His very first kick
We are so proud to be your parent |
Saat yang paling indah dan bahagia dalam hidup saya sepanjang mengandung adalah apabila pertama kali saya dapat merasakan pergerakan dan tendangan baby F. Baby kick tu makin ketara bila saya mula masuk minggu ke 21. Ibu memang tertunggu-tunggu pun baby kick ni sebab nurse Klinik Kesihatan cakap apabila masuk je minggu ke 19...baby dah mula bergerak aktif dan mula menendang perut ibu. Haa...ibu cuak ye. Siang malam tak senang duduk sebab tak dapat-dapat rasa lagi awak kick kat perut ibu since 19 weeks. Hari-hari mengadu risau kat babah. Bila ibu bukak blog dan buat research sikit pasal baby's first kick...rupa-rupanya pengalaman baby kick untuk ibu yang baru pertama kali mengandung memang agak lambat. Normally bila masuk minggu ke 20 atau 21 baru la ibu dapat betul-betul merasakan tendangan baby. Adoiii adik...awak suka bikin ibu nervous kan. Babap montot tu baru tau!!. So on 26 Ogos 2017...babah dan ibu pun buat keputusan ke Sonovision Kelana Jaya untuk skodeng Baby F. Kali ini ibu akan buat 2D Detail scan yang akan dilakukan oleh sonographer terlatih. Sewaktu pemeriksaan detail scan, sonographer akan memeriksa organ-organ dalaman baby seperti otak, muka, jantung, paru-paru, buah pinggang, usus, tulang belakang dan banyak lagi. Kalau ada rezeki insyaAllah boleh nampak muka baby jugak. Yang sebenar-benarnya..ibu agak berat hati nak buat scan ni kerana melalui 2D detail scan...sonographer dapat mengenalpasti sebarang keabnormalan atau kecacatan yang berlaku kepada baby seawal usia kandungan lagi. Perasaan takut tu muncul sebab ibu tahu ibu tak mampu nak terima hakikat sekiranya berlaku sesuatu yang buruk terhadap anak ibu. Nauzubillah. Mujor babah sentiasa ada di sisi ibu. Babahlah yang banyak menasihati ibu supaya sentiasa berfikir yang baik-baik aje dan mendoakan agar baby sempurna sihat walafiat.
So...the moment sonographer letak je alat scanner tu kat perut ibu...hambek kau!! Dia buat lagi!!. Baby F senang hati tengah main kayak kat dalam tu. Kaki tangan tak dok diam langsung. Senyum meleret je babah tengok awak. Bahagianya ibu rasa. Ibu tak dapat bayangkan camana laa awak sangat aktif kat dalam tu sebab sampai ke saat ini ibu masih belum dapat rasa your miracle touch in my belly. Paling comel bila our little angel tu menguap. Hahaha babah senyum je tengok awak menguap dik. Babah kata adik ikut perangai ibu suka menguap tak tutup mulut!! Dah nama pun detail scan...so masa yang diperlukan untuk sonographer membuat imbasan terhadap organ-organ badan baby pun mengambil masa yang agak lama lebih kurang setengah jam. Bermula dengan imbasan struktur kepala termasuklah pengukuran struktur otak baby. Okeh jujur memang ibu nervous. Doa tak putus-putus supaya baby ibu sihat sempurna. Alhamdulillah perkembangan otak baby sempurna dan tiada sebarang keabnormalan. Leganya hati ibu bila sonographer menerangkan tiada sebarang cecair berlebihan di bahagian otak baby. Malah tempurung kepala adik juga membesar dengan baik. Kemudian Sonographer mula membuat imbasan terhadap fizikal muka baby termasuk bibir, tulang hidung dan mata. Alhamdulillah bahagian muka baby juga berkembang dengan baik. Tiada sebarang kecacatan seperti sumbing dijumpai melalui imbasan. Tapikan...kenapa masa sonographer tu scan bahagian muka adik...ibu dok nampak muka baby sebijik muka babah. No!! Cannot...cannot. Adik kena ikut muka cam ibu baru la hensem. Ibu is jeles!! Kehkehkeh. Masuk bahagian jantung pulak. Haa part ni jantung ibu pulak yang berdup dap dupa dap laju. Yang sebenarnya ibu agak fobia bila sebut pasal penyakit jantung ni sebab teringat-ingat kat adik Zandra yang pernah menghidapi penyakit Jantung Berlubang semasa berusia 3 bulan. Ibu tak dapat bayangkan kalau adik pun mengalami nasib yang sama seperti itu. Sumpah ibu sedih nanti. Ok dah takmoh sedih2. Kita nak pikir happy thing je skang ni!!. Alhamdulillah jantung adik ok. Ke empat-empat chamber berfungsi dengan baik. Syukur sangat-sangat. Kemudian, sonographer buat imbasan pada bahagian abdomen termasuk perut, buang pinggang, usus, diafragma, paru-paru, pundi kencing dan banyak lagi. Kedudukan uri adik pun dah naik sikit dari sebelumnya. Bagus2. Tak sia-sia ibu amalkan petua supaya sujud lama sikit tiap kali solat. Last sekali saat-saat yang ditunggu. Sonographer tanya babah dan ibu...nak tau jantina baby tak. Walaupun kami dah tau jantina adik menerusi scan di HKL tapi kami tetap nakkan kepastian. Skali scan je sonographer dah jerit "Ooo...it's a boy. See. Nampak tak pistol dia!!". Hahaha tergelak kami berdua. Kompom anak babah nih! Siap la adik. Babah akan train awak jadi sportsman nanti. Apapun so far ibu dan babah puashati dapat tengok adik walaupun hanya melalui imbasan scan kaler hitam putih tuh. Ibu doakan semoga adik terus membesar dengan sihat dan sempurna sampai la tiba masanya nanti. Eh...ibu teringin adik ada lesung pipit pemanis lat kat pipi. Harap2 berkenan la nanti. Tak sabarnya nak jumpa anak ibu yang sorang nih!!
my little man |
Comments
Post a Comment