Road To Krabi (Part II)
Day 3
13 Sept 2014 (Ahad)
Krabi, Thailand
| berangan nak ada buaian macam ni kat balkoni rumah!! |
| snorkeliing sampai mabuk |
| Pool time!! |
| One...two...go!! |
Balik dari aktiviti Island Hoping...kami sambung mandi pool hotel pulak. Baik bapak, mak dan anak (tolak si Farzana la sebab dia memang penakut air!!) geng XKresma semuanya jenis hantu air. Pantang jumpa air mesti nak terjun!! Lewat petang, kami kaum ibu seramai 8 orang yang vogues ni dah plan nak memanjakan diri di SPA Aromatherapy massage. Rugi la datang Thailand kalau tak merasa urutan tangan orang siam. Anak2 tinggalkan dengan sapa ek!! Jeng...jeng...jeng. Hahaha. Geng bapak terpaksalah pasrah dengan kehendak isteri masing-masing dengan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan kami. Harga yang dikenakan sangatlah murah. Satu jam urutan aromaterapi untuk satu badan hanya bernilai RM 35 @ Baht 3500. Boleh pilih samada nak tukang urut perempuan atau lelaki. Kalau kat Malaysia, harga RM35 tu dapatlah buat urutan kaki je untuk setengah jam. Punya la sedap urutan aromaterapi tu sampai terlelap kami dibuatnya. Terasa ringan je badan. Malam pulak selepas dinner, kami isteri-isteri ni kasik can kat suami-suami pulak untuk merasa Thai massage. Huihhh diorang lagi sakan rupanya. Dapat RM 40 untuk 2 jam massage. Sebelum massage, kami dah pesan siap-siap kat suami masing-masing. Jangan macam-macam ye encik suami. Balik lambat...jawabnya kami 8 orang isteri ni akan buat serang hendap kat rumah urut tuh. Wachaa!!
![]() |
| time to pampered ourselves |
![]() |
| Thai massage superb!! |
![]() |
| satu bilik besar khas untuk kami sahaja!! |
| restoran ni hidang makanan best!! |
| nampak tak Menteri Kewangan tengah audit bil!! |




Comments
Post a Comment