagi dirinya. Entah mengapa terasa seakan-akan quatum masa diperlahankan…Nadira terlihat kelibat seseorang…Mamat Blues berjaket merah!!!.

(...bersambung)


"Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu".

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust