MENITI HARI




1. Sisa hidup semakin pendek. Yang halal untuk kita makan...makanlah. Selagi tidak melanggar tuntutan agama untuk kita pakai...pakailah. Yang ingin kita beli...belilah. Kalau kita masih mampu memberi...berilah. Kalau masih mampu berbagi...bagilah. Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dengan ahli waris. Allah SWT yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu...umur semakin kurang. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung. Berbuat baiklah dan selalu mengucapkan syukur kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu. Hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekelip mata kita memasuki fasa tua dan itu PASTI!!

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang. Membandingkan ke bawah, kita akan merasa lebih. Tapi bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita ada, kita pasti bahagia. Bersyukurlah. Manfaatkan hidup yang ada sekarang ini dengan sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan. Semua itu hanyalah sementara dan pinjaman dunia. Yang terpenting adalah perilaku yang baik, sentiasa membantu sesama insan, tidak berbuat cela dan mengawal diri. Latih diri agar selalu sihat zahir dan batin...fizikal dan juga mental. Ini kerana kesihatan dan kekayaan kita adalah modal utama untuk menikmati kebahagian hidup ini apatah lagi di masa tua.

6. Kasih ibubapa kepada anak-anak tiada batas sempadannya. Kasih anak-anak terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah. Tatkala anak sakit...hati ibubapa terhiris. Tapi tatkala ibubapa sakit, anak-anak cuma bertanya ala kadar. Anak-anak meminta wang orang tua sudah seperti keharusan tetapi orang tua meminta wang anak seperti peminta sedekah. Oleh itu cukupilah diri sendiri dan berikanlah kepada anak sebijaksana mungkin. 

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak tetapi rumah anak belum tentu menjadi rumah ibubapa. Ibubapa selalu memberikan anak-anak kebahagian tanpa batasan tetapi tidak semua anak-anak mampu berbakti kepada kedua-ibubapa mereka. 


Allah Hurobbi.

Lapangkan hati kami. 
Bahagiakan keluarga kami
Luaskanlah rezeki kami seluas lautan yang Engkau ciptakan.
Mudahkanlah segala urusan kami. 
Kabulkanlah cita-cita kami.
Jauhkanlah kami dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar.
Hindarilah kami dari segala musibah.
Terimalah amal ibadah kami.
Dan kelak...jadikanlah kami sebagai penghuni syurgaMu.

Amin Ya Rabbal Alammin.

Comments

Popular posts from this blog

Ovum Pick Up (OPU)

Embrio Transfer (ET)

My Journey to Baby Dust