PEMERGIAN YANG DIRINDUI
11 September 2016. Ahad. Hari wukuf di Arafah.
Hari yang penuh keberkatan di mana pada saat ini, umat islam bersungguh-sungguh mengungkap kalimah taubat kepada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi segala kesilapan lalu. Tinggal sehari saja lagi sebelum umat islam menyambut Hari Raya Qurban. Hari yang sentiasa kami adik beradik nantikan sebab memang telah menjadi rutin buat kami untuk berkumpul di kampung sambil menghirup sup tulang lembu qurban yang disembelih oleh ayah dan dimasak oleh mak. Hari ini juga...ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Janji Allah itu pasti. Tiada sesaat pun tertangguh andai telah tertulis bahawa ajal kita telah tiba. Hari yang takkan mungkin kami sekeluarga lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya terlalu berat perasaan ini untuk digambarkan dengan kata-kata. Sejujurnya menangis itu lebih mudah.
Terlalu banyak persoalan yang bermain difikiran. Kenapa ayah pergi terlalu awal. Kenapa ayah pergi dalam keadaan kami belum bersedia. Kenapa ayah tak pernah menunjukkan tanda-tanda ayah sakit. Kenapa kami tak peka dengan gerak hati sendiri bila melihat tanda-tanda kematian yang semakin menghampiri ayah. Kami belum bersedia ayah...Belum bersedia untuk kehilangan ayah.
9 Sept hari lahir ayah. Malam Jumaat kami bawa ayah makan kari kepala ikan. Your favorite food. Banyak betul ayah makan. Berselera. Lepas makan ayah ada mengadu yang badan ayah macam nak demam. Yong nak bawak ayah pergi klinik tapi ayah cakap dah makan panadol. Ayah cakap nak rehat je kat rumah. Ok ayah rehat je cukup-cukup sebab tengahari besok, kami dah plan nak masak Ketam Kam Heong untuk ayah. Besar-besar ketam yang Azrin belikan dari Melaka. Kita selalu makan besar bila anak-anak ayah balik berkumpul. Tak sangka rupanya malam itu malam terakhir ayah nak berehat kat rumah kita buat selama-lamanya.
Jam 5 pagi mak kejutkan Yong sebab ayah muntah-muntah. Ya Allah. Sedihnya hati Yong tengok keadaan ayah masa itu. Tak bermaya. Yong gagahkan diri bantu ayah. Ayah cakap nak buang air. Yong gagahkan diri papah ayah ke bilik air. Najis ayah hitam legam tapi langsung takde bau busuk. Terdetik dalam hati tapi Yong diamkan. Bersihkan diri ayah dari najis dan muntah. Gantikan dengan pakaian bersih sementara menunggu ambulans datang. Dalam ambulan Yong perhatikan aje muka ayah. Ayah hanya mengangguk bila Yong bertanyakan keadaan ayah. Sayunya hati. Terus ke emergency room untuk check up. Keadaan ayah takde la teruk sangat. Masih boleh respon dengan semua soalan Doktor. Ayah ok. Alhamdulillah. Tapi kenapa ayah pergi tinggalkan kami secara tiba-tiba . Kami ralat dan bingung. Ralat sebab ayah pergi sendirian tanpa ditemani ahli keluarga. Bingung sebab ayah masih lagi bernyawa semasa Yong keluar dari bilik emergency. Malah nurse yang menjaga ayah pun terkejut sebab katanya ayah siap boleh bertegur sapa lagi masa nurse ronda buat check up.
Alhamdulillah. Urusan pengebumian ayah berjalan dengan lancar. Walaupun urusan ini sepatutnya diuruskan oleh satu-satunya anak lelaki ayah..tetapi memandangkan Man jauh di Sarawak dan tak sempat nak tunggu dia balik untuk uruskan segala hal...kami adik beradik perempuan ni sepakat dengan bantuan suami masing-masing berjaya jugak menguruskan hal pengebumian ayah. Nasib baik anak pompuan ayah semua jenis yang independent. Apapun malam pertama ayah tiada merupakan malam yang paling sukar buat kami semua. Baik Arin, Yan, Fatin semua membawa diri masing-masing dalam bilik. Hanya yang pernah melalui rasa kehilangan seorang ayah je akan paham rasa sakit yang kami rasa. Ayah tau tak agak lama untuk kami semua ambil masa untuk melepaskan perasaan sedih tu. Malah...sampai sekarang pun Yong akan menangis tiap kali berselisih dengan van ambulans di jalanraya.
Ayah.
Catatan ini Yong sambung selepas 1 tahun 3 bulan ayah kembali kepada Sang Pencipta. Yong tak kuat ayah. Tiap patah perkataan yang tertulis sentiasa diiringi dengan linangan air mata. Hati ini sangat rapuh. Airmata ini begitu senang menitis. Ayah tau tak pusara ayah telah kami siapkan batu nisan dan kepok. Tiap kali pulang ke kampung...InsyaAllah kami akan cari masa untuk menziarahi pusara ayah. Kawasan kubur pun dah makin berubah ayah. Dengan usaha penduduk kampung yang prihatin...kawasan kubur dah semakin terang dan elok. Tak macam dulu suram je penuh dengan pokok getah tua. Kekadang mak buat lawak. Mak cakap ramai geng ayah dah join buat reunion kat kubur tu. Hahaha. Satu lagi...Yong tengah sarat mengandung masa kali terakhir Yong pergi ziarah kubur ayah hari tu. Bak kata mak...tunggu masa je nak meletop. Tipu la kalau Yong tak sedih bila dah nak dekat sampai due date nih. Sedih sebab ayah tak sempat nak tengok Yong preggy. Sedih sebab ayah tak sempat nak tengok muka cucu-cucu baru ayah. Apapun doa kami tak pernah putus buat ayah. Semoga ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama dengan para solihin.
Nozmi Bin Shariff
9.9.1949 - 11.9.2016

Comments
Post a Comment